Saya menonton pada 4hb Feb 2010 malam sebelum hari TANDA dibatalkan. Saya akui Teater ini menghidangkan elemen teater yang maksimun. Saya memuji serta bangga dengan hasil kerja pelajar dan graduan ASWARA. Tiada tujuan lain saya ke ET hanya untuk menjadi sebahagian daripada orang yang ingin melihat hasil kerja Nam Ron.
Saya tulis ini untuk Warga ASWARA yang tersimpul dek kekusutan khabar-khabar TANDA:
Sudah hampir seminggu saya dihujani pertanyaan, disoal oleh rakan-rakan yang keliru dengan insiden yang melanda ASWARA ekoran kes TANDA. Pada hari kejadian saya pun bingung sebab tiba-tiba sahaja disapa oleh Sallehudin Abu Bakar (saya dengan sedar tahu bahawa dia sudah ada sentimen terhadap saya) di tempat parking dan dihamburkan perkataan BODOH pada saya. Lepas tu baru saya terfikir 'agaknya di mata dan fikiran mereka sayalah penyebab semua ini, saya dituduh melakukan ini kerana saya nak bodek boss, nak naik pangkat dan apa sahaja berkaitan dengan hal-hal mengampu' . Itupun selepas saya membaca catatan "CATAT (CATATAN PAN**T) BUAT SI DIA YANG KONONNYA TERBUKA MINDA" oleh Fared di Facebook. Dan barulah saya tergelak dan tenangkan diri. Ohh rupanya itu tuduhan mereka. Tidak mengapalah bagi saya, semua itu kecil sahaja. Apa saya nak risau dan saya anggap tuduhan itu bukan untuk sayalah.
Saya dipanggil ke bilik Rektor pada jam sekitar 5.10 petang hari jumaat. Tak tahu hujung pangkal saya naik ke atas. saya bertembung dengan amirul di pintu pengurusan, bila melangkah masuk ruang rektor saya nampak fared dan Yusman duduk di sofa. dalam hati, ini mesti pasal TANDA. masuk bilik Rektor saya dapati ada Puan Habsah, Yusniza dan Mardiana (realized that she is one of the cast). Apabila Mardiana selesai dan keluar, Rektor pun bertanya lebih kurang begini "Saya diberi makluman bahawa ada adegan yang tidak sepatutnya berlaku di ASWARA, apa yang awak lihat semalam?";
Dan apa yang saya catatkan ini adalah tontonan saya yang masih melekat hingga di saat ini :
Semua pelakon berpakaian penuh. Dalam salah satu babak yang menunjukkan manusia berpesta dengan latar muzik, menari lelaki perempuan, bermabuk-mabukan dan membawa kepada kehanyutan tanpa mengira batas-batas moral. Dan manusia-manusia itu yang dilakunkan oleh 20 orang pelakon (perbetulkan saya kalau salah hitungan saya) mula bergelimpangan di pentas dan tenggelam dalam noda dan dosa. pada adegan ini sudah menunjukkan adanya perlakuan-perlakuan hubungan fizikal antara lelaki dan wanita, wanita dan wanita, lelaki dan lelaki dan mereka bertukar-tukar pasangan bagi menggambarkan perlakuan hubungan seks bebas. Saya rasa pengarah cuba melahirkan rasa jijik dek perlakuan itu. Ini adalah babak transisi kepada cerita lain.
