Monday, September 22, 2008

TANAH PASIR MAS

(foto ini saya ambil dari mohdzawi.blogspot.com)

Saya baru tiba dari Pasir Mas pagi tadi menaiki keretapi. kami ambil kabin yang boleh memuatkan 4 orang. cukuplah walaupun sendat sikit tapi bolehlah sementara 2 anak saya masih kecil. keretapi memang rapat dengan saya. Wan saya kerja sebagai buruh cat KTM dan setiap pagi sewaktu darjah satu dia akan menghantar saya ke sekolah dengan basikalnya melintasi jalan keretapi berdekatan dengan Rumah Tg. Iskandar. dan mulai darjah dua sehingga darjah enam saya ke sekolah Dato' Abdul hamid berjalan kaki melintasi stesen keretapi pasir mas. Setiap hari saya memerhati aktiviti sekitarnya. bagaimana tok peraih berniaga beras, anak-anak muda bekerja mengangkat beras ke gerabak, bunyi loceng stesen kletung kletung setiap kali keretapi mahu tiba atau berangkat. dan setiap kali itulah aktiviti di stesen akan sibuk sesibuk pasar pasir mas. Ada sekali sekala saya duduk di stesen waktu tengahari, saja duduk-duduk berhenti penat kerana jarak dari sekolah ke rumah jauhlah juga. Seronoknya duduk di stesen keretapi pasir mas ni kerana binaannya batu-bata, teguh, ada jejantas kayu tinggi, besar dan panjang bangunannya, jadi bila berteduh dan duduk di tunggul tiang kita rasa sejuknya, di hadapan stesen ada padang jadi angin sering menderu. Saya duduk-duduk aje tak pernah sampai tertidur, takut juga nanti wan nampak. Di sinilah saya memerhati tingkah lagu orang-orang pasir mas, dan kuat memahat azam saya untuk tidak menjadi sebahagian daripada mereka, saya tak mahu jadi budak pemunggah barang, tak nak jadi peraih, tak nak jadi pengayuh beca, tak nak jadi penjual minuman atau makanan kepada penumpang keretapi... itu memang saya tak mahu! Saya bukan menghina punca rezeki itu tapi saya perlu jadi seseorang.
Tambahan lagi masa tu wan saya kerjanya buruh cat KTM dan mek saya pula berniaga ketupat palas di pasar pasir mas, saya cukup faham akan derita mereka.
jadi bila ada peluang pulang ke kampung kubang panjang seboleh mungkin saya mahu naik keretapi. saya jadi seronok berada di dalamnya, walau banyak masa saya isi dengan baring-baring. tapi suasana itu banyak mengimbau nostalgia. Hari ni stesen pasir mas dah lain, bangunan lama yang saya kira bersejarah dah diubah suai lebih 70% dari bentuk asalnya. Ia kelihatan moden dan hilang sejarahnya, jejantas pun dah tak ada.... opps saya pun nyaris dilanggar keretapi dalam jarak 100 meter...
(lorong kedai tepi sungai pasir mas - mohdzawi.blogspot.com)
Bandar Pasir Mas kini dah macam sendat, banyak bangunan nak dibina, sistem jalan yang huru hara, kereta melimpah, parking banyak diblok oleh pemilik kedai dan banyak lagi. Jadi saya lihat Pasir Mas macam bandar yang sedang makeover, bila dalam keadaan tu maka rupanya berserabut, tiang sana sini, debu melimpah, jalan simpang siur dan memang rasa chaos nya. Tapi saya masih dapat rasa semangatnya.
Saya pulang tempoh hari kerana ingin menziarahi pusara arwah wan dan mek, kakak saya ipah dan saudara mara lain. memang setiap tahun saya pulang semasa ramadhan memandangkan raya saya pulang ke kepala batas. Segala kenangan hidup saya di Pasir Mas sentiasa mekar dan abadi. Entri akan datang akan saya ceritakan tentang kampung saya kampung Kubang panjang/tasik Putera/ Jln Mara...

11 comments:

areMaL said...

