Jom Kita Jadi Geng

Sunday, June 30, 2013

KELANTAN JUARA!!!!

Anok mudo Kelantan membanggakan.
Hahahaaaa...kahkahkahkah....hihihihi...hohohohohoh....yeah yeah yeahhh... kan saya dah kata Kelantan Juara. kahkahkah kahkahakh yahoo yihi yipiyipiyipi...... Kelantan menang. Kahkahkahkah JDT kalah hehehehe.... Anak Kelantan hebat! Anak kelantan pantang menyerah! Anak Kelantan miskin duit Kaya maruah! Kahkahkah....kahkahkahkah....hahahahha Kelantan Juara! Kelantan Juara! Kelantan Juara!

ehsan Utusan online

Huhuhuhu...huhuhuhu...huhhuhuhu kesian Johor, kesian! Sedih ya? Huhuhuuu...huhuhuhuuuuu...ele ele ele...sedih ya...alah kesiannya...emmm kesiannya. Nak buat macamana...dah nasib! kan saya dah kata Kelantan Juara! Jangan sedih, duit banyak lagi... musim depan beli Messi pulak...alah alah alah...huhuhu sedih ya. Jangan begitu. Kenapa? Tak percaya kelantan boleh menang tanpa Mat Yo dan Nurul. Tak percaya? hohohoho huhuhuhu... Anak Kelantan main untuk Kelantan, demi Kelantan, Anak Kelantan boleh pitih ambik tapi hati untuk Kelantan. Hidup Kelantan!!! 

ehsan Utusan online
Jangan ambil hati ya, saya gurau saja. Saya tak ke stadium pun malam tadi, saya ke Istana Budaya tonton konsert M.Nasir tapi dalam hati dup dap dup dap...selalu berbisik dengan Ku Jaa "siapa menang". al maklumlah Ku Jaa orang pantai timur juga. Bila tahu keputusan kelantan Juara, waktu orang lain bersorak 'Mentera semerah padi'..saya jerit 'Hidup Kelantan'...hahahaha memang kuat tapi orang tak perasan.

Saturday, June 29, 2013

ANUAR ZAIN DI MAJLIS ILI & ZAI



Tiada saat gembira bagi seorang ibu bila melihat kebahagiaan anaknya. Itulah yang terpancar di wajah Datuk Norliza Rofli, Ketua Pengarah Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara malam tadi. Secara sembunyi Datuk Norliza saya panggil Kak Liza. Namun saya pasti dalam kegembiraan itu, terbit kesedihan untuk melepaskan puteri kesayangannya pergi, lepas dari pelukannya. Begitu deras masa berlalu, Ili Nabilah yang saya kenal ketika kecil kini sudah menginjak ke pelamin dan bergelar isteri orang. Pantasnya masa begitu jugalah pantasnya saat dan keindahan seorang ibu bersama anak tunggalnya ini beredar. Tentu sekali, Ili tidak mudah mendapat restu ibunya, apabila mengemukakan hasrat untuk berpasangan. Maklumlah anak tunggal. Namun yang pasti pilihan Ili untuk menerima pinangan Muhamad Ruzaini sudah termakbul.

Tuan milik foto ini, yang berdiri sebelah kiri tu,
Dato Adilah. Sorry ya saya ambil dari
FB Datuk Norliza (berdiri kanan)
Malam tadi, Dewan Setia Alam Convention Centre bertukar wajah, majlis yang berlangsung bagai kenduri sebuah keluarga besar. Masakan tidak, majlis ini menjadi untuk sekali dalam hidup Datuk Norliza. Majlis perkahwinan untuk satu-satunya anak. Ili bukan sahaja menjadi milik keluarga Datuk Norliza dan Dato Tajul Razi tetapi menjadi anak kepada rakan-rakan sekerja ibu bapanya. Dari kecil ke alam persekolahan sehinggalah bekerja, khabar Ili sering ditanya. Apatah lagi kini mendirikan rumahtangga, tentunya semua mahu berkongsi detik manis itu. Saya pernah bertugas di bawahnya semasa beliau menerajui Istana Budaya dan Akademi Seni Kebangsaan. Tapi hubungan kami tidak putus, sering saja saya diajak untuk menyertai pasukannya.



Anuar Zain muncul. Berkerumun tetamu merakamnya.
Rosak majlis sekejap. Tumpuan beralih pada Anuar.
Agaknya kakan-kakank yang berlari ke pentas sudah lupa
itu majlis ada protokol. Foto ini pun Dato Adilah punya.
Malam tadi, saya kira majlis yang cukup istimewa, hadiah dari ibu bapa buat Ili. Malah ramai yang sukarela mahu menghadiahkan sesuatu buat Ili. Siapa sangka Anuar Zain tiba-tiba muncul mengalunkan keindahan Sedetik Lebih buat mempelai. Detik itu dewan menjadi hingar, namun fokus Anuar tetap kepada kedua pasangan. Indah sekali hadiahnya. Apatah lagi Syafinaz dan Ning Baizura juga turut menyampaikan lagu cinta dalam bahasa yang cukup romantis. Wahh, indah sungguh majlis perkahwinan ini.

Ini menunya, sedap dihidang dengan nasi kebuli.
tambah sedap ada sambal hitam belimbing.
Foto ini Kakashi punya
Apapun, saya ucapkan tahniah buat Ili dan Zai. Selamat melayari bahtera menuju ke hujung hayat. Berkasihlah dengan rukun kesabaran, mengisi tiap kekosongan agar saling melengkapi. Imbangi emosi dengan kasih sayang. Kamu berdua tercipta untuk bersama. Allah sudah menetapkannya. Saat untuk menempuh gelora sudah bermula, Insyaa Allah cinta mampu meneguhkan percintaan. Buat Kak Liza, saya ucapkan tahniah. Melihat kegembiraan di wajah Kak Liza tadi, ia bagai cermin kebahagiaan, ia percikan doa dan harapan yang tiada habisnya dari seorang Ibu kepada anaknya. 

Saya juga amat berterima kasih kerana malam tadi menemukan saya dengan mereka yang sudah lama tidak bertemu. Majlis tadi bagai ruang untuk saya mengimbau segala memori silam. 

Friday, June 28, 2013

PAS Vs UMNO DI KUALA BESUT

lokasi depan stesen kereta Kuala Besut
Saya, Z.Zamri dan Isey Salak Madu
Demam PRU13 belum lagi habis, orang masih lagi berhujan panas berjerebu di padang merbok malah ahli parlimen pun baru sahaja mengangkat sumpah. Kini demam pilihanraya kembali setelah ADUN Kuala Besut meninggal dunia akibat kanser paru-paru. Tidak tahu apa perasaan yang bermain dalam hati orang-orang Pakatan, adakah nak meraikan atau bersedih dengan kehilangan seorang pemimpin Islam. Meraikan tanda peluang terbuka untuk menakluk Terengganu kerana DUN Terengganu berada dalam keadaan seimbang antara pembangkang dan pemerintah. Nampak gaya Mat Said sekarang panas buntut kot, tidur tak lena dah. Bila-bila masa sahaja kerusinya akan diambil alih. Tentu sekali strategi terbaik perlu difikirkannya untuk memenangi hati orang Kuala Besut. Tapi kena ingat, kekalahan PRU13 lalu, membuat orang Pakatan benar-benar mahu menang.

Di kolam ikan; saya, Yaya Maembong dan
Isey salak Madu
Februari lepas, saya berpeluang membuat penggambaran di Kuala Besut. Seminggu saya di sana dan itu pertama kali saya berada lama di daerah itu. Nak dijadikan cerita, kami memang membuat penggambaran di pejabat ADUN Kuala Besut bagi telemovie "Sudah-sudahlah". Nak lebih menarik lagi, pejabat Allahyarham Dr.A Rahman Mokhtar itulah yang menjadi set pejabat watak saya, Nik Him. Semuanya jadi kebetulan kini. Dan hari ini, Malaysia akan bertumpu pada daerah ini.

Cantik hiasan pada tiang
masjid Kuala Bes
Kuala Besut punya kisah menarik, sejarah panjang antara Kelantan dan Terengganu. Ia digelar Republik kerana jasadnya dalam Terengganu tapi hati masyarakatnya tertumpah di Kelantan. Majoriti penduduk Besut bertutur loghat Kelantan bahkan budaya Kelantan sangat tebal. Ini boleh dilihat pada cara mereka menikmati makanan pagi yang tidak boleh lari dari nasi kerabu dan nasi berlauk. Sepanjang saya berada di sana, saya langsung tidak merasa berada dalam Terengganu. Daerah ini dikelilingi laut dan sungai. Ia sangat indah. Pantainya cantik dan sungainya kebiruan. Kalau melintasi jambatan Kuala Besut, mata kita akan terpegun dengan keindahannya, aktiviti nelayan dengan rumah-rumah rakit dan bot-bot kecil bersusun sepanjang sungai. Ia sangat indah. macam lukisan. Pantai Bukit Keluang adalah pantai berpasir putih. bersih dan dilingkung bukit berbatu. Saujana mata melihat kaki langit yang jelas. Potensi pelancongan sangat besar di Kuala Besut. Ia adalah gambaran sebenar perkambpungan Melayu pantai Timur. Kemajuan di Kuala Besut tidak sepesat bandar Permaisuri. Ini mungkin pusat pentadbiran Besut berpindah ke sana. jadi Kuala Besut menjadi pekan kecil yang mendamaikan. Jeti menuju Pulau Perhentian adalah tempat yang sibuk. Ia menjadi bandar kecil Kuala Besut. Stesen kereta sewa ada pusat pekan, ia berhampiran mini hotel dan beberapa kedai makan. Menambahkan keindahan Kuala Besut adalah masjidnya. Masjid Kuala Besut memiliki keunikan tersendiri. Hiasan dalamannya amat memikat. Kalau ke Kuala Besut elok singgah di masjidnya.

