ASWARA tiada apa-apa persembahan sepanjang minggu ini, banyak ditumpukan kepada pendaftaran pelajar dan kursus. Beberapa jabatan mengadakan perjumpaan dan mesyuarat bagi merangka perancangan aktiviti sepanjang 2007. Semalam Jabatan Teater mengadakan pertemuan dengan para pelajar. Ketua Jabatan, Kak Ros mengalu-alukan kehadiran para pelajar dan mengucapkan tahniah kepada mereka yang telah mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan akhir Semester 1. Harapan Kak Ros, semoga para pelajar akan menunjukkan prestasi yang cemerlang dan mengangkat kredibiliti jabatan.
BRAINSTORMING REPORTOIRE TARI
Saya djemput oleh Istana Budaya untuk menghadiri bengkel/brainstorming Repeortoire tarin Istana Budaya 2007 yang akan bermula Jumaat 13hb - 15hb Januari di mahkota Century, Melaka. Saya pun jadi serba salah dengan jemputan ini apatah lagi pada 2 hari lepas En. Omar memanggil saya ke biliknya dan persoalkan di mana dan apakah niche saya yang sebenarnya, baginya sepatutnya bukan saya yang dijemput kerana tari di bawah bidang Samsiah. En. Omar nasihatkan saya tidak ke melaka dan minta maklumkan kepada IB mengenai ketidakhadiran saya. Apabila saya maklumkan kepada IB semalam, nak dijadikan cerita Abg Joe terus mencari En. Omar dan minta pertimbangannya dan akhirnya En. Omar luluskan. Tetapi saya tak tahu apa status kelulusan itu....En Omar Redha ke?
2 comments:
kadang-kadang rasa kagum juga dengan chekem nih. Pada pandangan saya chekem menjadi rebutan semua. Tak tercapai rasanya jika saya boleh jadik macam dia. Tapi pengalaman bekerja dgn dia, memang kita jadi mudah sikit, tapi... bila kita tak sempat buat kerja tu, dia akan membantu kerja tersebut sampai habis... Mungkin chekem rasa 'membantu' tu adalah tanggungjawab yg harus diselesaikan. Penat lah bang oiii. Chekem nih orang nya tahu semua serba serbi. Firasat saya dia nih 'smart'. Emmm, nanti u teka la siapa yg puji u lebih2 nih. kekekeke
dan jangan lupa lawat juga blog baru aku: http://sinemaswara.blogspot.com/
Post a Comment