Jom Kita Jadi Geng

Saturday, June 15, 2013

MY EKSPRESI : SIAPA KE FINAL?

My Ekspresi kini sudah memasuki peringkat separuh akhir. Malam ini 15 Jun 2013 9.000 Malam di TV2, 6 peserta akan berentap bagi menmpah tiket ke peringkat akhir. Enam peserta itu adalah Kamaluddin, Hanafi, Nazri, Raffi, Azlie dan Tang. Kenam-enam peserta ini telah menunjukkan potensi yang baik di peringkat suku akhir lalu. Apa yang mengejutkan, Faizuly yang menjadi antara peserta berpotensi besar untuk ke Final telah tersingkir terlebih dahulu. 

Malam ini, keenam-enam peserta akan melalui tiga tugasan iaitu perlu menghasilkan 3 koreografi tarian bagi tugasan pertama ialah Irama Malaysia, Tugasan kedua berdasarkan lagu-lagu P.Ramlee tetapi temanya taridra, manakala tugasan ketiga ialah secara undian di mana peserta harus akur dengan undian mereka di dalam menentukan jenis tarian yang perlu dihasilkan berdasarkan irama Bollywood, K-Pop. Latin, Ballroom, Nusantara dan Street Dance.

Melihat kepada cabaran tugasan ini, pandangan saya ialah cabaran akan benar-benar teruji di tugasan ketiga memandangkan peserta berisiko bekerja dengan genre bukan kemahiran mereka. Bayangkan jika Azlie yang mahir tarian Melayu dan Sabah perlu menghasilkan Street dance yang menuntut teknik dan stail yang berbeza. Bagaimana pula jika Hanafi berhadapan dengan tugasan Bollywood dan Tang perlu menghasilkan Latin. Semua itu terserah kepada nasib mereka. Memandangkan markah 100% daripada juri, jadi peserta bukan sahaja perlu menguasai stail dan teknik tarian, tetapi harus memancing kreativiti dan minat juri juga. Jadi untuk keenam-enam peserta, "good luck".

Jadi siapakah di antara mereka ini yang akan bawa pulang wang tunai RM40 ribu? Sama-sama kita saksikan malam ini. Pelajar dan graduan ASWARA bolehlah memenuhi auditorium RTM malam ini memandangkan 3 daripada 6 peserta adalah graduan seni tari ASWARA.

No comments:

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...