Skoloh Dato' Hamid? 1 ko 2.. Uish.. ore lamo niee :D

pendita said...

assalamualaikum.. dop seko kawe ruponya demo ni ore sohor asal pasir mah... sengoti, bandar pasirmah sokmo wi semangat ko kawe untuk teruh berjuang.. kelik kg pasti kawe akan pulah mutor buruk gi round bandar pasir mah, amik aura..

Che Kem said...

betul tu abe zawi, jejantas tu dibina dgn besi dan lantainya kayu. Saya rasa stesen keretapi pasir mas sepatutnya jadi macam satu tarikan kerana bangunannya tapi sejak pasar besar dipindahkan di hadapan stesen membuatkan keindahan stesen itu hilang dan mencacatkan pemandangannya. Jejantaspun dah hilang fungsi kerana orang ramai melintas jalan keretapi melalui banyak punca berbahaya.Saya rasa pihak MDPM dan KTM patut menambahkan kerja mengingdahkan kawasan sekitar stesen.
Saya bersekolah di SIS untuk tingkatan 6 sahaja.terima kasih bang.

Che Kem said...

ya lah joseph,
bila saya ingat balik kenangan masa kanak-kanak, ingat suasana di pasir mas. Pasir Mas banyak menolak diri saya untuk melonjak lebih jauh dan mengejar cita-cita hari ni. Kalau nak dikira ada beberapa catatan yang menarik dalam hidup saya, suka dan duka melimpah ruah... macam awak yang dulunya tinggal di sentul

Kelantan Bloggers said...

Dah masuk Kelantan Bloggers list, boleh tolong copy n paste logo. Thx

Zawi said...

ce'kem,
Seingat saya jejantas menyeberangi laluan keretapi tersebut adalah dibuat dari besi. Cuma lantainya kayu. Kini jejantas tersebut telah dirobohkan kerana lantainya reput dan jejantas itu tidak ada fungsi lagi.
Banyak nostalgia mengenai Pasir Mas pada diri saya juga kerana saya dibesarkan disini juga dan bersekolah di SIS Pasir Mas hingga tingkatan 5.

Che Kem said...

begitulah Dr.ada kelompok-kelompok orang yang berbeza. mungkin dr dan saya menginginkan suasana dan keindahan semulajadi. Bila saya lihat pasir mas yang hilang semangatnya saya jadi kecewa... tapi itulah tanah singgahan . Pemergian Mak Jah dan apa yang dijanjikan untuk allahyarham hanyalah satu permainan orang-orang untuk menunjukkan mereka berbuat sesuatu dan akhirnya hari ini terbukti mereka hanya emmbuat sekadar melepas batuk ditanggan. sudah banyak senima yang pergi dibairkan pergi begitu saja.

Joseph said...

this should be a part of a collection fo strories about life in Malaysia...so eloquent and profoundly touching! Selamat Berpuasa my friend.

Che Kem said...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. TERIMA KASIH KEPADA ANDA YANG SUDI SINGGAH KE LAMAN SAYA.

ryann said...

selamat hari raya. semoga berbahagia sentiasa

SITI ZAINON ISMAIL said...

Aduuuh Ce'kem yang lama kerap hilang tinggal bayang. Pasir Mas sudah kehilangan mas. Kita pun cari tapak yang hilang naik keretapi hanya nak cari wap berkabus di puncak Gua Musang. Ingatkan mereka yang berlindung di musim perang. Tatkala subuh sudah terlihat puncak bermalam. Cik Melor tidur berdengkur, di kabin tingkat atas. kejutkan agar dia lihat kabus subuh, makin kuat dengkurnya.Hingga tiba di steyen Pasir Mas terbayang pula stesyen Palekbang hilang juga. Jangan mimpilah naik feri untuk ke seberai ooooi....mana buah keranii, mana etok-etok. Hingga tiba di hujung Jalan Bayam, mencari jejak pusara Almarhumah Seniman Negara Khatijah Awang- aduh hanya rimbun mengkudu meredup pusara beliau yang hanya bergaris kasar di kepala pusara...tanpa papan tanda, tanpa kenangan untuk mengenang pusara seniman yang dilupakan. Alfatiha juga dalam sedan tengahari menyeringai di kota ajaib budaya yang kusayangi...kota bharu yang semakin baru.