Punca ekonomi utama orang Kuala Besut
Berbalik kepada peruntukan undang-undang yang membolehkan diadakan satu pilihanraya kecil apabila wakil rakyatnya meninggal dunia. PAS punya sejarah memenangi Kuala Besut sebanyak dua kali. Tentu sekali impian untuk mendapatkannya kali ketiga sangat besar. Impian memenangi undi melebihi BN. Tapi, saya kira bakti dan sumbangan Allahyarham dalam meningkatkan kesejahteraan masyarakat Kuala Besut juga harus diambilkira. Ia bukan calang-calang wakil rakyat. Semasa berada di pejabat Allahyarham, ada aktiviti kemasyarakat bagi penduduk setempat. Waktu petang, disediakan kelas komputer dan penggunaan internet secara percuma kepada pelajar sekolah. Malah pusat ADUN dijadikan tempat untuk aktiviti masyarakat. Mendengar ceramah dan keramaian. ternayata Allahyarham telah membina imej UMNO yang baik di Kuala Besut. Saya kira, masyarakat Kuala Besut pun ada pengalaman dengan pemimpin PAS, kalau tidak masakan mereka menolak kepimpinan PAS di Kuala Besut.

Ini dalam bilik mesyuarat Pejabat DUN Kuala Besut.
Abang Wan Hanafisu pun turut ada dalam drama ini
Pandangan saya walau siapa pun yang berjaya memenangi kerusi Kuala Besut, ia bukan soal kemenangan parti. Ia bukan hal siapa yang menakluk Terengganu. BN atau Pakatan tidak penting. Yang penting adalah membangunkan masyarakat Kuala Besut. Kuala Besut adalah daerah yang banyak potensi. Keindahan alam semula jadi dan kemesraan penduduknya patut digunakan sebaik mungkin untuk meningkatkan ekonomi pendusuk tempatan. Seminggu berada di sana, saya bersembang dan memerhati ramai orang. Saya nampak pendapatan mereka rendah, upah harian mereka umpama kais pagi makan pagi.

jeti nelayan
Jadi tiada guna kalau Kuala Besut dijadikan taruhan untuk kuasa politik tetapi akhirnya kemajuan hanya berpusat di daerah lain. Sudah lama orang besut makan hati dengan pentadbiran Terengganu, tidak kira BN atau PAS. Orang Besut terasa terpinggir, tidak diendah dan dianak tiri. Orang yang memerintah perlu pulihkan hal ini. Kisah Besut ini seperti merajuknya orang Selatan Thai dengan kerajaan Bangkok. Jangan begitu. Kalau Besut berpotensi besar untuk ekonomi, maka harus dimajukan. Saya tidak nampak kesukarannya. Besut berada di antara Kelantan dan Terengganu. Itu advantage. Walau apapun perasaan orang Besut terhadap Terengganu, itu masalah orangnya bukan daerahnya. Masalah itu harus diselesaikan oleh pemimpin. Jika tidak, tak ada gunalah jadi pemerintah.

Saya suka dialog ini
"Oghang mane?" 
"ambo oghang besut"
"Oooo Tengganu"
"Dok besut!!".



USMAN AWANG: SIAPA BESAR?


diambil dari http://www.snusmanawang.com/about/
Al-Fatihah buat Allahyarham Datuk Dr Usman Awang
12 Julai nanti adalah hari kelahiran Sasterawan Negara Usman Awang. Hari itu disebut sebagai Hari Usman Awang, khusus untuk mengenang sumbangan dan jasa sasterawan ulung negara ini. Siapa yang tidak kenal dengan nama ini. Jika disebut Tongkat Warrant pun orang tahu itulah Usman Awang. Karya Allahyarham bukan sahaja diminati oleh orang Melayu malah menjadi pujaan ramai peminat bukan Melayu. Karya UA telah merentasi sempadan budaya dan pemikiran. Karya sejak sebelum merdeka hingga ke hujung hayatnya  mencetus bermacam cerita, mencuit dan mengkritik secara lembut sosial kita. Waktu Malaya baru menempuh alam kemerdekaan, Usman dengan bijak menegur perubahan sikap orang-orang kita yang mula lupa asal-usul, yang mula menjadi lupa perjuangan asal, meninggalkan pusaka dahulu menggantikan dengan kemodenan yang banyak sekali pengaruh luar sehingga menenggelamkan keindahan seni pusaka. 

Pengalaman hidup yang sukar yang merentasi zaman-zaman gelap tanahair, banyak mewarnai karya beliau. Dari seorang buruh di zaman Jepun, beliau bergelar seorang anggota polis di awal zaman Darurat dan seterusnya beralih menggunakan pena sebagai senjatanya, lalu beliau menghasilkan tulisan-tulisan kreatif yang menceritakan pengalamannya serta pandangannya tentang kehidupan. Hal inilah membawa alam Melayu dalam penciptaannya. bahasanya lembut tetapi menusuk bahkan kita boleh merasai melankolik kala membaca bait-bait puisinya. Tulisannya menjadi inspirasi kepada ramai orang, sajak 'ke Makam Bonda', 'Gadis Di Kuburan', "Bunga Popi', 'Mata Ayah' "Melayu', 'Balada terbunuhnya Beringin Tua Di Pinggir Bandaraya' dan banyak lagi mencetus fikiran-fikiran yang tajam terhadap situasi pada masa itu. Begitu juga drama pentas tulisannya seperti 'Tamu Di Bukit Kenny' yang dengan jelas mengkritik perubahan sosial dalam masyarakat Melayu. Konflik antara masyarakat desa dan bandar yang mewujudkan jurang pemikiran dan taraf hidup. Drama ini menjadi titik tolak teater realisme Malaysia, Usman Awang melihat dilema Melayu lebih awal dari kejadian 13 Mei. Dia melihat wujud perpecahan, ali baba, hanyutnya anak muda kebaratan, bagaimana orang Melayu yang hidup bergantung pada kerajaan, malas dan selalu mahu menjadi tuan. Hal ini terang-terang dikritik dalam drama ini. Begitu juga tulisan cerpen beliau tentang 'Malam kemerdekaan', ia sebuah pengkisahan yang cukup dramatik tentang arus dalaman manusia Malaya meraikan kemenangan. Usman berkisah bagaimana segenap umur dan bangsa dari segenap tempat bersatu di Padang Kelab Selangor untuk menyaksikan turunnya bendera Union Jack. Bila kita membacanya, kita seolah berada sama di padang bersejarah itu.

Siapa yang boleh menidakkan Usman Awang. Benarlah beliau berjuang menggunakan senjata, malah pilihannya menggunakan pena sebagai alat perjuangannya membawa bakti kepada kita ke hari ini. Karyanya bukan sekadar merakam fikiran beliau semata-mata tetapi ia merakam suasana, keadaan sosial, seni budaya, warisan lama, akal fikiran Melayu, merakam sejarah, menegur kesilapan dan kekurangan bangsa ketika itu. Dan saya adalah orang yang mengenal sastera melalui Usman Awang. Sajak 'Ke Makam Bonda' adalah antara sajak terawal yang saya baca dan ia mempengaruhi nada tulisan saya di awal saya menulis. Dan sehingga hari ini, saya masih menggemari kata-kata yang digunakan, ia seperti memberi ilham dan mengawal ketertiban saya dalam menulis. Insyaa Allah. Bila usaha pihak tertentu mahu mengenang Usman Awang dan menjadikan tarikh kelahiran beliau sebagai harinya, ia satu usaha yang baik. namun begitu, saya berpandangan bahawa untuk membesar dan menghidupkan Usman Awang, tidak boleh dengan menganjurkan sehari sahaja. Usman Awang harus dihidup dan dibesarkan sumbangannya melalui karya-karyanya. Karya Usman Awang tidak boleh menjadi sangat eksklusif. 

