HARI INI 25 OKTOBER 2007 FILEM 1957 HATI MALAYA BERADA DI PANGGUNG WAYANG DI SELURUH NEGARA. SAYA MENUNGGU HARI INI SEKIAN LAMA SEJAK APRIL YANG LALU SETELAH BEBERAPA TARIKH BERUBAH-UBAH. TIDAK TERGAMBAR PERASAN DAN DEBARAN SAYA KERANA FILEM INI ADALAH SATU KEMENANGAN KEPADA CITA-CITA SAYA UNTUK MEMBINTANGI SEBUAH FILEM WALAUPUN APA JUGA WATAKNYA. DAN NYATANYA FILEM INI MEMBUKA LUAS PELUANG , RUANG DAN MENCABAR KEBOLEHAN SAYA. SEADILNYA SAYA TIDAK BOLEH MENGULAS MENGENAI MUTU DAN KUALITI FILEM INI,APATAH LAGI BAGUS ATAU TIDAK SAYA DI DALAMNYA. TUNGGULAH NANTI AKAN SAYA PETIK APA KATA-KATA WARTAWAN ATAU SESIAPA SAHAJA YANG TELAH MENONTONNYA.
SELAMAT MENONTON 1957 :HATI MALAYA
9 comments:
Buat kali pertama saya membuat komen kat blog ini. Saya telah menonton 1957:Hati Malaya. Tidak dapat saya menyangkal filem ini adalah satu genre filem yang mampu untuk kita mengimbas kembali sejarah tanahair kita. Satu tepukan gemeruh untuk Pesona Picture dalam usaha sebegini.
Saya adalah generasi baru yang mengenal sejarah Malaysia melalui buku2 teks dan pembacaan yang ada di waktu kini. Saya hanya mengenal tokoh2 yang penting sahaja. Dalam kealpaan ini saya disuapkan dengan sumber2 baru di dalam filem ini. Satu kejutan bagi diri saya sendiri. Benarlah Malaya tidak akan Merdeka tanpa orang2 tanah melayu diketika itu. Melihat pergorbanan mereka dalam sedutan filem ini saya menitiskan airmata.
Pergorbanan sebegitu tidak akan wujud lagi dizaman kini.
Kita tolak ketepi pergolakan sesama melayu dan percintaan dalam cerita ini. Bagi saya pergolakan dan kisah cinta itu adalah tempelan dalam menghidupkan watak2 utama..
Saya mengagumi keikhlasan dan perwatakan oleh pelakon yang diperkenalkan iaitu Kamarulzaman dan Zaifri yang membawa watak Tunku Abdul Rahman dan Dato' Onn Jaafar. Bagi saya 2 pelakon inilah membawa saya untuk menjiwai kseluruhan cerita ini. Terima kasih kepada mereka berdua kerana dalam saya berkhayalan di masa kini mereka membawa saya satu maksud pergorbanan dalam mencintai negara ini.
Mohon saya menyeru ke generasi pada masa kini. Singgah atau tataplah filem ini dalam membantu membentuk jati diri. Bukan mencari mana silapnya tapi jiwa dan semangat yang ada pada zaman itu kita garapkan dalam kehidupan masa kini. Berubah ke Malaysia jika jiwa generasi kini kosong dan penuh dengan igauan masing2. Perlu juga kita singkap kembali sejarah terdahulu agar kita tahu ASAL USUL KITA.
Tahniah!!!
can't wait for your success!
To Pecinta Malaysia dan yang membaca....
Terima kasih atas komen anda dan saya terharu di atas sokongan dan perhatian anda, semangat dan apresiasi yang diberikan oleh anda adalah satu pertumbuhan jiwa baru Malaysia. Thank you.
Cekem - you were FABULLOUS!! Stunning performance and the Best Acting I have seen on screen in a long time. Congratulations.
Thank you....
Saya belum tengok lagi filem ni, tapi insyaAllah in these few days akan pegi menonton
:)
DeLinn
Cekem,
saya nak bagitau je Kunjungi www. ariffmohamad.blogspot.com. di situ ada komen yang waras dan wajar pasal Hati Malaya, selain dari komen-komen di akhbar.
Seperti saya bisik dalam meeting tempohari, alangkah wajar kalau filem ini menjadi "Gandhi"
salam!
LUPA PASSWAORD
MOHON MAAF KERANA SUDAH LAMA TIDAK 'UPDATE' BLOG INI, UNTUK PENGETAHUAN SEMUA...SAYA MASIH DALAM KEADAAN HILANG INGATAN KERANA LUPA APAKAH PASSWORD BLOG INI...
Tahniah diatas kejayaan selama ini...buat cekem yang slalu dihati.Semakin hari semakin bersinar bintang mu....'KAMI' semua ternanti-nanti akan penampilan cekem yang tentunya membawa mesej dalam setiap lakonan dan gayanya..
rantau panjang,13 Jan 09
Post a Comment