Jom Kita Jadi Geng

Thursday, July 14, 2016

PUNCAK PURNAMA ISYARAT KEMATIAN

Seniman Negara Datuk Syed Ahmad Jamal

Akhirnya jelas apa yang ada dalam fikiran orang yang mentadbir negara, seni budaya hanyalah hiasan. Seni sebagai alat untuk hiburan dan seronok-seronok sahaja. Tiada yang lain. Jangan bicara soal menghidupkan seni budaya, menjaga warisan atau akar jati diri sebagainya. Itu semua luar konteks.

Robohnya Puncak Purnama (Lunar Peak) jadi satu makna bahawa nilai sebuah karya seni itu tiada harga. Kalau karya Datuk Syed Ahmad Jamal boleh diperlakukan begitu, dianggap menyakitkan mata dan mengancam keselamatan awam, apa lagi karya-karya orang-orang kecil, pelukis jalanan ataupun sastera dan muzik kerdil. Tentunya dianggap picisan dan tidak membawa untung.

Susah sekali mahu membaca kepala otak orang atas sana, mereka berjalan satu dunia melihat macam-macam kota, kota kecil kota besar. Mereka pergi belajar melihat atau jalan-jalan berbelanja sahaja kah? Bagaimana mereka melihat Paris, Rome, Madrid atau Jakarta sekali pun? Apakah tidak ada secebis apresiasi kepada hasil seni dalam diri mereka? Takpayah lah kita nak beritahu mereka bahawa seni itu kaitannya dengan tamadun bangsa atau pemikiran apa ke! Buang masa saja kerana mereka belajar bagaimana mahu menjana wang ringgit bukan membina bangsa.

Menyakitkan mata!!! Itu sangat pedih dan menghina. Patutlah Kuala Lumpur macam tidak ada jiwa. Bangunan lama sedikit demi sedikit hilang, yang naik pencakar langit malah Singapura lebih indah landskapnya berbanding Kuala Lumpur. Tapi kalau kita kata begitu disuruhnya kita pindah Singapura. Pulau Pinang pun belajar dari Singapura untuk memberi jiwa kepada kotanya.



Ini saya petik beberapa fakta menarik tentang Puncak Purnama:

“I was told the history of aero space technology and the moon landing in 1969 have a lotto do with the making of Lunar Peaks. The original material used was pyroceram glass, which was developed by Nasa. The US embassy and Wisma Putra worked towards securing this material for Syed Ahmad to use,” said Zanita Anuar, NVAG’s director ( office of the KL Biennale).
Ini pula kata Ibrahim Ghaffar dari Pena:

“In our conversations, Syed Ahmad saw Ledang mountain ( in Johor) as a starting pointin Malay civilisation and culture. He wanted to bring a partof the mountain’s spirituality to the heartof the city. For me, Lunar Peaks operates on so many levels, it is one of his best works,” said Ibrahim.

Rest in peace Puncak Purnama. 

Monday, March 7, 2016

MAIN PUTERI DAN POK HIM

kenduri pada malam Bertabik
Kerana dia bermain rebab, Pok Him kata dia diberi bertabik dulu. Memanglah biasanya dalam Main Puteri, Tok Minduk adalah pemain rebab yang tugasnya bersoal jawab dengan Tok Puteri untuk mengenal angin. Susahnya menjadi Pok Him untuk belajar bertabik. Kerana halangan dalam membaca dan menulis, kata dan baris ucapan dihafal satu persatu. Setiap malam, Pok Him dan rakannya akan ke rumah Pok Soh (Jusoh Meroh) untuk mempelajari ilmu-ilmu dalam perubatan dan permainan tradisional. Siangnya mereka ke kebun dan sambil-sambil itu perderas apa yang dipelajari malam tadi. Jikalau terlupa maka diulang balik apa yang tertinggal. Kadang-kadang lupa kadang-kadang ingat. Begitulah cara belajar lisan.

Menurut Pok Him, untuk memahirkan diri dalam permainan ini ia memakan masa bertahun-tahun. Malah waktu sudah naik panggung, Pok Him tidak diberi peranan utama, hanya ikut-ikut dan lihat-lihat dahulu. Secara perlahan peluang itu diberi sikit-sikit. dari Baca kenduri, Bertabik hingga lengkap ilmu memulih, semuanya dipelajari dari Pok Soh. Namun menurut Pok Him, Pok Soh pesan kepadanya "kalu nok lebih lagi, gi carilah dengan tok guru lain", Pak Him kata "cukuplah stakat nok main teri jah" tapi Pok Soh galakkan Pok Him belajar dengan guru yang lain juga. Menurut Pok Him dan Pak Nasir, guru dulu tiada dengki atau merendahkan ilmu guru yang lain.

Pok Him dan Pok Nasir dalam temuramah di rumah Pok Him
Kerana Main Puteri ini satu tradisi ritual yang dianggap satu penghormatan atau kepercayaan masyarakat kepada kebolehan orang berbomoh, tidak semua yang punya keupayaan ini. Apa yang dipelajari belum tentu sama dengan kejadian semasa pemulihan. Jadi Tok Puteri dan Tok Minduk itu mestilah yang terbukti dan diakui kebolehannya.  Inilah sebahagian syarat dalam mana-mana aktiviti psychotherapy.
Susah mahu mencari orang yang hebat dalam 'berjawab' seperti Pok Him.
Kebolehannya mampu membangkit angin orang bermain
Kata Pok Him, kalau sudah menguasai ilmu pemulihan (muzik dan lisan) ini maka seseorang itu mudah untuk bermain dalam permainan yang lain seperti makyung, wayang kulit dan menora. Hanya sedikit ubah suai untuk penyesuaian. Menguasai permainan Main Puteri membolehkan Pok Him menguasai lain-lain perubatan tradisi seperti siup, alin telur dan bageh. Ketiga-tiga jenis pemulihan ini menggunakan mantera yang hampir sama cuma struktur dan cara pemulihannya berbeza. 

Hari Ahad 28 Februari lalu saya berkesempatan menemani sahabat saya ke rumah Pok Him. Sahabat saya itu seorang wanita yang hadir menyaksikan persembahan gema Seni Tradisional: Bertabik di ASWARA pada 16 Februari 2016. Cerita sahabat saya, pada malam itu ada sesuatu yang melanda peribadinya, seperti ada tolakan perasaan (rasa sebak rasa tidak terlepas). Memang menurut sahabat saya itu ia juga kesan sikapnya yang suka memendam dalam berhadapan dengan masalah. Saya faham akan situasi peribadinya. Bertahun dia memendam masalah. Jadi beberapa hari selepas persembahan, sahabat saya itu minta agar saya temukan dia dengan Pok Him. Dia minta diubat oleh Pok Him. Pok Him minta dibawa kerumahnya.

Petang itu selepas zohor, kami tiba di rumah Pok Him. Upacara siup berlangsung dalam rasa dan suasana yang cukup tradisional. Ia menggamit memori saya kepada satu malam di mana Mek saya melalui pemulihan Siup. Mek menangis teresak-esak.

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...