Kenapa saya kata eksklusif? Saya ada pengalaman kurang menarik dalam usaha untuk mendekatkan anak muda dengan karya Usman Awang. Saya masih ingat, sewaktu para pelajar putuskan untuk mengangkat drama pentas Usman Awang ke pentas ia menjadi sangat sukar. Para pelajar perlu berurusan dengan peguam yang dilantik oleh pemegang amanah. Alangkah terkejut kami ketika itu, semangat anak-anak muda mahu mementaskan karya sasterawan negara jadi terbantut, tentu sekali hal menjadi tambah kompleks apabila produksi pelajar perlu berurusan dengan pengamal undang-undang. berapa sen pelajar ada untuk bayar? Berapa keuntungan pelajar dapat? Saya anggap apabila pelajar meghubungi pihak pemegang amanah Usman Awang untuk meminta izin mementaskan karya adalah tindakan yang betul, menghormati waris dan keluarga Allahyarham. Tidaklah mementaskannya secara membuta tuli. Tapi apabila dibalas dengan urusan undang-undang ia mencemaskan. Ia seolah hanya orang yang berwang saja boleh menggunakan karya Usaman Awang. Akhirnya matilah semangat pelajar kami, dan mengalih kepada drama pentas tulisan penulis lain yang tidak ada ragamnya. Itu maksud saya eksklusif.


Saya anggap tindakan menjaga kepentingan ke atas karya-karya Allahyarham adalah usaha yang baik agar karya beliau tidak diguna dan diubah sewenang-wenangnya. Kita pun tidak mahu karya Usman jadi seperti karya P.Ramlee yang hak cipta dimiliki oleh orang lain sehingga anak cucu pun tidak mewarisinya. Tapi dalam usaha memelihara hak itu, saya kira pihak pemegang amanah harus juga sedikit longgar di dalam menggalakkan usaha mendekatkan karya Usman Awang kepada khalayak. Buat dalam macam-macam cara selagi ia tidak merendahkan martabatnya. janganlah semua perkara harus dirujuk dengan peguam. Ia merimas dan melemaskan. Perlu ada bentuk dan kaedah berbeza yang membolehkan kelompok seperti pelajar, penggiat seni dan anak-anak muda berkreasi dengan karya sasterawan ini.

Saya pun kurang faham juga dalam hal menjaga kepentingan ini, bila lihat naskhah Uda dan Dara yang dipentaskan di Istana Budaya setahun dua lalu, yang dilakonkan oleh Misha Omar dan Razali Husin. Saya tidak lihat ia sebuah produksi yang benar-benar mengangkat kehebatan Usman Awang. Pelakon sesuka hati menambah dialog malah tidak mampu merealisasikan intipati Uda dan Dara itu sendiri. Jika mahu menjaga naskhah, apatah lagi ia tulisan Sasterawan Negara, hal bahasa/ dialog lah yang perlu dipelihara. Itu sebenarnya kuasa sasterawan. Apatah lagi, wujud polemik menggadaikan karya Allahyarham demi merealisasikan naskhah itu membuatkan saya tambah pelik. Sebabnya, waktu anak-anak muda mahu berkarya secara kecilan dalam projek pengajian, dilayan sebegitu tetapi bila ditangan sendiri, semudah itu mahu menggadai harta intelek Usman Awang ini. Jadi bagaimana ini, apakah betul maksud eksklusif saya ini?  Imbangan bagaimana yang mahu dimainkan dalam mengangkat Usman Awang?


Dan kali ini saya dengar, satu lagi usaha mengangkat puisi Usman Awang ke pentas Istana Budaya menemui jalan buntu, sebuah konsert tokoh muzik Malaysia yang akan berlangsung hujung minggu ini amat berhasrat untuk mengangkat puisi Usman Awang namun, pihak pemegang amanah minta berurusan dengan peguam. Kenapa itu tindakannya? Apa sebenarnya yang berlegar dalam fikiran pemegang amanah bila diminta berurusan dengan peguam? Adakah ia urusan sangat sulit? Adakah hanya peguam yang tahu soal ini? Adakah tiada jalan mudah untuk mengatakan ya dan letakkan sahaja harga sebuah puisi jika mahu dipentaskan? Saya rasa itu lebih mudah berbanding dengan berurusan dengan pengamal undang-undang yang banyak sekali selok belok undang-undangnya. Kadang-kala orang kreatif ini, bila terkesan dengan sebuah karya mereka hanya mahu realisasikan karya itu, tidak mahu lagi dibebankan dengan hal yang lebih rumit. Tapi, itulah jalannya. Kalau mahu guna karya Usman Awang, sila berurusan dengan peguam. Apa betulkah begitu?

12 Julai nanti adalah hari Usman Awang. Seperti pandangan awal saya, saya kira Usman Awang tidak perlu ada hari tetapi kalau dah mahu namakan hari itu. Ok saja. Walau bagaimanapun, usaha membesar dan mengangkat seseorang karyawan tidak boleh diukur dan dinilai dengan wang ringgit. Ia tidak boleh bina halangan dan tembok untuk orang mengangkatnya. Ia adalah hal yang berkaitan dengan penghargaan. Ia bermain di dalam, bagaimana karyawan itu memberi kesan pada hidup seseorang. Kenapa anak kecil masih mengenal dan meminati P.Ramlee, kerana karyanya sentiasa bermain dan berlegar depan mata setiap generasi. Semua medium memutar dan memainkan karyanya. Kerana itu kita sentiasa rasa P.Ramlee dekat dan besar. Tapi kalau banyak sangat halangan, banyak sangat laluan untuk membawa karyawan kepada khalayak apatah lagi, hari ini generasi Y - Z kurang gemar membaca buku. 

Saya kira apabila badan yang memegang hak karya Usman diwujudkan, ia bernawaitu menjaga hak cipta dan mengangkat ketokohan Allahyarham. Ia tiada langsung obligasi keuntungan.

Thursday, June 27, 2013

PUTERA MAHKOTA BARU DUNIA NIAGA

Entri ini saya tidak tulis, tapi saya tertarik dengan tulisan tokoh jurnalis A.Kadir Jasin mengenai kemunculan tiba-tiba seorang tokoh korporat dalam dunia penyiaran. Tulisan Pak Kadir seolah-olah meminta kita berfikir dan bersoal jawab siapa sebenarnya K.Eswaran ini. Sangat menarik.

Putera Mahkota Baru Dunia Niaga

A Kadir Jasin


TIDAK sampai dua bulan selepas Barisan Nasional menang tipis dalam Pilihan Raya Umum 5 Mei, seorang lagi putera mahkota sektor korporat dinobatkan.

Bukan alang kepalang nobatnya. Pada 1 Jun dia dijadikan Tan Sri dan pada 8 Jun dia muncul sebagai taikun baru dunia penyiaran Malaysia.

Mohd Najib dan Eswaran di majlis pelancaran ABNxcess

Dia tidak akan menjadi Tan Sri tanpa persetujuan Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, yang pada 8 Jun melancarkan saluran televisyen kabel digital bernama ABNxcess dengan mengisytiharkan yang ia akan membantu menyempitkan jurang digital antara masyarakat Malaysia.

Dengan lesen yang diberikan oleh Suruhanjaya Multimedia dan Telekomunikasi itu, ABNxcess berpotensi melancarkan sehingga 500 saluran TV kabel digital – mengatasi berkali-kali ganda apa yang kini ditawarkan oleh Astro milik T. Ananda Krishnan dan HyppTv milik Telekom Malaysia Berhad (TM). 

Klik kadirjasin.blogspot.com untuk bacaan seterusnya. 

KELANTAN Vs JOHOR




Semangat! Semangat! Awas Kuala Lumpur dan Selangor, rakyat Kelantan akan membanjiri Lembah Kelang pada hujung inggu ini. Walau apa pun terjadi, orang Kelantan dari bumi Cik Siti Wan Kembang akan berarak dari darat, udara atau air sekali pun untuk penuhkan Bukit Jalil. tauke nasi kerabu bolehlah  labur modal lebih sikit, laku musim nih. Sokongan rakyat Kelantan tetap padu demi memastikan TRW sekali lagi menjulang Piala FA. Semalam pun dah kecoh di Stadium Sultan Muhammad ke IX, apabila 30,000 tiket habis dalam masa 15 minit. Fuhh ini memang pisang goreng panas. Mengamuk dan berantakan orang-orang Kelantan, macam mana tak mengamuk, 2000 orang beratur seawal 6 pagi, tiba-tiba sahaja tiket habis dalam tempoh tak sampai setengah jam. Ini memang ajaib. Itulah penangan bola pada rakyat Kelantan. 

Dengar khabar penyokong pasukan Johor dari tanah hujung tu akan berarak masuk ke Lembah Kelang sebanyak lebih kurang 350 buah bas. Fuhh banyak tu. itu lebih kurang 14,000 orang yang naik bas. Memang hujung minggu ini, Lembah Kelang bukan setakat ramai dengan pendatang asing tapi dibanjiri orang Kelantan dan Johor. Stadium Bukit Jalil betul-betul akan kecoh dan gamat dengan sorakan dan laungan penyokong. Gelombang bola sepak betul betul melanda kedua-dua buah negeri. Saya kira bukan sahaja kedua buah negeri ini, Pahang dan terengganu pun memang hebat juga peminat mereka. Kehangatan bola sepak ini, mengimbau kembali kemeriahan pasukan Selangor zaman Azman Adnan dulu. Memang masa itu, Selangor punya penyokong sangat hebat, warna merah kuning memenuhi stadium tiap kali Selangor bermain bahkan t-shirt merah kuning turut popular di mana-mana.