Namun dikala 18 orang pelakon yang sedang melakonkan aksi hanyut dalam keruntuhan akhlak, dosa dan noda. Mata kami tertumpu kepada dua pelakon yang secara terang tanpa 'suggestive' movements menunjukkan adegan seks: watak itu dimainkan oleh Amirul Affendi (graduan ASWARA) dan pelakon wanita (bukan graduan). Amirul dan pelakon wanita itu meraba tubuh satu sama lain. Pelakon wanita mula mengusap tubuh Amirul dan kepalanya turun ke pelvis Amirul dan melakukan gerakan menghisap kemaluan Amirul. Kemudian Amirul merebahkan pelakon wanita itu lalu meraba dan melakukan gerakan 'penetration' dan henjutan ke atas tubuh nya (kedua-dua pelvis mereka berlaga, gerakan missionary). Kemudian mereka beralih; Amirul berbaring dan rakannya duduk di atas pelvis Amirul sambil melakukan henjutan (riding) sehingga menuju ke klimaks dan berpindah pasangan. saya tidak nampak apa perlakuan watak-watak di belakang sana kerana tertampan dengan adegan Amirul dan rakannya di penjuru kanan pentas. Saya lihat ada perlakuan lesbian dan homoseksual tetapi ianya tidak dilihat sejauh mana dilakukan oleh Amirul dan rakannya.
Saya tidak memberi respon se'detail' ini kepada Rektor. Saya simpulkan sebagai tidak sesuai untuk dilakukan di premis ASWARA.
Sama ada babak ini dirancang atau pelakonnya sudah melampaui batas arahan saya tidak pasti. Sama ada pengarah memberi kebebasan kepada pemainnya untuk ber-improvisasi atau tidak pun saya tidak pasti. Sama ada 18 pelakon lain sedar apa yang dilakonkan oleh Amirul dan rakan lakonnya atau tidak, pun saya tidak pasti. Tapi itu saya tonton dan diakui oleh rakan-rakan saya yang lain. Malam itu saya terus balik dan tiada perbincangan sehinggalah keesokan harinya. Mungkin apa yang anda saksikan pada 2hb dan 3hb Februari tidak sama dengan apa yang kami saksikan.
Saya percaya kesenian memberi ruang untuk kita bereksperimen dan menjelajah seluas mungkin kreativiti. saya juga percaya kesenian akan indah dan menarik jika bermain dengan lambang dan tanda dan meminta tafsiran khalayaknya. Jika kita sudah dihidang dengan sesuatu yang bersifat eksplisit di mana lagi penerokaannya. Namron pernah berkata 'buat apa tengok filem kalau macam porno', semasa beliau merujuk kepada filem-filem biasa yang memaparkan 'graphic sex'. Mungkin Namron tidak menuntut Amirul dan pasangannya berkelakuan begitu namun itulah yang saya dapat dan saya lihat.
Saya tidak berada di kerusi Rektor dan memikul beban yang dipikulnya. Secara peribadi saya berpendapat perlakuan itu tidak sepatutnya berlangsung di premis akademik seperti ASWARA. Apatah lagi institusi ini yang masih memelihara nilai ketimuran . Biar saya luahkan kebenaran walaupun ianya menelan hubungan saya dengan rakan-rakan. Bagi saya, Rektor melihat isu ini mampu menjejaskan nama baik institusi.
Saya percaya hidup ini adalah perjuangan. Jika saudara ingin berjuang menentang larangan ke atas perlakuan begitu, saya tidak mampu untuk bersoal jawab. Jika persepsi anda mengatakan bahawa perlakuan Amirul itu tidak ada apa, biasa? saya tidak mampu bersoal jawab.
Hari ini persepsi manusia telah menelan sistem nilai dalam masyarakat. Persepsi telah menghalal nilai haram atau buruk sesuatu perbuatan. Namun itu tidak bermakna apabila baik pada persepsi kita maka akan halal kah hukuman agamanya, akan baikkah pada moralnya, akan sesuaikah dengan nilai budaya masyarakat Malaysia dan masyarakat timur. Persepsi adalah perubahan dalam minda yang dipengaruhi oleh kelompok dan persekitaran yang melingkungi kita. Kalau hari ini kita menerima perlakuan seks eksplisit sesuai itu di hadapan khalayak, apakah jangkauan kita pada generasi akan datang?
