Jom Kita Jadi Geng

Thursday, October 10, 2013

SARAPAN RM6000: KAK YAH TAK BODOH!


Kisah caj sarapan ini jadi hangat sebab ia berlaku di Kelantan yang memang popular sebagai destinasi aneka macam makanan dengan hidangan yang membuka selera, buka itu sahaja harganya pun murah. Jadi bila berita ini tersebar, terkejut lah orang ramai. Apatah lagi saya anak Kelantan ini. Nak marah pun ada sebab ia mencalar imej baik Kelantan. Marah jugalah pada kedai itu. Kisah ini macam kisah nasi dagang kepala ikan tongkol RM45 dulu. Kecoh satu Malaya. 

Perhatian ini telah menguntungkan pihak pelapor kerana dianggap mangsa cekik darah tuan kedai. Habis sumpah seranah, caci, kutukan dilontar pada kedai itu. Maka diberitakan pada hari-hari selepas tersebarnya berita itu, perniagaan Selera Daun Pisang menurun. Agaknya kerana merasa tertindas dan dianiaya oleh si pelapor lalu tuan kedai mula bersuara. Klik video di bawah ni;



Saya yang menonton video ni jadi berbaur perasaan. Sebelum ini rasa marah kini berubah. Inilah Melayu! Itu konklusi saya. Melayu tidak akan mengangkat Melayu. Menjatuhkan sesama mereka. Syabas buat kakak kita ini yang dengan berani bersuara. Kak Yah dengan suara yang nyaring itu menceritakan secara terperinci, bagus Kak Yah, cara Kak Yah bercerita menggunakan bahasa yang kolokial satu persatu dengan selang seli memperbaiki fakta, meyakinkan saya bahawa ada pihak cuba sabotaj kedai Kak Yah. Daripada penjelasan Kak Yah, ada beberapa yang menarik:

A) Nama Dato' Mukriz disabit
B) Makan disedia untuk 200 orang tetapi dilapor untuk 50 orang 
C) Bil dibayar RM5,500 tetapi diisytihar RM6,000 walaupun Kak Yah cuba beri bil RM5,500
D) Kak Yah ulang sebut apa yang disebut oleh orang yang order itu "Tak pa harga Kak Yah buat, kita bayar".
E) Kata Kak Yah "Habis lauk ayam, ikan, serati, itik tinggal jeluk sahaja ...habis yang saya sedia untuk 600 orang" Siap ada yang bawa balik bungkus.
F)Bukan satu lauk sahaja yang dicaj tetapi semua jenis lauk di kedai, kuih muih dan pelbagai jenis minuman.
G) Kak Yah tidak boleh terima harga RM60 untuk harga makanan bagi satu kepala di kedainya.
H) Kata Kak Yah " saya ni malu...malu yang utama" "saya jadi trauma" "saya jadi lembik" "saya jadi pengsan"
I) KPDNKK segera menyiasat. Bagus! Siapa pula nak menyiasat si pelapor itu?

Dalam kes ini, saya anggap Kak Yah dan Abang Din adalah orang kecil yang cuba dianiaya. kedai Kak Yah bukan Secret Recipe atau Pelita Nasi kandar atau mana-mana restoran rangkaian yang tersohor. Ia hanya satu kedai kecil. Agaknya si pelapor berani kerana merasakan Kak Yah orang kecil dan tidak berani bersuara. Tapi itulah orang kita, sudahlah masuk ke kedai macam boss, guna nama orang bergelar, bagi arahan macam dunia dia punya, lepas itu putar belit kebenaran atas niat mahu menjatuhkan orang. Ini satu lagi penyakit hari ini yang lebih kurang kes bini Matyo, fikir dia betul.

Bebarapa perkara yang saya mahu tanya:

A) Apa tanggung jawab akhbar Sinar Harian yang buat laporan tanpa menyiasat kedua belah pihak?
B) Siapa yang mahu tanggung kos emosi Kak Yah?
C) Kenapa si pelapor ambil bil RM6000 sedangkan  harga caj RM5,500. jadi RM500 tu ke mana?
D) Siapa sebenarnya si pelapor itu? Staf kerajaankah? Agen kempen Mukriz kah? UMNO lah ni
E) Apa hajat Dato Mukriz ke Kelantan?

Balik Kelantan confirm pergi cari Kedai Selera Daun Pisang, Pengkalan Chepa. Saya seru rakyat Kelantan pakat pulih semangat dan emosi Kak Yah. Pakat cari kedai Kak Yah.

8 comments:

ikinnur said...

kes ni buat saya teringin nak merasa masakan kak yah. dah tentu agenda utama bila ke Kelantan ni cari Selera Daun Pisang

Nn's (a.k,a Anis) Ilmer said...

Thn dpn sure ada dalam laporan audit negara, ketirisan RM500 (RM6000-5500) hehehe

ruzawani azrul said...

salam admin kan best kalo tuan kedai nie buat report balik saman balik media -media yang dok siartu sekurang2nya tuan kedai ni leh byr balik kompaun tu satu lagi org yang claim 6000 tu bayr 5500 ja tlg la siasat bagi tindakan tatatertib ka apa kesian tuan kedai tu..politik disalahkan .peniaga2 disalahkan...dtg pulak smpai 400 org ..kesian tolong la

ruzawani azrul said...

mintak 2 tuan kedai nie saman semua media (nak tutup kerugian kena byr kpdn)lps tu siasat org itu biar kena tatatertib byr 5500 tpi ambik resit 6000 kesian rkyat kelntan yg kena

Lady Windsor said...

haaaa tu dia...baghu dia tau kak yah tu sapa..ingat senae ko nok bodo kokghe...

Cekem Mirza said...

Anis,
mana lah nak cari rm 500 tu ya... jenuhlah pasukan audit nanti

Cekem Mirza said...

ruzawani,
itu lah dalam kes ni kak yah yang naya. tapi lepas ni sure kak yah jadi hangat

Cekem Mirza said...

Lady Windsor,
loni payoh doh nok juppo oghe bodoh... yang ramai jenis tok pok. Jadi pelapor tu kategori tokpok

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...