Dua gandingan yang memperkukuhkan TRW.
Bojan harus buktikan di Piala FA
Kali ini, kita lihat TRW benar-benar monopoli daripada segi populariti. T-shirt dan merchandising TRW mencanak jualannya. Kehebatan jenama TRW ini seolah-olah seperti MU dan lain-lain pasukan EPL. Hal ini memang orang Kelantan patut puji kepimpinan Annuar Musa yang telah berjaya menghimpun dan menyatu padukan rakyat dan keturunan Kelantan melalui bola sepak. Apatah lagi, TRW disokong penuh oleh Tuk Guru dan kepimpinan Kelantan. TRW memang benar-benar merubah sukan bola sepak menjadi fenomena. 

Johor Darul Takzim atau JDT baru sahaja bermula. Dari Johor FA bertaraf pasukan negeri kini ia bertaraf kelab. Kepimpinan Tengku Mahkota telah mengubah suasana bola sepak negeri Johor. TM benar-benar mahu mengangkat imej negeri Johor melalui bola sepak. Dengan peruntukan yang tinggi, membawa masuk pemain-pemain handalan termasuklah melabur pada dua pemain antarabangsa dan tambah menguatkan lagi pasukan JDT, TM bersedia menawarkan kontrak lumayan kepada pemain handalan Mat Yo, Nurul, Aidil dan Safee Sali. Saya kira dengan komitmen yang tinggi ini, JDT sepatutnya membawa pulang Piala FA kali ini.
Tengku Mahkota benar-benar menyemarakkan
semangat dalam kalangan penyokong Johor. Tahniah.
Cuma kadang-kala jadi tak best bila orang istana bergaduh dengan
rakyat jelata. Rasa tak best lah

Tapi Kelantan bukan calang-calang pasukan, walaupun Mat Yo dan Nurul sudah dibeli JDT, semangat dan perasaan patah sayap itu tidak pernah ada. Kekuatan baru dicari dan dibina. Mat Yo yang selama ini menjadi sandaran TRW kini menjadi tunggak JDT. Begitu juga Nurul. Dua bekas pemain ini bertukar angin kerana tawaran yang menarik. Ia bukan lagi soal patriotik dan kenegerian. Ia sudah jadi soal profesionalisme. Betullah tindakan Mat Yo dan Nurul, kerana hayat pemain bola bukan lama pun, masa inilah kalau mahu kumpul kekayaan pun. Kelebihan dan kekurangan tetap ada apabila Kelantan berhadapan dengan bekas rakan pasukan ini. tetapi saya kira Bojan Hodak pun ada perkiraannya. Strateginya tentulah bertukar bila bertemu pasukan berbeza. Rentak JDT tentu sekali dibaca. Lagipun, JDT sudah kurang satu kaki apabila Aidil digantung perlawanan kerana kad merah. Nasiblah, siapa suruh terjah Irwan Shah.

Apa motif. Nak suruh orang tengok bola atau tengok dia?
Tahulah mek-mek kelantan lawa, tapi lagak macam ini
sengaja nak cari perhatian. 
Cuma harapannya, semangat berkobar-kobar penyokong ini tidak membakar hingga bawa bencana. Selalulah belajar dari musibah yang lalu. Apa yang terjadi di Pahang tempoh hari harus ditauladani. Jangan dek kebodohan kecil merosak dan membinasakan semangat positif yang ada. Kejadian di Stadium Sultan Muhammad semalam pun boleh menjadi percikan kecil yang bisa membakar dan merosakan semangat kesukanan. Memang semua orang mahu menang dalam apa juga perlawanan. Tapi kita tidak mahu jadi seperti pepatah 'menang jadi arang, kalah jadi abu'. Kita mahu kemenangan atau kekalahan yang berhemah. Biar pemain yang menentukan perlawanan bukan penonton. Bersorak, bergendang, bergelombang itu satu aktiviti yang baik. Ia simbol paduan dan patriotik tapi kalau ada balingan batu ke, botol mineral ke, pancaran laser, baling mercun ke atau boo pemain sekali pun, itu tidak bagus. Ingat balik pada semangat kita, kenapa kita berada di stadium? Berapa jauh perjalanan dari Kelantan atau Johor menuju Stadium Bukit Jalil? Takkanlah mahu sudahkan dengan kejadian yang mendukacitakan? Kita sokong pasukan kita kerana bangga dan suka kita pada negeri kita.Kebanggaan tidak boleh ditunjukkan dengan kebodohan!

Saya ramal Kelantan menang 2-1! 
Anda bagaimana?

Wednesday, June 26, 2013

TEATER DALAM PENDIDIKAN: ACT IT UP

Tema Beyond Borders: Give them wings, let them fly
Ahad lepas saya berpeluang bertemu guru-guru dari 9 buah sekolah yang dipilih dari seluruh Malaysia sebagai anak angkat kepada Malaysia Airport Berhad. Projek anak angkat ini di bawah program Beyond Borders yang sudah pun memasuki musim ketiga. Jika musim lepas, sebanyak 12 buah sekolah dipilih dan dijadikan anak angkat selama tiga tahun. Tujuan tiga tahun itu, adalah untuk melihat perkembangan pelajar sekolah rendah dari darjah 4 - 6 membangunkan keupayaan bahasa Inggeris mereka. Menurut bos Bahagian Korporat MAB, peningkatan berlaku dari 50% kadar lulus kepada lebih 70%. Saya kira ia sangat memberangsangkan. Ini dikira obligasi yang dibuat oleh sektor korporat kepada komuniti khususnya pelajar-pelajar sekolah luar bandar.

Kali ini, 9 buah sekolah akan dibiayai beberapa aktiviti mereka selama empat tahun. Penambahan satu tahun. baguslah. dan tahun ini, saya lihat programnya juga ditambah baik. Aktiviti projek sains dan projek English sudah tidak dibuat. Tumpuan lebih kepada memperbaiki skill pelajar secara praktikal. Selama empat tahun nanti, pelajar akan tetap dibantu dalam meningkatkan Bahasa Inggeris mereka melalui beberapa aktiviti termasuklah Tell A Strory dan Act It Up.

Bos Korporat MAB
Nik Anis
Sejak dua tahun saya terlibat dalam Beyond Borders ini, saya melihat bagaimana aktiviti Act It Up mampu merangsang keupayaan dan keyakinan murid-murid dalam bahasa inggeris. Act It Up adalah aktiviti teater dalam bahasa Inggeris. Murid-murid perlu mementaskan sebuah persembahan berdurasi 15 minit dengan menggunakan kandungan sains. Memanglah bukan murid-murid yang mengarah dan menyediakan skrip, tentu sekali guru yang mengendalikannya. Tapi apa yang menarik komitmen pelajar sangat tinggi. Kesungguhan mereka menghafal, memahami teks dan menghayati watak harus dipuji. Tahun 2011 dan 2012, saya lihat kelemahan memang terletak pada cara pendekatan guru-guru di dalam mengolah topik sains ke pentas, kelemahan mengembangkan cerita, memaksima dan mengeksploitasi kebolehan pelajar dan menggunakan pendekatan terbaik dalam persembahan. Ini mungkin keana kurang pendedahan dan kelemahan di dalam mengaplikasi teater dalam pendidikan.

Teater dalam pendidikan sebenarnya sudah lama berkembang dan ia bukanlah sesuatu yang asing dalam kalangan pendidik. Mereka mengetahui tentang konsepnya tetapi yang mereka tidak ketahui bagaimana mahu membuatnya. Kecekapan dalam mendidik membawa pemahaman yang berbeza, ini bergantung kepada keupayaan dan kaedah mana yang diguna oleh pendidik untuk menyampaikan pelajaran. Kelebihan teater sebagai alat untuk mendidik sangat luas. Ada yang melihat teater tidak lebih sekadar hiburan dan permainan semata-mata. Ia memesongkan tumpuan pelajar kepada subjek. Namun hakikatnya apabila sesuatu subjek diajar menggunakan teater, sebenarnya pelajar sedang belajar menggunakan hampir kesemua derianya. Melihat, membuat, mendengar, memahami dan menaakul boleh berlaku dengan serentak. Apatah lagi, teater itu bermaksud proses, proses manusia menghasilkan sesuatu. Dari teks membawa ke pentas adalah satu proses yang melatih manusia dalam banyak perkara. Kita berorganisasi, mengenal peranan dan tanggungjawab, memahami teks dan memahami objektif bersama. Semasa latihan semua anggota dalam organisasi teater cuba memberi dan melakukan peranan mereka demi mencapai objektif kumpulan. Proses latihan ini juga mengajar manusia mengenal kemanusiaan, kelemahan dan kelebihan rakan, membaiki kesilapan, meningkat disiplin pada masa dan tugas. 