Di USA sewaktu filem 'Deep Throat' dibawa ke mahkamah atas dakwaan perlakuan seks, ada reaksi dan persepsi positif oleh masyarakat dan selepas itu, sudah tidak ada lagi isu filem porno. Masyarakat di sana kini mengangkat bintang, penerbit, jutawan yang berasaskan komoditi seks. Malah tidak hairan ramai muda-mudinya bercita-cita menjadi bintang porno. Mungkin anda tertawa dengan tulisan saya ini.
Ini landasan saya. Saya memberi respon atas pemikiran dangkal dan kebodohan ini. Jika anda meminta saya berbohong dan menyukai adegan yang saya tonton itu. Maafkan saya, saya tidak mahu bersubahat untuk masa depan anak-anak saya. Cukuplah dengan kebimbangan hari ini.
CATATAN:
* Ya saya tidak menolak kebaikan tema yang di bawa dalam teater TANDA. Sewaktu mula memberi respon kepada Rektor, saya terlebih dahulu menyebut akan kebaikan mesej dalam teater ini dan sejarah yang membawa kepada TANDA ini, siapa di sebalik TANDA. Saya tidak boleh 'delete' nilai-nilai baik yang ada dalam teater ini. Namun berbalik kepada tujuan soalan yang ditujukan kepada saya maka begitulah respon saya. Niat baik belum tentu menghalalkan cara.
* Beberapa sebab lain yang melibatkan hal pentadbiran antara kedua-dua pihak juga menjadi faktor dan itu di luar bidang kuasa saya.
* Tiada istilah Banned atau Halau oleh pihak ASWARA. ASWARA membenarkan TANDA dipentaskan semula melalui cara dan saluran yang betul .
* Kenyataan di dalam akhbar semalam bahawa ahli R.A.T dihalau dan diescort keluar meninggalkan ASWARA adalah satu statement yang salah. Pihak ASWARA diwakili Puan Habsah telah berbincang dengan wakil R.A.T iaiatu Yusman Mokhtar dan Khairunazwan secara teratur dan sepakat. ASWARA memberi kelapangan kepada RAT untuk proses membuka set dan kelengkapan, menurunkan banner dan mengosongkan ET. Yusman sendiri berhubung dengan saya berkenaan perkara ini.
* ASWARA menasihatkan pihak R.A.T supaya membuat permohonan kepada pihak yang berwajib iaitu Badan Kerajaan Tempatan sebagaimana prosedur sepatutnya untuk sesebuah persembahan kepada khalayak umum dan juga berurusan dengan cara yang sepatutnya dengan pihak ASWARA.
* Saya berpendapat jika RAT diwakili Nam Ron atau Pengurus produksi atau wakil yang sewajarnya sewaktu sesi bersama Rektor, mungkin keputusan bukan yang sebegini. Fared Ayam bukanlah personaliti yang sesuai untuk mewakil RAT. Budi bicara Rektor juga ada kewajarannya, kesabaran seorang pemimpin ada hadnya.
* Jika anda peminat teater, Saya galakkan saudara semua menonton teater ini kerana mesej dan bentuk persembahannya. Kekuatan lakonan, kesan imej, pengarahan dan visual serta keseluruhan persembahannya (kecuali adegan itu bagi saya) mampu memberi tenaga baru kepada anda yang meminati seni persembahan. TANDA akan dipentaskan di hujung Februari ini di Petaling Jaya.
42 comments:
I really don't know what to say about this very sad, unfortunate and unpleasant incident/occurance/ tragedy/ travesty. The ways of seeing theatre are multitudinous. How do you classify genres of performance? How do you differentiate between art and 'pornography'? How do you reconcile issues of relevance to society with clear markers for religious limitations within which that society functions?
I do not have the answers. What I think is important is dialogue.
Joseph,
Very interesting comments. Seperti saya sebutkan Niat yang baik belum tentu menghalalkan cara.
