Jom Kita Jadi Geng

Tuesday, January 30, 2007

TUNATARI (Bahagian 1)

Tahun 1997. Ini pejabat Panggung Negara. Kini jadi sebahagian kampus ASWARA

Saya tidak tahu bagaimana mahu menceritakannya, Joseph selalu cakap kepada saya "Che Kem you can be everything in this world- actor, mc, good officer etc but not a dancer". Bukankah itu satu kekejaman yang dilafazkan oleh Joseph. Tetapi saya akui bahawa saya bukanlah seorang yang berbakat di dalam bidang itu. Saya masih ingat lagi sewaktu di universiti, semasa orang lain sibuk mendaftar sebagai ahli Kesuma kerana beberapa peluang yang boleh dikecap melalui kumpulan kesenian tari UM tetapi saya lah orang pertama yang mengatakan tidak dan menjadi orang pertama yang mendaftar sebagai ahli kelab teater di Pusat Kebudayaan UM pada sesi 1991/92. Saya memang menafikan untuk terlibat dalam persembahan tari sehinggakan pada satu projek anjuran Kolej Dayasari, UM saya dipaksa dan ditarik oleh senior saya agar menari di dalam salah satu segmen sahaja. Saya menari dan saya akui saya memang teruk!

Ini foto grup Samsuraya yang jayakan Malam karyawan Muda. Program ini saya usul dan laksanakan untuk mencungkil bakat baru dalam koreografi.
Sebaik saya melangkah keluar dari kampus. Saya keluar dengan berbekalkan ilmu Pengajian Melayu dan ilmu praktikal di dalam teater. Namun saya menanam cita-cita bahawa hanya satu tempat yang ingin saya bekerja dan hanya satu kerja yang ingin saya pohon iaitu PEGAWAI KEBUDAYAAN di Panggung Negara (kini Istana Budaya). Saya tidak berkata semata-mata kerana saya telah mendapat kerja itu tetapi ini memang lafaz niat hati saya. Dan ketika itu saya sedang bekerja secara bebas sebagai pelakon drama dan pekerja produksi TV (banyak bersama Mior Hashim Manap) kerana menunggu peluang untuk memohon jawatan itu dibuka kerana atas minat dan kecintaan kepada seni teater. Allah makbulkan impian saya daripada 9 orang yang dilantik sebagai Pegawai kebudayaan B3 pada 16 November 1996, hanya saya terpilih dan ditempatkan di Panggung Negara dan menjaga unit produksi (di bawah Ahmad Tarmimi Siregar).

Saya sangat teruja dan bekar-benar ghairah dengan kerja ini. Di usia 25 tahun ketika itu, saya berada di Panggung Negara dan berinteraksi dengan mereka yang mentadbir seni persembahan Malaysia. Apatah lagi menjadi salah seorang pentadbir di sana (walaupun saya tidak faham struktur dan kedudukan saya, kerja yang saya tahu saya di Panggung Negara. Bila rakan dan senior bercakap soal kau B3 aku B2 atau post B4 tak banyak jadi kenalah tunggu orang lain...issshhh memang saya tak tertarik pada hal- hal sedemikian). Wow! hanya tuhan yang tahu perasaan saya. Bagai seorang pendaki gunung, saya mendaki gunung itu dengan semangat dan tekad yang kuat untuk sampai ke kemuncak. Bukan untuk menakluk tetapi mengutip sepuas dan seluasnya pengalaman di sana. Kalau ikutkan peluang, mungkin hari ini saya sudah bergelar pengarah drama tv memandangkan pengalaman dan peluang yang saya dapat tapi itu bukanlah impian besar saya.
Ini kad raya yang saya lukis dan tujukan kepada mereka di bawah seliaan saya. Tahun 1997

Saya masih ingat pada minggu pertama bekerja, saya masih terikat kontrak dengan drama tv. Bawah produksi Kuasatek arahan Rahim Razali. Jadi pagi jam 8.00 saya ke pejabat naik bas dari rumah turun di Metrojya/Cahaya Suria berjalan ke KBN, Padang Merbuk. Jauh tu (nak beli kenderaan gaji kecil).  Habis kerja jam 5 petang, saya menuju ke lokasi drama. Kadangkala selesai sampai awal pagi. Ada sekali tu selesai jam 5 pagi. Balik rumah mandi dan terus ke pejabat. Huuuh pusing sekejap tapi semangat nak ke Panggung Negara lain sikitlah. 2 minggu pertama saya cuba mengenal dan melihat struktur Panggung negara, pe'el perangai orang dan ragam bekerja. Ramainya orang Kelantan di sini. Ramainya orang tua yang perlu saya jaga! Ketika baru nak start enjin...saya belek-belek fail tengok cara surat dan prosedur serta berbual dan bertanya dengan senior-senior. Sebenarnya di mana-mana pun tempat kerja senior tu perlu dihormati atas dasar pengalamannya. Memang slow sikit nak faham prosedur kerajaan tambah-tambah lagi budaya kerja Panggung Negara yang banyak pakai budi bicara. Cukup minggu ketiga, saya dapat task pertama. Saya jadi pegawai projek. Saya cuma diberi tempoh sebulan untuk mengendalikan acara ASEAN Tourism Forum (ATF)!!! Maknanya dalam sekitar awal disember tugasan diberi dan shownya pada 6 januari 1997. Tak ke haru...

Tapi sahabat sekelian, ATF betul betul mengajar saya segera cekap memahami selok belok produksi dan cara berurusan dengan organisasi. ATF menghubungkan saya dengan kedutaan-kedutaan ASEAN. Saya redah. Saya masuk dalam perbincangan kreatif. Saya banyak jadi pendengar. Memerhati untuk belajar.

11 comments:

Anonymous said...

Soooooo dramatic.. tak sabar nak tunggu bahagian ke-2. By the way, what is Tunatari?

Anonymous said...

Setuju.......born to be an actor!!

sinemaswara said...

ya...tuan mempunyai bakat dan kesungguhan yang tinggi dalam bidang seni terutamanya teater. Teruskan usaha anda dan jangan lari dari ASWARA kerana tuan adalah aset pentadbir dan karyawan yang bernilai untuk IPT ini.

matlin said...

Boleh buat drama lagu ni.....

innie71 said...

always proud of you...

chekem mirza said...

matlin,
macam tak cukup dramatik jah..nok buat drama. takdok kisah cinta laa

chekem mirza said...

Innie71,
terima kasih...jauh perjalanan tapi tak meninggalkan langsung kisah muda-muda dulu.kan?

arevouge said...

TUNATARI ..... berinspirasikan pengalamn dan perjalanan seorang tokoh.. kagum bila membawanya... tk saba nk baca bhgian 2. Love u cekem....

chekem mirza said...

arevouge,

glamour nama...bukan main. belum apa-apa dah tokohkan saya..ishhh jauh sangat tu. anyway thanks for visiting my site

Kis Omar said...

Tahniah. Sikit sebanyak saya turut terselam dgn pengalaman itu. Mcm saya, masih belum habis bermimpi utk kekal sebagai pegawai kebudayaan semula. Tp hakikat Allah ada hikmahnya.

chekem mirza said...

Kis,
kita selalu nak itu ini sampai kita pun boleh lupa niat asal kita. mungkin Allah ada urusan lain untuk diberikan pada kita

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...