Jom Kita Jadi Geng

Wednesday, January 10, 2007

...DAN KESUMA PUN MELABUH TIRAI



Tak tahu nak cakap apa, Kesuma tiba di hujung pementasan, dada saya sebak dan banyak babak di pementasan terakhir ini hampir membuat saya menitiskan airmata. Keterujaan mementaskan Kesuma seolah satu nafas baru yang sukar sekali hendak dilepaskan. Saya harus akur bahawa Malam ini malam penutup Kesuma, nasib di hari mendatang belum tentu sama ada di sambung, dipentaskan semula atau ditutup terus hikayatnya. Seperti dijangka malam ini ET dibanjiri manusia seawal 7.45 malam sudah ada penonton yang menunggu di luar sebaik kami selesai raptai untuk curtain call. Petang 6.30, raptai curtain call diadakan yang melibatkan semua cast, pemuzik dan krew. Malam ini semua tampil dipentas dan saya akan menjadi pengacaranya.

Pagi tadi, En Omar panggil saya ke pejabatnya dan maklumkan bahawa malam ini dia berhasrat mengadakan PC berkenaan lantikan Dato' Ahmad Nawab sebagai pensyarah undangan ASWARA sebelum pementasan Kesuma. Tetapi itu tergantung kepada kehadirannya. jadi Saya perlu menyiapkan bahan untuk dia perkatakan dan statistik penglibatan pelajar dan tenaga kreatif. Jam 8.15 ET jadi sendat dan ketat sekali, pintu panggung belum dibuka kerana ada pengaturan yang lain.

Di luar saya terkejut kerana Ramziela (sekarang Datin ramlah) rakan lama semasa rombongan promosi ke Warsaw, dia penyanyi poprock popular sekitar 90an yang hadir bersama suaminya. Selain itu, Malam ini Kesuma turut dihadiri oleh Dato' Azhar (KP Istana Budaya), Buyong Zasdar, Sutung Umar RS, Dato' Ibrahim Bachik dan rakan lama Wan Salam. Memang malam ini ramai sekali orang. Semuanya tidak mahu melepaskan saat terakhir Kesuma. Dato' Ahmad Nawab tidak kelihatan jadi saya mengatur plan bahawa sekiranya beliau datang lambat maka PC akan dibuat pada intermission, jika awal maka PC sebelum dan tidak ada intermission. Dato' Ahmad Nawab hadir maka balik kepada plan asal iaitu PC sebelum show dan amlam ini tiada intermission. Dato' tiba pada jam 8.40 malam dan PC serentak itu dilangsungkan di bilik Tun Perak. Beberapa perkara disebut En Omar antaranya cadangan membawa persembahan ASWARA ke IB, lantikan Dato' Ahmad Nawab sebagai pensyarah undangan dan perancangan ASWARA untuk tahun 2007.



Apabila panggung melimpah, maka semangat pemain melimpah ruah, berdiri bulu roma saya. dari adegan ke adegan sehinggalah ke curtain call, penonton tiada berganjak dan tepukan paling gemuruh kepada semua yang terlibat di dalam pementasan ini. Apa yang saya fikirkan adalah bagaimana hidup untuk hari-hari esok tanpa Kesuma. Wow! bunyinya seperti inilah hidup dan mati saya dan seperti tidak pernah mengurus dan mementaskan produksi sebelum ini. Namun kebenarannya Kesuma seperti sebuah impian untuk mementaskan sebuah produksi dengan penglibatan saya secara menyeluruh dalam semua aspek. Itu memang sikap yang saya tidak boleh kikis iaitu apabila sudah ditangan maka ianya harus didalam tangan dan ditangani dengan tanggungjawab. Apabila Kesuma membuka tirai 2007 dengan sukses sekali walau ada seorang penggiat menyebutnya sebagai bagus hanya di tahap sebuah produksi pelajar, namun saya bangga bahawa inilah sebuah produksi terbaik daripada segi saiz dan penglibatan serta sambutan dan inilah kelebihan ASWARA yang menjadi mimpian IPT lain. Kesuma bersukma dengan darah dan yang mengalir deras dan segar. Kesuma adalah bunga jiwa kesenian ASWARA. Kesuma adalah keelokan sifat dan ketekunan warganya. Seperti harapan saya, Semoga Kesuma hidup di jiwa semua. Banyak kemenangan yang saya kutip sepanjang KESUMA dan semestinya KESUMA banyak mewarnai blog ini. BUAT JOSEPH, KAK ROS, KEMA, ROSMAN, EIJAT, TOMOE, ARA, SHERRY, ADIKA, AMIRUL DAN YANG LAINYA. TANPA ANDA MUNGKIN KESUMA BUKAN SEBEGINI ELOK RUPANYA. TERIMA KASIH KERANA MENCORAK DAN MEWARNAINYA.

