Jom Kita Jadi Geng

Tuesday, January 30, 2007

TANYA SAMA HATI

Rasanya seperti sudah lama saya tidak singgah dan bercerita di laman ini. Banyak perkara yang menghambat saya sehingga kurang waktu untuk saya membuka kekunci dan menulis cerita sepanjang seminggu yang lalu dan sehinggakan ada beberapa perkara saya sudah lupa dan agak ketinggalan untuk saya ceritakan. Walau apapun saya berterima kasih kepada mereka yang membantu dan memahami situasi saya yang sibuk tapi tidak nampak kesibukannya. Bagaimana tu? Susahkan! Adakalanya saya dah terlupa untuk merakam beberapa peristiwa menarik di ASWARA dan sekitarnya yang saya ikuti, sertai dan raikan. Walaubagaimanapun jua sepanjang seminggu ini ASWARA sudahpun menampakkan keaktifannya di dalam menganjurkan beberapa aktiviti yakni aktiviti yang bukannya di dalam kalendar aktiviti.

Semalam 29 Jan 2007, En Omar Awang telah mengadakan satu majlis dan pertemuan bersama kakitangan dan tenaga pengajar ASWARA. Majlis itu bertujuan untuk menyampaikan misi danharapan beliau untuk tahun 2007. Kadangkala saya merasakan bahawa pertemuan begini tidak begitu efektif dan kurang merangsang para kakitangan dan pengajar untuk memajukan diri dan berganding dengan pengurusan ASWARA. Apatah lagi sesi ini lebih bersifat sehala dan terlalu formal. Telinga saya juga turut menampi beberapa komen, rungutan dan ulasan daripada mereka sama ada membina atau tidak tetapi ianya lebih bernada 'dengusan' panjang dan merasakan seperti satu pengulangan yang berulang-ulang. Tetapi tidak mengapa mungkin beginilah pendekatan Ketua Pengarah ASWARA yang lebih menuntut kefahaman daripada penyokongnya.

Pada 27 Januari lalu juga telah bermula program pengajian Kursus Sijil jangka Pendek di mana ASWARA menganjurkannya buat kali ketiga dan kaedah pembelajarannya lebih bersifat bengkel dan kehadiran kursus. Para pelajar yang menyertai kursus-kursus yang ditawarkan perlu mengikuti pengajian setiap hujung minggu selama 14 minggu dan di akhir pengajian akan diuji melalui satu projek di dalam kelas. Pengajian ini bukanlah satu mengajian yang memberi tawaran kredit unit dan ianya bukan untuk loncatan kepada pengajian diploma atau ijazah kerana ia lebih kepada satu bentuk pengajian praktikal kepada individu yang berminat mendapatkan pendedahan secara formal. Jabatan Teater menganjurkan kursus lakonan dan akan dikndalikan oleh tiga orang pengajar iaitu Shariful Akma, Rosman dan Sharul Mizad melalui tiga sesi iaitu latihan vokal, lakonan dan improvisasi. Seramai 30 orang telah mendaftar kursus ini. begitu jua dengan jabatan lain turut menganjurkan satu kursus dengan sistem yang hampir sama.

Sebelum itu mulai 22- 24 Januari 2007, beberapa orang pegawai ASWARA yang diketuai oleh Cik Norizah Arshad telah berkampung di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi bagi menyediakan perjawatan baru ASWARA sebelum dikemukakan kepada TKSU Warisan dan JPA. Sepanjang tempoh itu, ia memang memening kepala kerana perlu meikirkan ASWARA dalam jangkamasa yang panjang dan melihat keperluan tenaga kerja ASWARA kepada beberapa organisasi yang belum wujud dan organisasi yang wujud tetapi dibesarkan fungsinya. Maka kami di sana menjadi orang yang berfantasi dan berimaginasi di dalam memikirkan apa akan berlaku ekpada ASWARA pada masa hadapan. Pening! apatah lagi bila hendak memikirkan senarai tugas dan fungsi setiap ranting yang dicadangkan. hasilnya sebanyak lebih 1000 jawatan dicadang dan akan dipohon kepada JPA. Its so ambitious but why not!

Dan hari ini 30 Januari 2007, ASWARA teah menerima kunjungan daripada National Arts Council, Singapore yang membawa pentadbir dan penggiat kesenian Singapura bagi bertukar-tukar pandangan dan mencari kerjasama yang boleh dibuat di antara NAC dengan ASWARA (KEKKWA). Murni sekali hasrat itu tetapi saya terfikir beberapa kali, apakah positif hubungan ini untuk ASWARA? Apakah faedahnya dan apakah rujukan yang boleh dibuat oleh ASWARA kepada Singapura sedangkan apabila merujuk Singapura sebagai negara dan kota budaya, kita semacam gagal mencari identitinya. Kota Singa yang dulunya adalah pusat pengembangan budaya Melayu ulung melalui seni hiburan dan filem kini lenyap dan hilang identitinya kepada satu polisi yang menimbulkan imej naga emas yang rakus sekali sifatnya. Jadi, mungkin hubungan ini lebih kepada apa yang boleh dibantu oleh ASWARA? atau mungkin ASWARA perlu mendapat bantuan daripada NAC bagaimana caranya untuk mentadbir seni? 

1 comment:

Anonymous said...

Ce,kem,
saya juga turut ingin "mendengus." Dengan kuatnya ...

Tolong dengar dengusan saya ...

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...