Jom Kita Jadi Geng

Saturday, December 16, 2006

KONVOKESYEN KE 6 ASWARA

Setelah tiga tahun menunggu akhirnya impian seramai 134 orang lulusan menjadi kenyataan dan ASWARA bakal melengkapi sifatnya sebagai sebuah institusi pengajian tinggi dengan menganjurkan Konvokesyen ke 6 ASWARA yang akan berlangsung pada 21 Dis 2006 di Panggung Eksperimen, ASWARA. Dianggarkan seramai 500 orang akan memenuhi ET pada hari bersejarah itu nanti. Konvokesyen ke 6 ini akan menghimpunkan lulusan bagi tahun 2004, 2005 dan 2006. Kerja-kerja persiapan sedang rancak berjalan bagi memastikan hari tersebut penuh indah.
Sempena Hari Konvokesyen, ASWARA turut menganjurkan hari terbuka ASWARA bermula 18 - 21 Disember dan bermacam-macam acara yang menarik telah disusun termasuklah gerai jualan cenderamata, makanan, bunga dan sebagainya. Selain itu terdapat juga pameran 12 tahun ASWARA, pameran 5 jabatan pengajian, persembahan kesenian dan banyak lagi.
JEMPUTLAH DATANG KE ASWARA 18 - 21 DISEMBER 2006

1 comment:

Joseph said...

Ya - setelah 3 tahun menunggu upacara yang sepatutnya menjadi wajib dikalender akademik institusi pengajian tinggi! Namun, pada pandangan saya, walaupun penerimaan segolong diploma itu menjadi saat manis dalam perjalanan kehidupan seorang, yang lebih penting adalah usaha selepasnya demi mencapai kejayaan dalam bidang seni! Tahniah Graduan - semoga anda teruskan kembara anda!

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...