Dalam proses berorganisasi, teater melatih menghormati ketua, mendengar arahan, berkarya dan menyediakan sesuatu dari kosong kepada wujud. Inilah yang tidak dilihat oleh ramai guru-guru. Cuba bayangkan bagaimana berkesannya pengajian sejarah bila ia melibatkan aktiviti teater. Topik Rundingan Baling tentu sekali jadi menarik dan berkesan bila dipersembahkan. Bayangkan subjek agama Islam, ustaz mengajar rukun haji dengan mengajak pelajar melaksanakan aktiviti  haji secara praktikal, tentu sekali ia jauh lebih berkesan daripada sekadar membaca buku teks. Begitu juga bila subjek sastera, guru mementaskan skrip drama yang dikaji. Bukankah ia memberi gambaran situasi dan turun naik plot dan perwatakannya. Saya masih ingat, untuk menduduki SPM, saya tidak menghabiskan novel Seorang Tua Di Kaki Gunung (lepas tu baru habis) tetapi saya menonton drama swasta adaptasi novel itu, lakonan Tamam Idris banyak membantu saya lebih memahami perwatakan dan jalan cerita tulisan Allahyarham Azizi Hj Abdullah. Kesan babak dan adegan dalam drama itu melebihi perkataan-perkataan dalam novel. Ia membantu saya merasai kesan emosi, ekspresi dan gambaran cerita itu sewaktu menjawab.


Jadi, dalam sesi saya bersama guru-guru itu, saya mendedahkan kepada guru-guru beberapa hal asas dalam drama. Saya fahamkan guru-guru apa itu drama, teater dan seni persembahan. Saya dapat rasa peningkatan pemahaman mereka daripada respon yang diberikan. Saya fahamkan mereka tentang istilah dan konsep yang selalu mereka dengar tetapi kabur pemahamannya. Rakan saya, Rosman menyampaikan topik Teater Dalam pendidikan yang saya kira amat penting untuk guru-guru dengar dan fahami. Malangnya sesi kami hanya sekitar tiga jam sahaja. Apalah sangat yang boleh kami lakukan dengan guru-guru itu. Ia lebih kepada 'slide presentation', soal jawab dan beberapa perkara yang boleh kami tunjukkan melalui gesture dan aksi kecil. Itu tidak mencukupi. Hal berkaitan praktikal tetap kena dibuat secara praktikal. Ia proses alami. Tapi walau bagaimana pun, saya puji pihak Malaysia Airport kerana menyediakan slot ini atas kesedaran perlunya guru-guru mendapat bimbingan. berbanding dengan musim lalu, musim ini banyak pemurniannya.

Monday, June 24, 2013

TARI'13: INTERNATIONAL DANCE FESTIVAL @ASWARA

dance by Nyoba Kan


ASWARA kembali membawa satu festival tari bertaraf antarabangsa. Festival ini diberi nama Tari'13 sempena tahun 2013. Festival ini telah dianjurkan buat pertama kalinya pada tahun 1994 dan mendapat respon yang membanggakan pada tahun-tahun selepas itu. Ia menjadi salah satu kalendar aktiviti tari yang penting di rantau ini, memandangkan festival menghimpunkan koreografer, kumpulan dan aktivis tari penting dunia. Malah ianya dianjurkan dengan tema berbeza di mana tahun ini temanya 'Dancing Across Borders'. Syabas diucapkan kepada Fakulti Tari ASWARA dan Kementerian Kebudayaan atas inisiatif menghidup dan menempatkan Malaysia sebagai salah satu destinasi Tari penting Asia. Dengan jumlah graduan tari yang ramai dan beberapa orang telah mencipta nama di persada seni, kali ini pastinya Fakulti Tari sangat bersedia untuk mempamerkan yang terbaik.  Syabas Dr. Joseph Gonzales dan teamnya.

Tari ‘13 – Dancing Across Borders
8th INTERNATIONAL DANCE FESTIVAL@ASWARA

The 8th Internal Dance Festival is here again after a 7-year hiatus. The eight edition will bring respected members of the international dance fraternity to Malaysia in an intense days of dance. The artists from abroad together with 24 young artists and their groups will focus on the various interpretations of the theme “Dancing Across Borders”. This relates to current trends in contemporary dance - implying to work between genres within dance, across artistic disciplines, beyond political borders of nations, within collaboration laboratories and through various artistic expressions. The Festival intends to create a network of dance artists and arts institutions that helps to build meaningful relationships that will serve as the foundation for all types of cooperation. This program is especially useful for young artists as they attempt to carve a niche for themselves in an increasingly challenging artistic environment.

The arts, and dance, has undergone transformations and mutations that are culturally-specific to each region such as Buto in Japan, Javanese understanding of the word contemporary, and so on. This Festival will be a treat for Malaysian afficionados.

Tari ‘13 will comprise the following components:-
i. 4 Nights of Main Performances
ii. 12 Masterclasses
iii. 2 Round-table discussions
iv. Work-in-progress BOW Artists
v. 3 Showcases comprising 24 dance pieces


Main International Performances include:
Riki Von Falken (Germany); Un Yamada (Japan); Amrita Performing Arts (Cambodia); Frontier Danceland (Singapore); Eko Supriyanto & Jailolo Solo Dance Studio (Indonesia); Pichet Klunchun Dance Company (Thailand), UPDC (Philippines), Body EDT (Taiwan), a showing of the BOW Artists Project (USA/Malaysia) as well as renowned Malaysian companies ASWARA Dance Company, Sutra Dance Theatre, Dua Space Dance Theatre, Nyoba Kan and JKKN Dancers.

Date: 3-7 July 2013 (10.00 a.m. – 10.30 p.m.)
Venue: ASWARA, 464, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 03-269755313/019-2319179

Schedule and Tickets: Click the Photo below:

RAFIZI Vs KHAIRY DI PARLIMEN

Rafizi antara MP yang ditunggu kemunculannya
Hari ini 24 Jun 2013, mesyuarat telah pun berlangsung pagi tadi di mana mesyuarat sulung ini, diadakan untuk memilih Yang Di pertua Dewan, Majlis angkat sumpah dan usul menamakan dua ahli sebagai Timbalan Yang Dipertua. Esok, Parlimen akan dibuka dengan rasminya  oleh SBP Yang Dipertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. Maka akan bermulalah sidang dewan rakyat penggal pertama. Macam-macam gimik berlaku sebelum ini. kata nak pulaukan parlimen lah, sabtu lepas pun sempat PR buat perhimpunan di Padang merbok, Jumaat lepas masa saya di SOGO, ada sekumpulan kecil belia berbaring atas laman depan SOGO memegang manila card, mahu menegakkan keadilan. Ingatkan betul-betullah berlaku pemulauan parlimen, tapi semua MP elok aja angkat sumpah tadi.

Daripada 222 buah kerusi, 89 diwakili oleh pembangkang manakala selebihnya diwakili oleh Barisan Nasional. Ini merupakan jumlah kerusi terbanyak yang dimenangi pembangkang selepas zaman Pak Lah tahun 2008. Kira, Najib akan melalui tekanan dan perbahasan yang agak mencabar. Saya bukanlah syok nak melihat orang berbalah tapi mahu lihat kesungguhan ahli-ahli parlimen berbahas dan membincangkan isu-isu negara, membahas undang-undang dan sebagainya. 

Memang dalam Dewan Rakyat elok ada lebih pembangkang, bukanlah maksudnya saya suka sangat tapi suasana perbahasan akan lain jadinya. Jika tidak, ahli-ahli parlimen kerajaan akan sangat selesa. Saya masih ingat masa bertugas di dewan pada penggal selepas 2004, selepas kemenangan besar Pak Lah dan BN. Ya Allah, dewan tu macam padang jarak, ramai ahli parlimen tak ada kat tempat duduk, ramai juga yang tidur. Bukan sahaja mereka tidur, saya yang bertugas pun turut tertidur sebab perbahasan tidak ada energy langsung. Menteri selalu diganti setiausaha parlimen. Bila sidang parlimen selepas kekalahan teruk pak Lah, situasi jadi berbeza, kerusi BN selalu ada, perbahasan rancak. Kita yang bertugas pun celik mata luas-luas, risau nama kementerian kita disebut. Pengalaman bertugas di parlimen memang menarik, kita seolah menyaksikan persembahan orang-orang tengah gelangang. Sejak 1996, seringlah saya bertugas. Dewan Rakyatlah yang seronok berbanding Dewan Negara.
Keterbukaan Khairy ini bawa pendekataan
berbeza. Baguslah YB.

Jadi parlimen kali ini agaknya akan berubah rentaknya. Ramai ahli baru dan muda duduk di dalamnya. tentu sekali nak dengar Rafizi berlawan balas dengan Khairy, Ibrahim Ali pun dah tak ada, kalau tidak geger juga dewan dengan jeritan, pekikan berpadu pula dengan Bung Mokhtar. Memang hangatlah dewan jadinya. Kali ini, kita lihatlah antara 89 orang ahli Pakatan Rakyat, siapa yang akan muncul hero baru. Anak Karpal, anak Kit Siang, anak Anwar, anak Nik Aziz dan ramai lagi ada kali ini. Saya berharap sangat tidak ada isu dan percakapan yang memperlekehkan jantina macam sebelum ini, saya mahu juga lihat bagaimana Pakatan menegakkan perjuangan mereka dalam memastikan manifesto mereka boleh dicapai atau diperbahaskan sekurang-kurangnya. 89 kerusi, bukan kecil, silap-silap haribulan boleh mengubah dasar jika wakil BN asyik memonteng. 

