Jom Kita Jadi Geng

Wednesday, June 19, 2013

TAHNIAH PENGUSAHA BAS

Nampak tak siapa sebenarnya yang diraikan?

Tahniah diucapkan kepada syarikat-syarikat bas ekspres kerana berjaya juga menaikkan harga tiket menjelang musim perayaan ini. Apa nak dikata, kalau pihak yang mengawal pun kena akur dengan pengusaha ini. Asalnya memanglah pengusaha minta naik 30%, bising satu malaya. Kecoh juga lah sebab ia beri kesan kepada orang ramai yang kurang mampu, yang ber keluarga besar dan yang menggunakan bas sebagai pengangkutan balik kampung.
Nasiblah, memang negeri kita ni, pengguna selalu jadi mangsa. Siapa menang siapa kalah kita tetap jadi abu. Hal ini macam kes kereta naik hargalah, kerajaan terlebih dahulu risaukan syarikat jadi muflis bukan orang ramai hidup kepapaan. Maka naiklah harga sekadar lepas batuk di tangga. Macam juga kes ini, SPAD bersetuju naikkan 10%, ini semua mainan kapitalis, mereka memang minta naik 10% tapi strateginya war-warkan naik 30% . Jadi takdalah kita bising lagi kerana kenaikan cuma 10%. bijakkan mereka? Sama macam makcik jual kain ela, harga kain 20 ringgit diletak 50 ringgit jadi bila tawar menawar berlaku, peniaga tetap untung.
Hari tu saya dah tulis panjang. Jadi kali ini saya hanya mahu meraikan kemenangan para pengusaha bas. Tahniah anda semua memang terlatih dalam memudaratkan hidup pengguna dan buat SPAD... Memang nama nya sangat sesuai dengan peranannya, pesuruh yang berjaya.
Kat bawah ni...petikan dari kosmo.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bersetuju supaya pengusaha semua syarikat bas ekspres mengenakan surcaj tambahan sebanyak 10 peratus kepada pembeli tiket pada musim Hari Raya Aidilfitri ini.
SPAD dalam satu kenyataan semalam memaklumkan, surcaj tambahan 10 peratus tersebut melibatkan semua perjalanan bas ekspres yang beroperasi dan berkuat kuasa mulai 8 Julai sehingga 8 September ini.
Keputusan tersebut bertujuan untuk membantu pengusaha bas ekspres yang perlu menampung kos pengoperasian syarikat apabila syarikat-syarikat bas itu perlu menyediakan perkhidmatan tambahan pada musim perayaan.
“SPAD kini pada peringkat kajian terakhir meneliti desakan pihak Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) untuk menaikkan harga tiket sebanyak 30 peratus.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0619&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2WdozU78S 
Hakcipta terpelihara 

2 comments:

Anonymous said...

nampaknya blogger tak tau kot...surcaj 10% tu memang sebelum ni setiap musim perayaan dibenarkan... masa zaman lpkp lagi sebelum spad. blogger tak naik bas balik raya la tue...

kenaikan 10% tu pasal syarikat bas nak cari bas tambahan...yang tak best tu kalau kompeni bas bagi bas buruk...yang tu patut komplen. bagi bas macam haprak tapi nak naikkan tambang lebih2

Cekem Mirza said...

terima kasih bagitahu, memang kita naik kereta. betul kata tuan, naik harga tapi srvis cabuk

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...