Jom Kita Jadi Geng

Monday, May 27, 2013

MY EKSPRESI : REALITI MENCARI KOREOGRAFER


Ini salah satu program Realiti terkini terbitan RTM di TV2. Realiti TV ini adalah kerjasama di antara RTM dan JKKN di dalam usaha mencari bakat muda Perekatari. Fokus program ini menarik dan berlainan daripada realiti TV yang lain, satu, ia mencari perekatari muda bukan penari. Dua, ia bermatlamat mengentengahkan senibudaya tempatan. Tiga, ini adalah usaha mendekatkan generasi hari ini dengan seni tari Melayu dalam pancaroba kontemporari. Menarik kan! 

My Ekspresi ini adalah satu daripada tiga program realiti di bawah satu label My Gempak. Dua lagi ialah Lantai Cilik dan Mimpi Ke Bintang. kedua-dua program itu sudahpun selesai dan berjaya mengetengahkan bakat terpendam.

My Ekspresi sudahpun masuk episod ketujuh di mana penyingkiran baru sahaja bermula. Seramai 16 peserta beradu nasib dan mereka datang dari seluruh Malaysia selepas pemilihan dibuat di enam zon terpilih iaitu Tengah, Utara, Selatan, Timur, Sabah dan Sarawak. Pilihan peserta tidaklah berdasarkan zon tetapi mereka yang terbaik dari seluruh ujibakat itu. Intipati kepada My Ekspressi ini adalah untuk mencari seorang koreografer yang mampu berkarya dan menghasilkan tarian berasaskan seni budaya tempatan. Ia lebih kepada karya-karya kreasi baru yang masih punya sentuhan komersil dan kontemporari.

Jadi dari 16 peserta yang layak, seorang sudah mengundur diri. Tinggal 15 orang di mana pada Episod malam ini, Episod 7, lapan orang sudah pun berjaya mara ke peringkat suku akhir iaitu; Hanafi, Nazri, Kamaluddin, Rafi, Sook Kuan, Faizuli, Firdaus dan Azli. Kesemua mereka ini punya latar tari yang berbeza, Sook Kuan pemilik sarjana dalam tari dan kini mengajar di UMS, manakala Nazri, Hanafi dan Kamaluddin adalah lulusan ASWARA. Faizuli kini berkhidmat sebagai artis budaya di Istana Budaya, Rafi menari secara bebas manakala Azli kini menjadi jurusolek sepenuh masa. Daripada latar pengalaman mungkin boleh dijangka siapa yang berkualiti, namun dalam seni persembahan magik adakala mucul bila berkarya. Idea dan kreativiti tidak datang atas sehelai kertas tetapi ilmu pengetahuan itu sangat membantu dalam memandu kerja kreatif.
Pemerhatian saya pada beberapa episod yang lalu, My Ekspresi menetapkan sasaran yang tinggi di dalam melahirkan pereka tari berbakat besar, apatah lagi dengan tawaran hadiah yang memang lumayan RM40 ribu untuk juara. Tetapi setelah melihat peringkat pusingan pertama, sebahagian besar peserta sangat lemah dalam ujian pengetahuan, ia mengecewakan. Ke mana pergi ramai lagi koreografer dan perektari yang ada. Bidang ini bukan baru sudah berpuluh tahun. Apatah lagi pengkhususannya adalah tari berasaskan tradisional. Saya menjangkakan pesertanya punya pengalaman yang luas dan ilmu yang cukup sekurang-kurangnya pengetahuan asas. Tapi bila peserta disoal dengan soalan asas dan mereka macam tergagap, tidak pasti dan kurang mampu menghurai, tidak articulate..wahhh ini kurang bagus (saya pasti sebilangan peserta yang layak ke 16 terbaik tidak buat homework pun untuk bertanding). Untuk penganjur, mungkin boleh difikirkan elemen penjurian yang lebih mantap, tugasan yang benar menguji dan meningkat difficulty nya, cara persembahan yang sesuai dan berpadanan dengan khalayak di studio dan di rumah, elemen peserta dan khalayak perlu diperbanyakkan...penonton perlu diberi kesan emosi. Setakat ini tidak ada.
Tetapi inilah juga masalah kita dalam bidang tari, pengalaman saya mengurus dan mengendali penari di Istana Budaya dan bergaul dengan pelajar ASWARA, mereka ini sangat mahir menari dan miliki teknik dan skil yang bagus tetapi kurang gemar untuk membelek buku atau tulisan mengenai bidang tari. Kalaulah dapat diseimbangkan antara kemahiran praktikal dan ilmu pengetahuan, tidaklah kita ni tandus pemikir. Berapa ramai yang boleh muncul seperti Joseph Gonzales, Marion d'Cruz, Ramli Ibrahim, Chandrabanu@Zamin Baharum (sekadar sebut)? Mereka ini berpengetahuan luas dalam tari dan saya tahu ramai yang menidakkan mereka (atau iri) tetapi berapa ramaikah penggiat, penari, jurulatih yang tidak bersetuju dengan mereka, boleh berseminar dan berkarya dengan baik? Sampai hari ini kita masih menunggu penari Melayu yang hebat, yang cinta dan bangga dengan seni tari melayu menjadi seorang pakar tari yang dihormati. Bercerita, menganalisa dan berhujah tentang tari Melayu. kerana orang Melayu lah yang ramai menari dan menghiasi pentas-pentas perdana, mereka yang menjadi jurulatih, perekatari, penari bagi kumpulan-kumpulan kesenian yang ada, tetapi berapa ramaikah dari kalangan mereka yang mahu muncul sebagai ilmuan dalam seni tari? 