4 comments:

Joseph Gonzales said...

Yes - I toast to the talented performers of Kesuma! I know you have done your best. This is the most important for me. I hope that this will be a stepping stone, that this experience will inspire you - to dream bigger dreams and May God give you the HUNGER TO SUCCEED! God Bless you all! I had SUCH a great time being a part of the Kesuma family! Thank you to Kak Ros, Cekem, Kema and the performers. Pulanglah...pulanglah...Kesuma...

Anonymous said...

Tahniah! Sun, Jan 07 2007 16:37:53
Tahniah kepada pelajar dan graduan ASWARA - persembahan yang mantap. Walaupun cerita tidak berapa menarik tetapi pembawaan berprestasi tinggi. Ada kelemahan teknikal dan gangguan suara tetapi lagu, tarian dan lakonan yang boleh dibanggakan oleh remaja seni. Watak Raja Gondan, Linda dan Ben paling menonjol! Teruskan ke hadapan.

posted by Rahim Haron rharon@gmail.com

Anonymous said...

Patutkah kita tepuk bahu sendiri dan 'celebrate mediocrity'? Tue, Jan 09 2007 20:57:20
Mungkin kelemahan masyarakat melayu kita adalah untuk seringkali memuji dan mengagung-agungkan produk produk seni yg bertaraf mediocre. Baik dari dunia seni komersil, hingga ke dunia seni persembahan dipentas teater.

Bukankah lebih baik kalau kite pelajari untuk perbaiki diri dgn menyedari akan kelemahan diri? ini boleh dilakukan sekiranya kita akui dan menyedari akan kelemahan diri, dan pelajari melalui kesedaran ini.

Ini mungkin akan membantu perbaiki taraf persembahan seni di kalangan masyarakat melayu kite dinegara ini.

Taraf kualiti persembahan musikal 'kesuma' adalah sgt mediocre. (nothing great, seriously...)

Plot narrative yg di rangkaikan adalah sgt shallow dan tidak memaparkan perkembangan conflict yg padat. Kualiti Persembahan pelajar pelajar aswara juga adalah sgt average, dan tidak ada pun 'karektor development' mendalam yg di lakonkan oleh para pelajar yg mampu meyakinkan kesahihan penguasaan karektor oleh para pelakon. Akan tetapi potensi setiap pelajar aswara memang tidak dapat dinafikan. Mungkin dgn penguasaan teknik lakonan yg berpatutan dan setelah meraih pengalaman yg secukupnya, pelakon pelajar aswara mungkin akan nanti menjadi lebih matang dan akan mampu mempersembahkan, persembahan yg lebih mantap.

Apa yg ingin saye sampaikan ini...adalah mungkin kite kene berhenti 'angkat bakul sendiri' dan mule punyai kesedaran untuk meneliti kelemahan diri yg boleh diperbaiki. Memang benar semua manusia, tuhan jadikan berpotensi untuk mengecapi apa apa yg diimpikan. Tetapi tanpa usaha untuk terus memperbaiki diri, dan kalau dah terlalu 'comfortable' dgn status quo diri sendiri...maka sampai bile bile lah kita akan sentiasa mengagung agungkan produk yg berkualiti mediocre....
posted by thespistberahi

passion@theatricalendeavours.com

Anonymous said...

Congratulations! Fri, Jan 12 2007 08:51:19
I am a dancer who has has just returned from England and watched this show. I was greatly surprised by the standard of singing and dancing - hitch kicks, double pirouettes, isolations and jazz pas de bourees in a Malay musical! Fabulous! The story was weak but I thought the performers were EXCELLENT! Keep it up!
posted by Tengku Anisah anisahuri@gmail.com

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...