Tambah menarik tahun ini, Sabery Chik dah bagitahu yang RTM akan siarkan sidang parlimen satu jam di TV bukan lagi 30 minit. Tambahlah seronok kita menonton ya. Baguslah Tuk! Era teknologi hari, tak payahlah kita takut nak tunjuk kat rakyat apa berlaku dalam dewan, lambat laun diketahui juga. Jadi eloklah sangat dipanjangkan siarannya.

Selamat bersidang, saya hanya mahu Malaysia jadi lebih baik. 


CEREKARAMA BULAN PUASA




Bulan Ramadhan dah nak tiba, Syaaban pun baru lepas Nisfu Syaaban. Alhamdulillah. Dalam sibuk dengan beberapa kerja , sempat saya menyertai team Heykal Hanafiah untuk cerekarama "Ooo Tak Puasa Ya!" terbitan Layar Consult.. Penglibatan saya dalam cerekarama ini tidaklah besar, hanya beberapa hari sahaja.  Saya bermain sebagai seorang imam di kampung yang punya keluarga kecil, 3 anak. Cerita berpusat pada watak Ramadhan yang dilakonkan oleh pelakon kanak-kanak berbakat besar, Danish Zakwan. Puas saya tilik kat mana persamaan saya dengan Danish, tapi mungkin dari sebelah ibunya yang meninggal sewaktu kecil. Boleh?
Inilah Danish, bakatnya hebat. Juga bagus dalam
tarian. Dia kini bertanding dalam Showdown 8tv
Watak isteri saya dimainkan oleh Marisa Yasmin. Ini pelakon hebat. Dia terkenal sejak drama episod Jelatang. Dalam cerita ini, Marisa memainkan watak Mariah. Dia merupakan ibu tiri Ramadhan tetapi sangat mengasihi Ramadha dan anak-anak saya yang lain. 


Yang baju merah tu, Fezrul Khan. Dia memainkan watak Cikgu Firdaus yang tidak disukai Ramadhan. tapi saya sangat berkenan dengan Firdaus sebab dia memiliki peribadi yang baik serta ilmu yang tinggi. Niat saya ingin menjodohkan cikgu Firdaus dengan anak saya, Azma lakonan Nad Zainal. Eh...takdalah pula gambar Nad. kenapa saya tak snap pun? Rancangan saya ini, ditentang Ramadhan sehingga dia menimbulkan kekecohan dalam kampung. memang Ramadhan anak T
ok Imam yang nakal.

Pada usia cecah 40an, jangan nak harap dapat watak pelajar kolej hahaha. Ini yang saya gelak dengan Marisa. Kalau dah dapat tawaran watak apapun, kira syukur sebab masih ada peluang hahaha. Sekali sekala bolehlah buat drama. Tak boleh selalu. Kerja lain perlu juga jalankan. Berlakon drama ini lebih kepada nak mengisi keseronokan dan minat saya. Bolehlah juga saya berkenalan dengan orang-orang hebat dalam industri.

Jadi, jangan lupa tonton cerekarama "Ooo Tak Puasa Ya". Insyaa Allah awal bulan puasa nanti.

HANAFI JUARA MY EKSPRESI 2013



Tahniah Mohd Hanafi Rosdi kerana muncul sebagai juara My Ekspresi musim pertama. Program realiti yang mencungkil bakat koreografi ini, ternyata membawa tuah kepada Hanafi. Anak kelahiran Terengganu yang mengembangkan bakat tarinya melalui aktiviti di Taman Budaya sewaktu sekolahnya kemudian menyambung di Aswara selama 6 tahun untuk memiliki diploma dan ijazah sarjana muda dalam bidang yang sama. Sepanjang di Aswara, Hanafi menunjukkan potensi yang baik, meneroka tari dalam pelbagai sudut, menjayakan teater traisional dalam semangat tradisi yang baik, aktif di dalam menjayakan aktiviti-aktiviti ASWARA di dalam dan luar negeri. 

Dalam keluarga Hanafi, hanya dia yang menunjukkan potensi dan kecenderungan yang tinggi dalam seni. Berbeza dengan abangnya, yang menganggotai pasukan lumba basikal Terengganu. Saya sempat berkunjung ke rumah Hanafi di Kuala Terengganu, masa itu, kami satu bas dijamu masakan ibunya, rumahnya yang kecil menjadi sendat sesendatnya, sehingga melimpah ruah ke luar rumah, namun keramahan ibunya membuatkan kami rasa berbesar hati. Saya kira keluarga Hanafi sangat menyokong penglibatan Hanafi dalam seni tari. Jika difikir bukan mudah, sebuah keluarga Melayu sepert keluarga Hanafi, untuk melepaskan anak lelaki menceburi bidang tari. Bidang yang rata-rata dianggap tidak maskulin dan belum begitu maju di Malaysia. Malah kita tidak ada industri tari pun, jadi peluang kerjaya dan prospeknya sangat kecil. Tapi, keluarga Hanafi tidak melihat itu, mereka melihat kecenderungan dan keinginan Hanafi. Dan itu dibuktikan oleh Hanafi.

ASWARA mencungkil bakat Hanafi semaksima
Masa Hanafi mula jejak di ASWARA, saya memang berteka teki, habiskah budak ni? Betulkah dia nak menari? Bolehkah dia maju dan jadi hebat dalam tari? Mesti dia akan end-up dengan jadi penari 'carma' sahaja. Saban hari saya lihat dia membesar. Melalui didikan dan bimbingan fakulti, khususnya hubungan baik Hanafi dengan Joseph Ganzales, saya dapat rasa kesungguhan Hanafi terserlah. Memang saya akui di ASWARA, ada beberapa pelajar tari yang lebih hebat dari Hanafi, namun usaha dan kerajinan itu boleh memajukan seseorang. Jika ada bakat tapi tiada kerajinan, ia tetap tidak berkembang. Joseph selalu bercerita hal ini, tentang potensi anak muridnya. Namun saya kira Hanafi tergolong dalam kelompok penari yang kuat, berprestasi tinggi, menguasi banyak stail tari dengan baik dan kerana itu jugalah Hanafi dipilih menganggotai ASWARA Dance Company.

Sewaktu majlis meraikan kejayaan Hanafi dan rakan-rakan
menjuarai Tari WCOPA
Hanafi punya personaliti yang menyenangkan. Mudah untuk diajak bekerjasama. menghormati guru dan menghormati rakan. Dia ada keupayaan memimpin bila kita lihat cara dia berkarya. Sikapnya yang menyenangkan semua orang, memudahkan ia diterima dan menyertai kerja-kerja di bawah koreografer yang berwibawa. Sikap inilah yang menguntungkan Hanafi. Bila saya tanya kenapa tidak sebut bahawa dia adalah salah seorang yang bawa pulang emas terbanyak di WCOPA pada tahun 2010, dia minta supaya tidak diceritakan. Walhal Hanafi dan 3 lagi rakannya telah mengangkat Malaysia sebagai Juara Dunia kategori Tari mengatasi pencapaian Malaysia sebelumnya. Hal ini berbeza dengan salah seorang peserta My Ekspresi, yang secara terang menyebut kejayaan membawa pulang 1 emas dan beberapa gangsa . Sikap Melayu yang rendah diri itu masih menebal dalam diri Hanafi. Sikap begini sudah tidak lagi sesuai dalam bidang seni persembahan hari ini, kalau kamu ada 100 award maka sebut dan senaraikan award itu, biar dunia tahu dan kagumi pencapaian kamu walaupun award itu datangnya dari pertandingan peringkat kampung.

Hanafi dan rakan-rakan dalam persembahan kontemporari India

Hari ini, Hanafi bergelar juara My Ekspresi. Saya dan anda pasti ingin melihat apa lagi yang mahu dicapai oleh Hanafi. kecenderungannya menghasilkan koreografi yang disebut Dancefilm, saya kira satu usaha yang masih asing di Malaysia. Beberapa koreografi telah dihasilkan Hanafi, dan kebolehannya meningkat dari satu projek ke satu projek. Ini saya kira memang karyawan harus berkarya berterusan, riwayatnya menjadi panjang apabila dia sentiasa mencari sesuatu yang baru untuk diteroka. Hanafi sudah memasuki fasa berbeza, meninggalkan rakan lain yang masih bekerja menggunakan medium pentas semata. Jadi saya kira, ada harapan untuk kita lihat Hanafi di masa depan. 