Kenapa TANDA tak ditamatkan dengan kegembiraan.Ini dah kecoh Satu Malaysia.aduh...tp ok jugak ni.. semua orang nak pi tengok TANDA. mintak2 kontroversi akan buat TANDA dapat terus sukses dan jadi wayang gambar.giler beb dari seumur idup gua..tak penah lagi produksi teater jadi gah macam nih.
chedoedooha,
ini mungkin kebaikan sebalik kontroversi.Saya doakan kesejahteraan anggota TANDA dan kejayaannya.
Keegoan dan kedegilan mereka yang menentang arus membawa kehancuran. Hidup bermasyarakat timur kena ikut budaya masyarakat timur. Yang herannya takkan mereka yang kononnya orang seni tak faham bagaimana nak menyampaikan mesej dalam seni.Tak perlu buat adengan op.....dipentas khalayak yang boleh ditonton oleh anak-anak. Teater begini mesej tak sampai tapi yang sampai scene op.....tu je. hebat kat scene tu je....
@anonymous - soalan pertama dari wa. Lu dah tengok ke belom show tu?
Apa itu budaya timur? Setahu wa dekat sekolah tak pernah belajar pun budaya timur itu apa secara spesifik. Siapa yang decide ini budaya timur, dan itu budaya barat? Sekali lagi, apa budaya timur yang ada dalam kepala lu? Apa aktiviti orang timur yang tinggal hari ini, yang boleh diclaim sebagai budaya timur? Dekat barat takda orang buat aktiviti yang orang sini buat?
Kalau lu faham lah soalan wa.
Mana lu tahu teater macam ni tak sampai mesej? Wa pergi tengok, wa 'baca' cerita keseluruhan dan wa boleh dapat mesej dia. Kenapa lu tak boleh? Sebab hidup lu tak pernah tengok adegan macam tu, sebab tu lu jakun dan terus fokus dekat adegan tu sahaja dan terus BUTA dari menonton keseluruhan persembahan. Jadi kerana mentaliti lu yang macam tu sahaja, jgn terus cap show orang tak sampai mesej.
Setahu wa, budak2 RAT ni kalau berteater, macam - macam mesej diaorang lemparkan. Diaorang tak pernah buat teater komersial yang kosong semata - mata nak buat duit macam dekat Istana Budaya.
Akhir kata dari wa, wa pinjam pepatah kononnya Barat,
FUCK YOU.
Anonymous,
bagi saya sensitiviti itu penting.
alangkah baiknya kalau saya tahu siapa anda.
Tara,
susahlah kalau u sendiri tidak kenal asas budaya masyarakat timur atau barat. Istilah budaya itu sendiri dah luas dan berkait rapat dengan peraturan/pegangan yang diangkat oleh masyarakatnya.
Maksud cik anonymous tu mungkin boleh disimpul sebagai 'kerana nila setitik rosak susu sebelanga'
dia pun tak kata budak RAT tak bagus kan? Kata akhir awak tu F***Y** bukan pepatah ya
Tara ni siapa? berselindung juga.
alangkah baik kalau saya tahu siapa anda
Tara ni emotional sungguh.....tak de adab....orang macam lu ni buat malu orang seni jer...apa lu paham tentang seni....apa yang anonymous cakap pun lu tak paham...
what is he/she trying to say is how do we deliver the massage. lu ni ke timur tidak... ke barat pun tidak...perkataan yang lu pandai hanyalah FUCK YOU....FUCK YOURSELF LA, ASSHOLE....akai ada ka????
adakah kontroversi ini sengaja diada-adakan untuk mengadakan untuk tarikan kepada TANDA? So whose publicity is it now? ASWARA or TANDA?
