Langit cerah di Kampus ASWARA, wajah-wajah yang hadir bermandi kegembiraan. Setelah tiga tahun menunggu akhirnya impian mereka terlaksana. Kalau mengalirpun air mata hari ini, ia bukanlah kehampaan namun kegembiraan. Sejak tahun 2004 Majlis Konvokesyen ASWARA tertangguh (tidak jelas sebabnya) dan hari ini telah menghimpunkan 134 orang lulusan. Buat pertama kali Panggung Eksperimen, ASWARA menyaksikan upacara Konvokesyen dan buat pertama kali juga Kampus ASWARA menghimpunkan graduan dan ibubapa paling ramai. Pada konvokesyen yang lalu, hanya 19 orang graduan diraikan dan nyatanya ia berbeza dengan hari ini. Acara berjalan dengan lancar tanpa ada penangguhan. YB Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim, Menteri KEKKWA menepati waktu majlis dengan tiba pada jam 9.45 pagi dan jam 10.00 pagi Perarakan Graduan mula masuk dewan. Saya sebagai pengurus pentas melihat perjalanan upacara lancar dan teratur (mungkin ada sedikit kecacatan di luar pengetahuan saya). Para petugas menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi. Ibubapa dan tetamu yang hadir kelihatan gembira dan berpuas hati dengan layanan petugas. Dada saya sebak tatkala En Ramlan (Ketua Jabatan) menyebut nama Allahyarhamah Mardiana Rahbini dan diwakili oleh En Rahbini. Terus wajahnya terbayang di mata saya dan membayangkan seorang gadis manis, sopan dan amat bekerjasama dengan aktiviti ASWARA telah pergi buat selamanya tanpa sempat melangkah ke pentas upacara. Terus hati saya berka " Kalaulah tahun 2005 ada konvo tentu impiannya sempat terlaksana" Namun itu semua ketentuan Nya. Setelah selesai upacara, para graduan dan ahli perarakan utama ke Dewan Orkestra untuk sesi fotografi namun selari dengan persiapan menyusun graduan untuk fotografi, YB Menteri bertemu wartawan dan melayan soalan dan pertanyaan. Jelasnya karisma YB Menteri memperlihatkan keyakinannya memimpin sebuah kementerian ke arah terbaik dan dihormati oleh warga Malaysia. Sambil melihat persediaan fotografi, saya berdiri hampir dengan dua orang jurugambar akhbar (saya tidak pasti) dan mencuri dengar sesuatu yang menarik bunyinya " Saya rasa inilah konvokesyen yang terbaik, teratur, 'grand' dan paling menarik. ASWARA memang menyusun dan mengatur acara sehingga memudahkan kerja kita kalau dibanding dengan universiti lain...hancur!" saya senyum puas bila itu yang keluar daripada mulut orang yang selalu menghadiri majlis dan nyatanya dia berkata bukan kepada saya tetapi rakannya.
GAMBAR-GAMBAR INI MENCERITAKAN SEGALANYA
Arbaiah Ahmad Nadzri - Pelajar Terbaik Teater 2004
Shariffah Mariam Syed Abdullah - Pelajar Terbaik Teater 2006
Mohd Yunus Ismail - Pelajar Terbaik Tari 2006
Harapan saya semoga lulusan ASWARA beroleh kejayaan di masa hadapan. Ingatlah segulung Diploma bukanlah penhujung pencarian ilmu anda, ia adalah tapak pemula kepada pendakian yang sebenarnya. Bukalah mata, timbang-timbanglah kerana itu semua tunggak dan tongkah kepada kejayaan. TAHNIAH!
2 comments:
Ce'kem,
Hari ni saya tinggalkan "tanda", tanda saya dah masuk. Wah, blog ni dah jadi buku nota harian, macam buku tiga lima ha ha. Bagus untuk publisiti aktiviti kita.
Saya "suka" bila ce'kem guna perkataan tidak "jelas" kerana lama kita tak berkonvo. Sependapat dengan saya dalam catatan lidah editor buletin beringin aswara.
Tapi, saya sedih ada orang marah dengan catatan tidak "pasti" saya tu. Saya cuma nyatakan yang benar, dan apa yang terbuku selama tiga tahun ni.
Kalam saya bukan "menyinggung" yang manis saja. saya selalu teringat, "bercakaplah yang benar walaupun kebenarannya selalu pahit."
salam,
Lida Beringin
Lidah beringin,
ya bercakaplah yang benar walaupun pahit.
tapi adakalanya baiklah berdiam kalau kata-kata itu boleh meruntuhkan
Post a Comment