Jom Kita Jadi Geng

Sunday, June 9, 2013

BETO DAN AMANI MENANG LAGI

Dua orang muda yang cemerlang
Semalam berlangsung Malam Anugerah Tribute P.Ramlee di Istana Budaya dalam suasana penuh gilang gemilang. Kehadiran seniman dan seniwati veteran. Saya hanya menonton di TV kerana berada di Pulau Pinang. Jika tidak, mahu juga hadir nak bergambar dengan lagenda-lagenda filem Melayu. Bukan senang untuk cekup mereka dalam satu malam. Apapun malam tadi dilihat sebagai satu malam cukup manis buat industri hiburan tanahair. Satu lagi majlis yang menghargai karyawan khususnya pelakon dan tenaga produksi drama. Usaha Suhan Movies dan RTM haruslah dipuji. Syabas.

Bila tengok kesan majlis itu, saya rasa RTM perlu belajar daripada Suhan Movies dalam hal mempromosi produk mereka. Lihat sahaja bagaimana Suhan menaikkan rating Pilih Kasih sehingga ianya menjadi sebuah program realiti yang mahu ditonton (Tahukah anda kini sedang berlangsung program realiti My Ekspresi di TV2 setiap Sabtu malam). Begitu juga dengan slot Tribute P.Ramlee ini, saya tengok publisiti dan promosi dibuat dengan baik, sehingga malam kemuncak menjadi perhatian, ia seolah sebuah malam anugerah yang besar walhal ianya cuma malam anugerah untuk telefilem-telefilem slot Tribute P.Ramlee sahaja. Sangat kecil tapi impaknya terasa besar. Mendapat persetujuan Istana Budaya sebagai lokasi malam kemuncak, bukan perkara mudah untuk meyakinkan Dato Mohamed Juhari Shaarani. Malah malam tadi penglibatan Istana Budaya saya kira agak dominan.Tahniah Abang Jo.
Bade menang dua anugerah. Photo by MStar
Baiklah bercakap pasal Malam Anugerah Tribute P.Ramlee ini, saya kira gimik penyampaian agak teaterikal kurang sesuai untuk TV. Sama ada kamera cukup atau tidak saya kurang pasti tapi permainannya untuk tayangan TV agak kaku dan statik (kita tidak merasa besar dan grand-nya Panggung Sari itu). Lighting pentas juga nampak suram kurang pencahayaan, Jika penataannya untuk live performance seperti teater mungkin baik tetapi untuk TV, terasa macam tengok VHS.

Photo by Budiey. Ini lah Hanis budak ASWARA.
Saya puas hati dengan keputusannya, generasi muda memperlihatkan kebolehan mereka. Tahniah untuk Sharifah Amani dan Beto Kusyairi atas kemenangan mereka sebagai aktor dan aktres terbaik melalu telefilem Selagi Cinta Berzikir. Saya berpeluang menonton telefilem ini, tapi masa saya tonton dulu, saya tidak sedari bahawa ia telefilem untuk Tribute P.Ramlee. Memang mereka menang bergaya. Sedap dan terasa umpphh gandingan mereka. Beto tidak pernah menghampakan dalam mana-mana jua lakonannya. Amani memang saya bagi tabik spring. Untuk anugerah pelakon pembantu, Hanis Kamal Bakar dan Mislina yang menang. Untuk perhatian semua, Hanis adalah upcoming actor yang perlu diperhatikan. Dari pelakon kanak-kanak, kini kematangannya terserlah. Saya yakin budak muka jepun ni boleh mengisi keperluan aktor masa hadapan. Dan tentu sekali tahniah buat Bade Hj Azmi atas kemenangan telefilm arahannya Miang Buluh Keladi Birah. Saya kira telefilem ini sebuah drama yang 'sweet'. Kisah duda dan janda pertengahan usia yang jatuh cinta tapi tersekat dek konflik anak remaja mereka. Macam kita tengok Sleepless In Seattle moodnya. 

Akhir kalam, harap usaha begini berterusan. 


No comments:

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...