kelau benar ini suatu krisis, ianya harus ada perdamaian, mungkin ada banyak yang tersalah mengerti di dalam soal ini, bermula dari pengurusan, so it is all about human error, bermula dari permohonan ruang, kelulusan skrip dan sebagainya. Bagi saya kedua2 belah pihak ada masalah, jadi jalan penyelesaian adalah dengan duduk semeja dan berbincang dengan hadirnya seorang yang tahun undang2 serta pengurusan. Janganlah pula merosakkan semangat penggiat dan penonton teater
Assalammualaikum...pd semua harap bersabar dan jgn terikut emosi...skg ni semua nak berada di side yg baik baik saje...harus diingat, kita sedang Mempertaruhkan Satu kurniaan yg paling berharga iaitu Arts/Seni...pada pendapat sy, X de pihak yg salah atau betul..Aswara cthnye, kene amik sikap bertoleransi dalam hal ni, bukan dengan buta tuli membatalkan show yg sedang berjalan, kami anak anak seni baik tearet, muzik , lukis lukis ke ape ke sangatlah sensitifnye..harus diingat, saya x kate salah, cume perlu lebih teknikal dalam hal hal macam ni...Pada crew ² dan pelakon ² TANDA, good works..bukan menghalang kalian untuk berteater, tapi ..khalayak yg hadir x semua yg menghargai seni..harus diingat..mereka ade yang hanya datang untuk hiburan semata mata..anyway saya ucapkan selamat maju jaya...hal ni dah jadi besar..harap jgn lah ade lagi pihak yang mencurah minyak gas kedalam api yang membakar...nanti hangus apa pon x dapat...saye x sokong memane pon...saya sokong seni..dan Marah Seni di perkotak katik kan...dan jangan sesekali mempolitik kan Seni dalam kehidupan...semua x dapat apa...Assalammualaikum...
terlalu emosional untuk bersuara dan meluahkan tanpa memikirkan dahulu sebelum berkata- kata.
mungkin jiwa anak mudah yang terlalu ghairah untuk berkata kata. dek kerana perasaan marah yang membuak buak, hilang rasa hormat antara satu sama lain.
buat TARA tak tahu siapa anda,lelaki atau wanita.....cerminlah diri dulu sebelum berkata kata.tepuk dada tanya selera....
Salam, Ce'kem.
Saya benar-benar rasa terkesan dgn apa yg telah berlaku. Apabila perkara mcm ni terjadi, byk benda negatif yg keluar dari mulut masyarakat di sana mengenai Ce'kem, RAT, TANDA dan pihak ASWARA sendiri. Sekali lagi saya berasa terkesan dengan keadaan ini. Saya tidak menyalahkan Ce'kem mahupun pihak ASWARA, malah saya memahami apa yang Ce'kem rasa.
Saya bersetuju dengan kata-kata Ce'kem, niat yang baik belum tentu menghalalkan cara.
Sesungguhnya saya amat menyayangi pensyarah2 saya, kwn2 seperjuangan saya di ASWARA dan RAT.
Saya mewakili 'bayi dan anak2 kecil' di ASWARA ni cuma mengharapkan, semoga ada satu sinar yang datang utk kebaikan kita bersama.
Anak seni,
jangan terlalu emosi pada cik/encik TARA. mungkin beliau terbawa-bawa dengan insiden ini. Your points are taken. Thanks for comments
Dr.Zubin,
Publisiti? kedua-dua pihak dapat kot. Tapi tak bagus untuk ASWARA yang menampakkan imej organisasi yang tak mahu bekerjasama/tak open to arts. Mungkin Good for RAT muncul sebagai pejuang.Saya pun tak pasti apa persepsi masyarakat dalam hal ini.
Situsasi ini mendukacitakan orang seni.
Saya yakin akan ada satu titik untuk berdamai.Biarlah pihak atasan ASWARA yang putuskan jalan yang bagaimana.
Sayalahni,
makna seni itu luas, apatah lagi nak menyebut 'saya anak seni'. Jadi pelajar seni belum tentu boleh disebut sbg anak seni.
Saya percaya seni juga berkait rapat dengan cara mengatur hidup dan mengurus seni itu.Seni tidak terlingkung dalam soal bekarya semata. Baru seniman itu lengkap.
selamat maju jaya dalam kerja anda. kita doakan hal ini selesai dengan baik.