Dancefilm by Hanafi - Keranda Untuk Adinda

Kejayaan Hanafi dalam My Ekspresi adalah bukti bahawa ASWARA adalah institusi terbaik menghasilkan karyawan seni. Tiga tempat terbaik dalam My Ekspresi disapu ASWARA. Apabila objektif My Ekspresi untuk mencari koreografer yang seimbang antara tradisional dan kontemporari, maka tiada lain tempatnya, ASWARA lah kilang yang mengeluarkan produk itu. Saya dengan bangga menyebut perkara ini, kerana ASWARA satu-satunya institusi yang bersungguh-sungguh melahirkan pelajar yang seimbang, yang kenal dan menghayati seni tradisi, yang tidak mahu berkompromi dengan keengganan banyak pihak yang menolak  mempelajari seni tradisi. ASWARA menyakini bahawa walau siapapun kamu, apapun impian kamu, apapun jadinya kamu diluar nanti, pelajar perlu tahu dan kenal seni tradisi. Dan kerana itulah, ASWARA tidak boleh berada di bawah payung yang lain selain kebudayaan, hanya payung ini sahaja memahami dan mengangkat keperluan kenapa ASWARA perlu berwajah seperti hari ini. 

Tahniah Hanafi, awak membanggakan. Tahniah juga Nazri dan Kamaluddin kerana turut memberi keyakinan kepada Malaysia bahawa ASWARA telah melakukan perkara yang betul. Tahniah juga untuk Tang Sook Kuan kerana berada di platform yang terbaik (hati saya berkata, Tang ni kalau di KL tentu banyak sekali  peluang dan pencapaian yang dia boleh dapat).


Saturday, June 22, 2013

MY EKSPRESI: SIAPA DAPAT 40K?

4 finalis; Kamaluddin, Tang, Shazlan (Juri tetap), Nazri dan Hanafi

22 Jun 2013 bakal menentukan siapakah Juara My Ekspresi musim pertama. Juara perekatari dalam sebuah program realiti yang julung kali diadakan bahkan rasanya pertama di dunia. How? hebatkan! Menerusi TV2 hari Sabtu pada jam 9.00 malam, My Ekspresi akan ditayangkan secara langsung.

Empat peserta telahpun diketahui akan berentap iaitu Hanafi, Nazri, Kamaluddin dan Tang. Bila lihat senarai peserta yang bertanding ia seolah pertandingan dua IPT iaiatu antara ASWARA yang diwakili tiga jejaka dengan UMS yang diwakili Tang. Tang yang menjadi satu-satunya peserta wanita, mempertaruhkan pengalamannya di WCOPA dan ilmu sarjana tarinya. Pada separuh akhir lalu, Tang melepasi pusingan tersebut dengan sedikit kepayahan dan berjaya mengatasi Raffi dan Azlee. Saya kira, Tang beruntung kerana pada tugasan terakhir minggu lalu, dia mendapat Bollywood berbanding Raffi yang mendapat street dance dan Azlie kena menghasilkan ballroom. Bollywood benar-benar menyelamatkan Tang, kenapa saya kata begitu? Satu kerana tarian Bollywood tidak perlu teknik dan stail yang tepat apatah lagi bila Jai Ho jadi pilihan Tang. Jadi, ia lebih bersifat meriah dan kepestaan. Saya lihat koreografi Tang cukup makan dan menepati sahaja tetapi tidak ada interpretasi lain. Soalan saya, adakah lagu hebat seperti Jai Ho perlu terbatas pada kostume begitu sahaja? Bollywood boleh wujud dalam macam-macam rupa.

Nasib malang pada Raffi, yang saya kira ada potensi untuk mara ke final. Tapi Raffi punya 'vocabulary' terbatas dalam tarian-tarian barat berbanding kehebatannya dalam tarian Melayu. Jadi bila Raffi kena buat Streeat Dance, saya anggap itu membunuhnya. Dua faktor yang menjejaskan markah Raffi; kelemahan dia dalam tarian barat dan Raffi tidak dibantu oleh kumpulan penari yang baik. Penari yang menarikan tarian-tarian Raffi sangat banyak kelemahannya. Mereka tidak ada teknik yang bagus dan kurang attitude dalam sesetengah tarian. Apatah lagi kena menari Street Dance yang nyata ada syarat tetap pada gerakannya. Penari tidak ada stail, tiada attitude, battlenya melucukan. Apapun seperti kata Linda, walaupun kekurangan pada penari, kesilapan tetap atas bahu koreografer. Macam orang putih selalu kata "uneasy lies the head that  wears a crown". 

Dalam kes Azlie, saya kira dia punya idea dan kreativiti yang baik. Tapi kerana Azlie tidak memiliki pengalaman yang luas berbanding peserta lain, maka Azlie banyak bersandarkan kepada wirasanya sahaja. Namun begitu, saya harus ucap tahniah kepada Azlie kerana mampu melangkah hingga ke peringkat separuh akhir dan menjadi enam yang terbaik. Kelemahan azlie di peringkat separuh akhir sangat ketara dalam dua tugasan. Tugasan ribute P.Ramlee, Azlie memilih lagu Aci-aci Buka Pintu. Bila saya tahu lagu itu yang dipilih dan mahu dipersembahkan dalam bentuk taridra, fikiran saya kata "berapa bagus Azlie boleh hasilkan kerana imej klip Labu-labi sangat melekat". P.Ramlee sudah hasilkan persembahan yang sungguh baik dalam aci-aci bukak pintu. Jadi Azlie perlu hasilkan berbeza dan lebih bagus. Ternyata Azlie tewas, koreografinya hambar, penceritaannya sangat lemah malah pemilihan kostume juga kurang baik. Begitu juga dalam tugasan Ballroom, saya kira dalam tugasan ini, koreografinya tidak siap. Azlie keputusan idea kerana dua faktor; tiada pengetahuan yang bagus dalam ballroom dan kelemahan dalam menggunakan ilmu koreografi. Hal ini sangat menjejaskan Azlie. Tambah-tambah lagi, penari Azlie bukanlah kumpulan penari yang versatile dan miliki stail menari yang pelbagai. 

Apapun itu cerita lepas, dah tak boleh nak patah balik. Malam kemuncak nanti, 4 peserta telah pun diberikan 3 tugasan. Iaitu promosi produk tempatan (ia lebih bersifat tarian pelancongan), Back-up dance dan koreografi bebas. Saya kira tugasan ketiga adalah penentu kepada kualiti koreografer itu. Dengan peluang yang diberi seluas-luasnya, koreografer boleh manfaat apa sahaja kelebihan yang mereka ada. Jika kekuatannya tradisional, pergunakanlah. Kalau cenderung moden atau muzikal atau etnik, mereka harus pergunakan semaksima mungkin. kalau baca ulasan saya ni macam saya letak kemenangan pada budak-budak ASWARA tetapi tanpa mengecilkan kebolehan Tang, saya pasti Tang belajar dari kelemahan lalu. Dalam seni, tidak ada istilah underdog ya! Semuanya subjektif. Saya suka belum tentu Anda suka. Jadi semuanya 100% pilihan juri. Hanya juri yang kenal manikam.

Tidak sabar untuk saksikan Malam kemuncak nanti. Siapalah yang akan bawa hadiah bukan sekecil anak, RM40 ribu ya!

Friday, June 21, 2013

NYONYA TANDUS!

Juhara sebagai Nyonya 2008
Teater Nyonya baru melabuhkan kisahnya semalam di Panggung Sari, Istana Budaya. Macam-macam reaksi dan pandangan saya dengar dan baca. Tetapi bukan calang-calang teater kalau sudah masuk panggung Sari. tentunya Nyonya sudah capai taraf yang dipiawai Istana Budaya. Saya tidak pergi menonton, tidak ada kesempatan kerana ada beberapa tugasan yang menghalang. 

Kali ini, Nyonya bergabung dengan The Gang, jika dulu semasa pementasan di MATIC, Nyonya bergabung dengan Mak Dara. Apa strategi penerbit saya tidak tahu. Tapi kali ini, Anuar Zain muncul di pentas dalam The Gang. Pastinya pecah panggung ya! Ditambah lagi, Nyonya menampilkan gandingan nama-nama hebat Misha Omar, Amy Mastura, Fara Fauzana, Kiah Propa dan dua lulusan ASWARA yang tengah hot juga, Tai Abu Bakar dan Mardiana Alwi. Tentu sekali sambutan dan persembahan Nyonya jadi berbeza. Sentuhan kali ketiga Rosminah Tahir ke atas Nyonya mungkin memberi kelainan, maklumlah Nyonya bertambah masak dalam dokongannya. Jadi tahniahlah Siti Rohayah Atan dan team nya.

Mak Dara - Nyonya 2012
Untuk Nyonya kali ini, saya tidak boleh menulis dan mengkritik apatah lagi membuat ulasan, cukup sekadar andaian berdasarkan bacaan dan himpunan pemainnya. Tapi teater Nyonya karya Allahyarham Wisran Hadi ini, sudah tiga kali saya menontonnya. Tulisan penerima S.E.A Write Award Indonesia tahun 2000 ini, seperti menjadi kesukaan penerbit Siti Rohayah Atan dan pengarahnya. Kerana ternyata Nyonya paling banyak diterbitkan oleh mereka. Saya masih ingat watak nyonya dibawah arahan Rosminah, dimainkan oleh Tania Zainal, Juhara Ayob, Sherry Al-Hadad dan kini Mardiana Alwi. Manakala watak Tuan dimainkan oleh Along Eyzendy, Zaifri Husin dan kini Tai Abu Bakar. Watak-watak keponakan pernah dijayakan oleh Norzizi, Rosman Ishak, Melissa Saila, Sarimah Ibrahim dan Khatijah Tan (Maaf kalau ada yang tercicir). Nyata ramai sekali yang pernah menjayakan Nyonya ini. Saya kira, Nyonya di bawah penerbitan ini, dizahirkan sebagai sebuah komedi yang menyuruh kita ketawa lagi dan lagi dan lagi.

