Jom Kita Jadi Geng

Monday, June 17, 2013

TIKET BAS NAIK, KITA DIAM AJALAH

Kita akur dan tunduk aja. Ini dunia bukan kita punya

Katanya tiket bas nak naik 30%, ia melibatkan bas bas ekspres. Katanya juga kenaikan ini ekoran daripada kos penyelenggaraan, kos minyak, kos insuran dan macam macam lagi justifikasi yang diberikan. Begitulah usaha orang orang berniaga ini untuk menambah keuntungan. Kata mereka lagi, sudah sampainya tiket dinaikkan kerana sudah lama harga tiket berada pada harga lama tidak selari dengan kenaikan harga barang dan kos pengurusan mereka. Gitulah kan puak puak kapitalis ini.

Apa reaksi kita? Nak naik...naik ajalah. Buat apa nak bising. Ini bukan soal hilang hak dan kuasa. Ini soal tiket naik harga, biasalah kan. Nasi lemak pun naik, gula naik, minyak pun tak berhenti turun naik. Jadi bukanlah perkara besar nak dikecohkan. Lainlah kalau soal politik, soal kira undi atau soal hina pemimpin. Mahu nak huru hara negara, berkumpul bepiket berdemo bagai nak rak orang orang kita. Katanya itulah perjuangan. Blackout itu adalah penindasan, Perang Lahad Datu itu satu strategi politik macam macam lagi. Tapi bila isu 30% bas ekspres nak naik harga, senyap aja.

Kalau kat luar negeri, tiket pengangkutan awam naik seringgit aja, penuh kat atas jalan orang protes dan tegakkan ak mereka sebagai pengguna. Tapi kita di Malaysia ni, hal ini tidak begitu menarik kot. Sebab subjeknya nampak macam hina sikit, maklumlah kereta dan nak sama banyak dengan orang, jadi ramai dah bawa kereta sendiri, buat apa ambil tahu soal bas nak harga. Naiklah wahai kapitalis sebab kita tak hairan, kita ada kereta, kita mampu naik kapalterbang pun. Orang kita kan kaya dan duit mudah semuanya. Lagipun orang orang Melayu orang cina, india tak naik bas lah. Yng naik bas ni adalah orang bangladesh, myanmar, nepal, indonesia dan sewaktunya.mbiarlah depa tanggung kos tu... Dah depa tak mampu nak beli kereta macam kita. Tak gitu.

Kalau ada pun orang kita yang naik bas ekspress ni, biasanya orang kampung atau anak muda yang suka berrjalan jauh dan merantau. Takpalah kan sekali sekala naik bas. Lama lama mereka beli keretalah kan. Buat apa kita peduli. Biarkan syarikat bas ni jadi lai kaya. Itupun hajat kerajaan untuk hasilkan seramai mungkin jutawan. Kesian kat mereka, berniaga penat penat rumah tak ada swimming pool dan tak mampu pun beli ferari. Kesian kat mereka kan. Orang kampung beban sikit takpalah. Sekarang tiket kalau KL ke Butterworth baru RM45.00 lebih kurang, sikit aja tu. kesian kat syarikat bas. Dapat sikit saja. Biarlah orang miskin bandar yang tiada kereta naik bas, kalau anak empat orang, baru berapa ringgit aja tambangnya.

Musim raya dah nak dekat ni, masa yang sangat sesuai untuk tiket naik. Betullah tu strategi pengusaha bas. Masa ni lah orang ramai berebut naik bas jadi dapatlah pengusaha untung. Kalau 30% naik bolehlah keuntungan itu depa beli ferrari. Orang kita tak hairan berbelanja masa raya, semua kena balik kampung, jadi naik tak naik, tetap balik kampung.

Pihak berwajib yang pantau aktiviti syarikat bas, tak payahlah sibuk sibuk nak halang syarikat bas ni. Nanti banyak pula kerja ank dibuat. Cukuplah buat meeting sikit sikit. Lagipun pihak berwajib pun dah ada kereta sendiri tak perlu naik bas. Kereta ada dua tiga kat rumah buat apa nak kisahkan orang yang nak naik bas kan. Kesianlah kawan kawan pengusaha bas ni kan. Jadi pihak berwajib duk diam saja. Cukuplah pantau lesen saja.

Kerajaan pun dah buat macam macam, jadi rakyat kenalah berkorban sikit. Asyik nak murah aja kan. Kesian kat pengusaha ni. Naik tiket tu normal lah. Naik tiket bas tu untuk cover kos  mengurus, jadi ia bukan soal kecekapan soal hak pengguna soal kebersihan bas, kualiti pemandu, ini soal tiket kena naik sebab pengusaha tak berapa untung. Jadi fahamilah mereka. Kita rakyat kena kasihan, berapalah sangat 30% tu. Tapi ikut pengalamanlah, naik 100% pun tiket, attitude dan servis takkan meningkat pun. Sikap pemandu ramai masih kelas tiga.

Jadi yang mana suka berhimpun, berdemo, berjuang untuk rakyat tu...tolonglah jangan bangkit, jangan marah pada pengusaha. Kasihan kat mereka. Kita tolong depa sikit. Kita susah sikit tak palah.  Lagipun yang naik bas ini kebanyakan yang dapat BRIM. Inilah masanya pulangkan balik duit kepada pengusaha yang bayar cukai. apa 

2 comments:

Ija Rased said...

kesian mereka yang gunakan bas untuk balik kampung. kalau sorang mungkin tak terbeban sangat, tapi kalau ramai, mungkin parah, 30% tu tinggi gak,tapi hurmm..nak cakap macam mana kan..tunduk dan aku r saje la

Cekem Mirza said...

hari ini semua ada kompromi walau siapapun kita berpihak, akhirnya kita yang mangsa

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...