Hayat seorang penari itu pendek tidak sama seperti penyanyi, pemuzik atau pelakon. Jadi mereka harus memperlengkapkan diri seawal mungkin bukannya berakhir di bilik kostume atau sebagai jurujual insuran atau jurusolek atau surirumah sahaja.

Dah jauh melalut ni. 
So jangan lupa saksikan MY EKSPRESI SETIAP AHAD JAM 9.00 MALAM DI TV2

7 comments:

blog-tips-kurus said...

Ahad?
tunggu next week le.. :)

Che Kem said...

next week le...jgn terlepas ya.. pytih putihkan lutut ada ke?

Anonymous said...

Hi..Nak tambah info n komen sikit :)..

- Azli cuma skadar lulusan STPM je n tidak perna mgikuti apa2 kursus bkaitan tarian. Dia mnari apabila diperlukn sbb dia mmg ska mnari. Dr segi asas, pengalaman n pengetahuan tentang tarian mmg kurang. X pasti mcm mn dia blh tpilih..

- Komen juri kpd azim (peserta sarawak) mgenai teknik tarian beliau yg lbh mjurus kpd tarian msia timur.Sdh mjadi kbiasaan pserta msia timur agak lemah dgn tarian msia barat kerana kurang pendedahan terhadap tarian2 tersebut, jd x salah jika dia mengetengahkn budaya/ tarian tempatan yg mjadi kpakarn dia. Kerana bg sya bgtu jgk sebaliknya, brapa ramai pserta msia barat yg blh mpersembahkn tarian msia timur dgn sbaik mgkin.

- Matlamat my ekspresi adalah utk mengentengahkan senibudaya tempatan tp mgapa tugasn bru2 ini melibatkn tarian yg bkn mrupakn senibudaya tempatan? Ngapa x diketengahkn tarian2 tmpatn seperti zapin, inang mahupn tarian msia timur..

Tu je komen, cuma nak luahkn pndapat je..Thx :)

edengtajeli said...

siapakah juri - juri nya...

edengtajeli said...

chekem

u juga boleh jadi juri...

edengtajeli said...

siapakah juri - juri nya...

Unknown said...

Sebenarnya bukan tak articulate. Objektif rancangan dan sasaran peserta tak selari. Separutnya dibahagian produksi tak sepatutnya menduga sesuat diluar pengetahuan penari/koreografer/peserta kalau nak menjayakan rancangan. Sedih tapi benar. Industri hiburan kaca tv kurang pengetahuan. Tapi seharusnya juri tidak perlu tanya soalan yang terlalu teknikal kepada peserta sedang juri sendiri kurang jelas dengan soalannya sendiri. Juri yang saya maksudkan ini adalah juri yang dah bertahun makan gaji sebagai koreografer kerajaan. Format rancangan ini sahaja saya lihat kurang bijak dan irrelevent jika ia ingin memartabatkan kedudukan koreografer. Mana pergi koreografer yang bijak,? Mungkin sibuk dengan komitmen sebenar seorang koreografer. Tak semua pelajar aswara tak boleh berhujah tentang tari. Tinggal lagi hegemoni mewujudkan kekangan daya fikir di aswara. Juga di Istana Budaya. Sekian..

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...