Jom Kita Jadi Geng

Wednesday, May 12, 2010

OHHHHH LALA...SATU LAGI AWARD

Tak sangka! sungguh tidak ku sangka. Blog ini dipilih sebagai Beautiful Blogger Award. Ohhh la la...tambah satu lagi award dalam almariku. Hmmm. Terima kasih Fendiosman kerana menamakan saya sebagai salah satu pilihannya. Nampaknya kenalah berusaha keras untuk mengekalkan gelaran ni.



Apa? Saya bayar fendiosman? Heh sukahati kamu saja mahu menuduh aku... kau ingat si fendiosman tu menilai blog ni secara membabi buta. Heh kauorang jangan nak main tuduh-tuduh, saya tak ada apa-apa hubungan terlarang atau intim dengan fendiosman. Saya tak bayar dia. Saya tak bagi tiket percuma ke bangkok untuknya! Saya tak sponsor percutian dia ke 4 destinasi ASEAN..tidak sama sekali! Opps! maaf ya fendiosman. Mereka ni tak percaya kenapa saya layak dapat anugerah ni...ya memanglah kami pernah bergambar bersama tapi itukan untuk majalah saya...hanya sekadar publisiti. saya harap fendiosman dapat mengawal tuduhan ini.

Bila dah dinamakan sebagai beautiful blogger, maknanya saya lah pulak kena namakan blogger-blogger yang lain. Hmmm susah ni. nantikan tak pasal2 orang simbah slurpee kat muka (macam dalam Glee) sebab tak pilih dia. Hmm siapa ya... dibuang mati emak ditelan mati bapak... hmmm. Oklah saya terpaksa lambung dadu...siapa yang dapat kira nasiblah...inilah pemenangnya:

Aku sebut tak ikut ranking ya...sebut ja

1. Yusof Sadjirin : sebab budak ni budak aswara. senyap tapi suka menulis. Monolog dia sajalah
2. Dr.AidilFadzil : sebab dia kawan baik saya masa sekolah dulu. lagipun kesian sebab dia nak habiskan Phd
3. Fendiosmanlah: kenapa? sebab dia panaassssss
4. LAISI : kau orang patut baca macamana dia tulis. interseting.. orangnya dah pencen tapi macam wartawan kampung
5. Adika : Budak ni dia generasi baru teater... bacalah tengok apa dalam kepala dia
6. wanharun: diam-diam ubi orang nya...pedass betul bilah dia lenyekkan cili
7. ShamJusoh : sebab dia satu-satunya adik aku yang ada blog.

Cukuplah tu...alah yang saya tak senaraikan bukan tak bagus...tapi malas nak naip nya. Jadi untuk yang disebut tu hari ini Chekem anugerahkan anda THE BEAUTIFUL BLOGGER AWARD ....eh eh senyum nya!

Tunggulah kat muka pintu...nanti ada sirih junjung dangan bunga emas menyambut.

11 comments:

suzzsuzie said...

hehe...blog walking & terjumpa pulak blog ni...beautiful ni selalunya utk org perempuan je...tak ada keatgori lain ke...apa blog adil fadzil tu..nk jengah ni

ce'kem said...

suzie,
cuba tekan kat aidilfadzil tu...itu link ke blog dia.

Memang lah beautiful utk woman tapi takda kena mengena dgn korset atau bra beautiful tu... ah a kenapa namanya beautiful blogger ya?

A f f e n d i O s m a n said...

tah la
Fendiosman taktau kenapa award ni nama beautiful?
kompius sat....

Che Kem said...

tahniah fendiosman... berapa award dah blog u kumpul ni...mesti banyak ya

A f f e n d i O s m a n said...

Fendiosman tak kira la...
orang nak bagi...bagi!
tapi rasanya banyak lagi orang carut berbanding award! keeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeennnnnn?

Che Kem said...

whatever fendiosman...yg penting blog u giving something to someone...kannnnn

EtieCNCS said...

Award aper nie cokman??xfhm...

ce'kem said...

award ni...rakan sesama blogger akan calonkan blog mana yg mereka suka... hok along tokleh dicalonkan sbb banyak sangat pengarang hehehe

dian nais said...

belan belan dok cari cerito pasal Mokyong.. jjupo blog demo.. hok mana so ehh che' Kem nih? takpo lah.. molek jugak memartabatkan seni oghe kita hok nak rebah dek bangsa sediri.. kita setuju atah benda2 hok cik kem kata..

foto sirih junjung tu amik daripada blog lokanbertepuk dok eh nih? ada oyak ko tuan dia dok? saja tanya jah.. tu jah.. tulis lah lagi.. :D

Che Kem said...

sdr Dian nais,

terima kasih. memang saya ambil dari blog lakon bertepuk. saya pernah minta izin dari che mat jusoh untuk beberapa fotonya. i think theres no hal.

lokanbertepuk said...

no hal kalu royat sepatah gak..hehe

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...