Anonymous,
jangan marah sangat pada TARA. Siapa anda ni? pakai topeng juga
Roydy,
terima kasih tapi jangan mudah menjadi wakil'bayi dan anak2 kecil' di ASWARA . Takut yang lain tak bersetuju dengan kamu.
Saya ada membaca comments anda di Facebook. Baguslah jika ini pendirian anda.
Takda sebuah sekolah di dunia ini untuk mendidik anak-anaknya jadi tak bijak. Jadi saya percaya ASWARA juga begitu.
mungkin perkara ini akan terus dan terus diperkatakan oleh orang....
bagi diri saya yang merupakan salah seorang pelakon TANDA, dan juga merupakan anak didik ASWARA, saya suka dapat mendengar kata dari kedua belah pihak....
tiada komen yang dapat dilontarkan bagi memihak kepada sesiapa, cuma pada waktu ini, seketul akal yang ada pada saya, mengatakan bahawa kedua-dua pihak mgkn ada salah dan silapnya.....
kedua-dua mgkin perlu memandang dan munasabah sendiri akan tindakan yg telah diambil oleh masing-masing.....
saya faham akan rasa pihak ASWARA, dan juga faham akan rasa pihak RAT....
diharapkan, akan ada 1 perbincangan atau penerangan kedua2 pihak kepada dunia luar akan apa yg berlaku dengan jelasnya.....
siti khadijah/durian basi,
Ya setuju.
Menjual, menjaja, membuat tohmahan, merancang sesuatu yang negatif dan yang seumpamanya hanya mengeruhkan suasana.
Berwaspadalah, Saya bimbang pelajar aswara jadi mangsa, kamu belum ada kepastian pada masa depan. Mungkin ada yang menangguk di air keruh.
isu orgy tu sy tak kisah kalau sebagai penonton dan pelakon...(mirul mmg selalu in character,hehe),tpi kalau psl mnagement,kelalaian dr kedua belah pihak ,kita tak pyh perbesarkan isu ini,tkpyh nak mengugut2...sy bosan....bosan...nak tgk? dtg PJLA...
moralnya : ckp biar jelas,tindakan mst ikut undang2,fikir sebelum buat,,,(untuk kita semua)
Walauapapun, perkara ini harus segera ditangani sebijak-bijaknya... " Ini bukan lagi zaman HUKUM TANPA BICARA "
Saya Sallehuddin Abu Bakar menuntut agar penerangan secara terperinci berkenaan isu penghamburan kata Bodoh ... apa sebabnya kata itu keluar dari mulut saya sebenar-benarnya.....? apa yang mendorong saya untuk memanjat tembok batas yang saya sendiri sedari.... Sekolah di tempat kejadian itu yang mengajar untuk menjadi insan hidup, tidak terburu,dewasa, peka dengan persekitaran... give...& recieve... harapan agar tuntutan saya ini mendapat perhatian...
*Saya berpendapat jika RAT diwakili Nam Ron atau Pengurus produksi atau wakil yang sewajarnya sewaktu sesi bersama Rektor, mungkin keputusan bukan yang sebegini. Fared Ayam bukanlah personaliti yang sesuai untuk mewakil RAT. Budi bicara Rektor juga ada kewajarannya, kesabaran seorang pemimpin ada hadnya.
