Jom Kita Jadi Geng

Wednesday, December 20, 2006

KESUMA 19 DIS 06

Kak Ros berbeza malam ini, ketika mengulas setelah selesai latihan. Katanya bagus! ada peningkatan cuma pelakon perlu peka dan menjaga kesinambungan emosi dan aksi antara babak ke babak. Memang betul kerana ia begitu penting di dalam merangkai dan membina graf cerita. apatah lagi sebuah muzikal yang akan terputus-putus dengan lagu dan ianya amat merbahaya sekiranya pelakon gagal menyatukannya menjadi satu arus cerita yang tidak 'jerking'. Malam ini juga, Kak Ros menetap dan memberi gambaran mengenai latar ruang dan masa agar pelakon peka dengan aksi ketika dan di mana mereka berlakun. Sebenarnya hal ini adalah asas bagi seorang mengenal lakon dan ianya tidak boleh diasingkan daripada interpretasi. Tetapi dengan pelakon yang muda-muda begini saya pun jadi 'curious' dan takut dengan tafsiran mereka. Apakah mereka ada tafsiran dan pemahaman sendiri? Semasa latihan tadi pun, Kak Ros tidak banyak menegur cuma ada sekali dua hentakan tangannya apabila pelakon tak jaga tempo atau blocking salah. Malam ini, latihan disertakan dengan pemuzik tradisional jadi babak/adegan Ismail tidaklah sunyi. Kerja Kak Ros menetap dan memasukkan iringan muzik rebab dan tradisional dalam babak nampak teratur dan jelas. Sambil itu juga, Kak Ros menerangkan agar pelakon faham mengapa terdapat beberapa adegan ada elemen atau aksi tidak natural ditetapkan contohnya semasa adegan Ismail masuk dengan lagu 'Mencari Putera' dan Rakan Burn membentuk bulatan kecil dalam keadaan duduk, itu kerana untuk menyuntik elemen teater tradisional dan kerana muzikal ini asimilasi moden dan tradisional maka bentuk-bentuk itu harus kelihatan dan dimesrakan supaya ianya tidak kelihatan tiada keseimbangan. Saya bersetuju dengan pilihan Kak Ros.Joseph yang sepanjang latihan pada malam ini lebih banyak memerhati dan sepanjang itu juga saya berada dalam kelompok Joseph dan Kema. Adakalanya kami melahirkan rasa kurang puashati dengan cara lakonan pelakon maka kami lakon dan melahirkan emosi di pinggir ruang lakon dengan usaha membincangkan cara dan interpretasi yang betul. Maka kerana itulah saya merasakan seolah-olah kami lebih lara daripada Ismail. Tetapi ia sangat tidak membosankan memerhati pembaharuan dan peningkatan pelakon cuma Joseph mengulas " Work a little bit and give more volume on singing".Pak Nasir mencadangkan agar muzik finale semasa pelakon di dalam arena di masukkan lagu 'berjalan-jalan' nyanyian Ismail. Esok Kesuma tiada latihan pagi kerana tumpuan kepada raptai konvo manakala sebelah malam Kak Ros dan Joseph tidak ada, oleh itu saya dan Kema akan mengambil latihan untuk pelakon karakter sahaja.

1 comment:

Joseph Gonzales said...

Saya rasa terharu dengan kegigihan Ce'Kem untuk mendokumentasikan perjalanan hidup seharian di ASWARA - baik latihan Kesuma, Upacara Konvo dan sebagainya. Begitu menarik - seolah-olah ada penulis yang sentiasa bersama kami dalam baik atau buruk program kita - 'the local paparazzi!!' Tahniah! Ia juga memberi saya peluang untuk mengimbas kembali aktivit harian dengan azam untuk meningkatkan lagi prestasi saya dalam kerja dan hidup.

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...