Sherry sebagai Nyonya dan Zaifri sebagai Tuan (2012)

Nyonya secara tersurat berkisar tentang konflik Nyonya muda yang baru kematian suaminya. Seorang hartawan yang memiliki rumah dan tinggalan yang banyak, hartawan meninggal akibat kanser lidah. Konflik muncul secara bercabang iaitu dari Tuan seorang pedagang dan dari kelompok anak-anak saudara hartawan yang meninggal itu. Wujud pertelingkahan dalam hal menakluki dan memiliki harta, yang akhirnya Nyonya tewas dengan Tuan. Tuan bukan sahaja berjaya membeli rumah dan harta milik Nyonya malah habis tergadai diri sendiri. Tiga kali Nyonya di bawah Rosminah, banyak sekali komedi yang diserlahkan. Aksi dan ketamakan keponakan menimbulkan kelucuan sepanjang persembahan. Dialog-dialog diucap menggunakan bahasa Indonesia namun sesekali muncul inggeris dan dialek negeri di Semenanjung. Mungkin itu pilihan dan kelainan yang cuba dibuat oleh Rosminah. Nyonya menjadi sangat meriah dengan gelak tawa khalayak dan gopoh gapah lakonan. Itulah yang saya temui. Kerana itu saya fikir selepas tiga kali menonton Nyonya, saya rasa sudah cukup dan faham apa yang mahu tuan pengarahnya sampaikan.

Hal itu berbeza sekali semasa kali pertama saya menonton Nyonya di Matic pada tahun 2005. Ia diarahkan sendiri oleh Pak Wisran. Nyonya ketika itu dimainkan oleh Abby Nadzri berpasangan dengan Eyzendy. Manakala keponakan dimainkan oleh Engku Nurzalifah, Ku Yusri, Tania dan Farah Adilla sebagai isteri Tuan. Pak Wisran mengekalkan dialog dan kata bual Indonesia dan mengatur tiap konflik dan aksi secara tersusun. Saya masih ingat, cara keponakan menyerang Nyonya sangat menarik, cukup strategis dan terserlah kedangkalan mereka. Strategi mereka untuk mendapatkan wang dari nyonya meningkat dari satu adegan ke adegan. Keponakan dalam versi ini, mengisi karakter yang berbeza dan tersusun sekali dialog-dialognya. Tidak ada usaha antara pelakon untuk berebut, berlawan hebat dan melafazkan dialog yang tiada kaitan langsung dengan cerita. Pak Wisran mengawal Keponakan dengan baik tetapi tetap terserlah kacau bilau perwatakan mereka. Tuan lakonan Eyzendy sangat baik, Eyzendy menyusun taktik dari sekecil idea hingga kepada sebesar peluang. Abby yang jadi Nyonya terserlah kemanjaannya yang naif tentang helah orang berniaga. Lakonan Farah Adilla muncul tersendiri, cara rintihan dan ucapannya terngiang-ngiang. Dia tidak sengaja membuat komedi tetapi kita yang terkekek kekek ketawa.

Juhara sebagai Nyonya, Khatijah Tan
sebagai Keponakan
Jadi bila saya menonton Nyonya hasil garapan Pak Wisran Hadi, ianya berbeza sekali dengan apa yang saya peroleh apabila menonton Nyonya selepasnya. Ternyata Nyonya bukanlah sekadar kisah Nyonya muda yang tandus batinnya dan akhirnya akur dengan tuntutan Tuan, juga tentang Keponakan yang berantakan untuk mendapat kekayaan dari tinggalan hartawan. Bukan sekadar itu! Pak Wisran menghantar mesej yang lebih besar. Arwah menggunakan watak sebagai simbol dan metafora. Bagaimana Tuan yang hanya menumpang berehat di halaman berjaya membeli dari sekeping marmar hingga menakluk ruang tidur dan tubuh nyonya, bagaimana itulah yang minta kita menafsirnya. Kisah pemilik menggadaikan hak dan pusakanya demi nafsu dan gula-gula yang diberi. Ia dengan sendiri meterjemah sikap bangsa Indonesia yang mudah menyerah dan menggadai apa yang dimiliki kepada orang datang. Orang datang tentu sekali sifatnya mahu menguasai dan sebolehnya menjajah. Dari sekeping marmar bertambah kepada perabot dan ruang tamu sehinggalah ke ruang tidur dan tubuh badan tergadai dek wang ringgit. Begitu bijak sekali Pak Wisran memutar penontonan kita. Apa yang terjadi pada Nyonya adalah biasan kepada terjajahnya tanahair. Sedangkan keponakan seboleh mungkin menghabis dan mengikis pusaka.

Nyonya 2013 di Istana Budaya
Jadi, bagaimana dengan tontonan anda? Apakah Nyonya yang anda tonton tafsiran yang sama? Saya harap dalam komedi dan gelak tawa kita, ada sesuatu yang kita bawa pulang untuk difikirkan. Mungkin ada hasrat lain yang Pak Wisran mahu sampaikan dan berbeza dari tafsiran saya. Tapi saya yang menonton, itu yang saya dapat. Anda mungkin berbeza. 

Cuma bagi saya, apabila sebuah naskhah sudah terlalu banyak ditokok tambah, dimasukkan dialog dan aksi yang kurang sesuai, ia merosakkan. Dan menunjukkan sikap kita sebagai yang berkarya. Kita tidak boleh mengguna lesen kreatif untuk merubah dan meluluhkan keaslian. Apatah lagi mengaut untung.

Al fatihah buat Allahyarham Pak Wisran Hadi. Semoga tenang di sana.


Wednesday, June 19, 2013

ROSMAH PALING POWER


Tajuk pun dah hebatkan, wanita pertama Malaysia disebut sebagai wanita paling berkuasa di Malaysia dan teratas dalam senarai 10 yang berkuasa. Senarai itu dikeluarkan oleh akhbar The Star.  Siapa yang nak menafikan hakikat ini? Siapa? Sejak Najib jadi PM memang nama Kak Mah selalu disebut, digosip dan menjadi bahan hangat media terutama media dari pihak yang menentang. Imej Kak Mah dimunculkan dalam macam-macam bentuk. Nasib jadi orang penting memang begitulah. Apatah lagi jadi Isteri PM. Tapi Kak Mah macam cool aja.

Kisah Kak Mah ni merata-rata dibual orang dan macam-macam kes disabitkan, termasuklah kisah kes bunuh Altantuya, kes cincin besar RM24juta, kes beg eksklusif, kes peluk Shah Rukh Khan, malah kisah Kak Mah menabung dari kecil pun dibual orang. Sampaikan banyak kebaikan yang Kak Mah buat tenggelam dek cerita negatif ini. Kalau dalam blog dan youtube, bersepah kisah keburukan Kak Mah. Pendek kata plot kehidupan Kak Mah ni, makin lama makin menarik, bercampur aduk dengan pelbagai misteri. Kalau nak buat drama memang menarik. Kisah Kak Mah akan lebih power berbanding kisah Najib jika difilemkan.

Ini contoh Kak Mah dipersenda
Saya tengok Kak Mah tak kisah pun, Kak Mah tetap laksanakan tugas dia sebagai Istei PM. kak buat Permata Seni, Kak Mah buat kebajikan melalui BAKTI, Kak Mah melawat Gaza, Kak Mah tolong orang susah, Kak Mah anjur majlis agama dan macam macam lagilah. Pendek kata Kak Mah memang aktif dan giat memainkan peranan sebagai first lady. Mungkin ada yang bezakan Kak Mah dengan first lady-first lady sebelum ini, Cara bekerja Kak Mah memang berbeza, Kak Mah suka menonjolkan kecenderungannya. Kak Mah suka menyanyi, lalu Kak Mah rakam lagu dan buat video klip, banyak acara Kak Mah nyanyi live. Tapi itu tidak dibuat oleh first lady sebelum. Kak Mah suka pakai cantik cantik, suka set rambut, suka baju designer, suka beg mahal dan suka intan berlian. Dah itu kesukaan Kak Mah, nak buat macamana. Tapi ramai yang tak suka. Itu dijadikan modal untuk jatuhkan Najib. Kesian Kak Mah, sebab kerana kesukaannya, suaminya pula nak dijadikan mangsa.


Jadi bila The Star pilih Kak Mah sebagai The most powerfull lady in Malaysia, saya kira itu sangat tepat. Zeti Akhtar, Nurul Izzah, Marina Mahathir, Teresa Kok, Michelle Yeoh dan beberapa nama lagi bukanlah tak hebat tapi tidak segah nama Kak Mah. Nama Kak Mah ni sama popularnya dengan PM. Dengan imej dan penonjolannya di khalayak, Kak Mah memang no. 1.

TAHNIAH KAK MAH!!!

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...