Jom Kita Jadi Geng

Sunday, June 2, 2013

KOSMO AHAD PETIK ENTRI SAYA


Tidak sangka pula, entri saya bertajuk P.Ramlee: 40 Tahun Tak Berganti mendapat perhatian akhbar KOSMO Ahad, 2 Jun 2013. Saya dihubungi wartawan Tengku Suzana yang berhajat untuk memetik perenggan akhir catatan saya itu. Saya anggap perkongsian saya mendapat perhatian. Di bawah ini perenggan yang dipetik:

PERENGGAN akhir tulisan seorang pelakon yang juga penulis Mohd. Kamarulzaman atau lebih sebagai Che Kem menerusi blognya ngadapseni.blogspot.com berbunyi begini: “Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pergi dalam miskin, dihina dan tidak dipeduli. Namun beliau meninggalkan kita kemewahan ilham dan pengajaran dalam 360 buah lagunya dan 66 buah filemnya.
“Kita putar, kita dengar, kita hanyut, kita happy, kita ubah dan olah, kita adaptasi, kita kutip dan petik, kita ulang dan ulang karyanya, kita tak bosan walau seribu kali mengulangnya.”
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0602&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_05.htm#ixzz2V1IULpu0 
Hakcipta terpelihara 




2 comments:

Ija Rased said...

wahh..tahniah cik kem.

Anonymous said...

Mmm ... banyak sgt bahan dalam net sekarang.
.. banyak yg merapu dari fakta... terus terang saya kata.
.. tulisan awak memang best... sesuatu yg dari hati akan sampai gak ke
hati..

Also visit my blog post; Vaucer Zalora

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...