YA, BODEK BODEK BODEK! BODEKLAH SEORANG REKTOR YANG APABILA MASUK SAJA KE ASWARA DALAM MEETING PERTAMA TERUS MEMBEBEL "SAYA SEBENARNYA TAK SUKA ASWARA" DAN DIULANG DUA TIGA KALI. YA BODEK BODEK BODEK! HIDUPLAH KAMU DENGAN MEMBODEK! MAKAN PENDIRIAN KAMU SEPERTI ANJING MAKAN BANGKAI! ATAU KAMU TAK ADA PENDIRIAN LANGSUNG KERANA KAMU SEPERTI LALANG YANG IKUT ANGIN TAK KIRALAH ANGIN SEPOI BAHASA ATAU ANGIN BUSUK YG KELUAR DARI CELAH PUNGGUNG! BODEK BODEK BODEK! DARI DULU SAMPAI SEKARANG BODEKLAH! BENARKANLAH YANG SALAH DAN SALAHKANLAH YANG BETUL KERANA HIDUP KAMU MEMANG PERLUKAN ITU SEMUA!
PERSEMBAHAN TARI DARI JABATAN TARI NAMPAK TETEK NAMPAK PUTING TERPEGANG PEPET WAKTU MENARI SEMUANYA SENI DAN HALUS. SYABAS DAN BRAVO! BODEK BODEK BODEK ITULAH SENI DI ASWARA!
aduh,,,, aku kecewa la kalau terus macam ni.... kasi repair balik la mana mana yang rosak... apa barang gaduh gaduh... dah teater kat Malaysia ni belum kuat lagi...
Saya Sallehuddin Abu Bakar. Masih tidak dilayan tuntutan saya... tidak mengapa. Saya telahpun menjadikan Che Kem satu subjek baru dalam hidup saya sekarang ni... dan saya sangat tekun mengkaji dan mempelajari tentangnya... dalam kesibukan mengkaji itu, saya telah temui jawapan kepada satu soalan yang saya tak pernah terfikir sebelumnya... "Apa penyebabnya Che Kem ditukarkan dari IB (B3) ke ASK? Dan Mengapa pertukaran itu berlaku dalam kadar pantas? Pertukaran 24jam...? Makin menarik subjek yang saya kaji ini... mungkin dia terlupa bahawa dia telah tersilap langkah sekali dulu??
SABAR...Inilah harga untuk menjadi yang baik dan terbaik..TETAP pada niat dan pendirian, membela budaya bangsa kadang-kadang bukan sekadar terletak pada kata-kata saja...adinda bukan pertama kali "bersabung" di gelangang ini!!
Kakanda
salehuddin abu bakar....anda juga satu subjek yang menarik untuk dikaji....
kenapa perkara begeni berlaku???? salah aswara/ask juga....kenapa??? syarat kemasukkan untuk menjadi pelajar aswara/ask terlalu rendah...hasilnya dapatlah pelajar -pelajar seperti itu..sepatutnya mereka ini mengisi kekosongan yang terpaksa diisi oleh pekerja-pekerja asing....renungkan....
Buat Kakanda,
terima kasih atas sokongan. sebenarnya saya tidak terdesak dan tertekan dalam hal ini. Saya hanya diheret dan terseret sahaja.
Apapun saya bersyukur kerana punya keluarga yang sangat menyokong.
Encik Sallehuddin,
Baguslah sekiranya saudara sudah menjadikan saya sebagai kajian, namun saya harap sdr mengkajinya dengan betul, salah maklumat, salah respoden akan menjadikan sdr seorang pengkaji yang lemah. Fakta yang saudara beri mungkin dari respoden yang salah ya. hehehe
Saya tidaklah mengkaji saudara, tetapi saya masih ingat saat pertama anda melangkah masuk ke ruang ujibakat dan di sana saya berada. Dari saat itu hingga hari ini ia tidak memadamkan kesukaan saya pada bakat saudara.
Anonymouses,
Ramai sungguh yang berselindung di balik anonymous, saya tertarik pada saudara anonymous yang kata BODEK BODEK BODEK paling banyak dituturkan.
Saya tak boleh mengubah persepsi saudara, jika itu makanan saudara maka saudara sendirilah menelannya. Saya tak mampu berbuat apa-apa.
Walani,
saya percaya kepada cara menilai manusia itu pada IQ dan EQ nya.
