Jom Kita Jadi Geng

Wednesday, June 12, 2013

ASWARA MULA SEPTEMBER


Saya nak khabarkan kat seluruh rakyat Malaysia bahawa Akademi seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), baru sahaja mengubah kalendar akademiknya. Ia bertujuan untuk seragamkan dengan lain-lain universiti di bawah Kementerian Pendidikan. Kebiasaannya ASWARA membuat pengambilan baru pada setiap bulan Julai. Tapi mulai sesi 2013/2014, Sesi akademik akan bermula pada 8 September 2013.

Bagi calon-calon pelajar yang akan sambung belajar di ASWARA, jangan keliru ya. Anda akan dimaklumkan melalui surat tawaran bila dan di mana pendaftaran akan diadakan. 

Harap maklum.

20 comments:

Umar Aziz said...

Ada second intake tak? Hari tu terlepas interview la

Cekem Mirza said...

kebiasaannya aswara tidak ada calon simpanan. Memandangkan tempat terhad. Apatah lagi jika saudara tidak hadir temuduga. Tapi itu pandangan saya, awak boleh rujuk dengan Bahagian Kemasukan dan Rekod ASWARA 0326971777

Umar Aziz said...

Seni Halus pun terhad juga ke?

Umar Aziz said...

Dan saya dah cuba hubungi tetapi tiada orang jawab

EKIN said...

salam...saya nk tnya la..erm ..kalu nk buat rayuan aswara leh kew?sbb aritu sya pg interview...tapi x dapat ...erm..mcmmane yer

Cekem Mirza said...

Umar Aziz,
saya cadangkan awak berurusan terus ke kaunter.

Cekem Mirza said...

Ekin,
rayuan boleh dibuat dengan menghantar surat kepada Unit Kemasukan dan rekod,ASWARA

mira said...

bila aswara akan bukak permohonan lg?

Cekem Mirza said...

mira,
kebiasaannya ASWARA akan buka untuk pengambilan selepas keputusan SPM keluar iaitu sekitar april-mei.

amira azlan said...

nak tnye kalau keputusan aswara ni still dipertimbangkan oleh pihak aswara dari tarikh yang di tetapkan.maknanya dapat ke tak dan kene buat rayuan ke??

amira azlan said...

nak tnye..klo keputusan masih dipertimbangkan oleh pihak aswara macam mne pulak??

Cekem Mirza said...

sila hubungi Bahagian kemasukan dan rekod ASWARA - 03-26971777

Muhazir Fahmi said...

salam , nak tanya saya nak buat rayuan tapi call unit rekod tak dijawab . ada cara lain tak untuk proses buat rayuan ?

Muhazir Fahmi said...

salam nak tanye . proses rayuan aswara ada cara lain tak . saya call unit rekod tak jawab

Firdaus said...

Nk tnya ni.... Januari intake ada tak d ASWARA? Anak saya berminat dengan diploma muzik.
Tq

Firdaus said...

Ada januari intake tak d ASWARA?

gadiskacamata said...

Intake 2016 bila tarikhnya yw?
Bagaimana nk mmbuat peemohonan?

Cekem Mirza said...

Gadis kacamata,
saya mohon maaf kerana terlepas pandang soalan saudari. Intake baru akan masuk pada September ini. Pada masa ini proses walk in audition/interview masih berjalan. Sila hubungi Bahagian kemasuk & Rekod ASWARA

Suesther Chee said...

walk in interview/audition masih ade lg? bila tarikh akhirnya?

Suesther Chee said...

adakah walk in interview and audition masih ada lagi ke? Bila tarikh akhinya?

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...