Walani.... apakah maksud anda penapisan bagi kemasukan pelajar untuk AKADEMI SENI KEBANGSAAN adalah perlu menumpu kepada mereka yang hanya menurut perintah semata-mata yang mana akhirnya akan melahirkan pelapis pegawai kerajaan yang buta dan hanya memakan gaji buta dengan perlakuan angguk-angguk, geleng2 sahaja? AKADEMI SENI SEHARUSNYA MENYIAPKAN MANUSIA HIDUP! MANUSIA BERFIKIR & MANUSIA YANG BERTINDAK! Ketamadunan manusia bertitik tolak dari seni.
Che' Kem... bagaimana sekiranya bukti dan dalil yang sebenarnya dapat dibuktikan? masa berhadapan akan tiba...cuma tak tahu bila..
Dr, Zubin... Tolong jangan ambil kesempatan dengan 'menuang minyak ke dalam api...' adalah sesuatu yang mengejutkan apabila Dr.Zubin juga sekarang merupakan tenaga pengajar di ASK....hurmm... entahlah.
Walani... Mungkin syarat dan kriteria untuk pengambilan tenaga pengajar juga lemah!!!
mr/ms.anonymous,
anda marah dan nadanya seperti mengugut. Tak perlu pula anda mengheret Dr.Zubin dalam kemarahan anda, beliau juga ada pandangan peribadi.
Jika anda bertemu dalil dan bukti mengenai diri saya, silakan. Saya tidak mampu mengubah yang lepas. mana tahu lepas ini kita boleh berkasih sayang pula. Insyallah.
Apapun saya harap nawaitu anda untuk kebaikan semua.
Pertama, jangan tambah dr di depan Zubin Mohamad, saya dang cuba menampilkan brand saya sendiri, hehehe. Saya hanya seorang pegawai kontrak di ASWARA yang ingin melihat sebuah kejayaan besar di dalam pendidikan seni tanah air. Jika ada yang boleh saya sumbangkan selama dua tahun di sini, saya curahkan, supaya seni tidak terlalu statik tidak terus berada di dalam kepompong Melayu yang negatif, supaya berkembang luas dipersada dunia dan nusantara. Saya yang juga boleh dilihat sebagai orang luar, mempunyai pandangan yang berbeza atau juga 'entitled' for an oppinion.
Oh, mintak maaf nak tumpang promote sikit boleh Che' Kem? Kalau tak boleh nanti saya delete balik ya?
TANDA akan kembali dipentaskan! Jadi datanglah beramai - ramai.
PJ Life Arts
2A-3, Block K, Jaya One,
Section 13, No.72A,
Jalan Universiti
Petaling Jaya, Malaysia
Tarikh pementasan:
25-27 Feb 2010 (8.30pm)
27 & 28 Feb 2010 (3pm)
Tiket atas sumbangan minimia: RM30, RM15 (pelajar* dan OKU)
*hanya terhad kepada 60 tempat.
Sebarang pertanyaan, urusan promosi: 019-2232002 (Faisal)
Sebarang tempahan tiket sila hubungi 012-2395209, 012-9193839 atau emel kepada teater.tanda@gmail.com
Terima kasih Che' Kem!
Zubin,
Ya saya akan panggil saudara Zubin sahaja. Faham atas pendirian saudara tetapi selagi kita mengikat kontrak dengan kerajaan selama itulah kita disebut sebagai penjawat awam.
BobZahiril,
So sweet. No hal untuk promote, itupun sebahagian drp fungsi blog. Saya dahpun letakkan makluman TANDA kat aktiviti blog saya.
Semoga sukses dan persembahan kamu semua lebih baik daripada sebelumnya. Semoga pecah panggung!
Pesan kat Amerul 'jangan nakal-nakal' hehehee
Menjemput Che' Kem, Dr Zubin dan lain - lain ke pementasan TANDA di PJLA.
Datang lah ya? Bawak kawan - kawan yang kita suka :)
Post a Comment