Sejak menjejakkan kaki ke bulan Februari, banyak perkara yang sedang berlaku di ASWARA. Di bulan ini sahaja ASWARA akan menganjurkan Malam Puisi Warisan Budi Bahasa pada 9 Februari di mana antara penyair yang akan mendkelamasikan puisi adalah Uthaya shankar, Dr Siti Zainon, Dr Rosli, Siri Neng Buah dan ramai lagi . Serentak pada tarikh tersebut juga, di ET, ASWARA akan berlangsung pra tonton sebuah persembahan yang diberi judul The Malaysian Heritage Music ensemble- Joget. Program ini bukanlah sebuah projek yang dicadang dan diusulkan oleh ASWARA namun ianya sebuah projek yang diusulkan oleh sebuah syarikat kepada YB menteri, atas arahan pengurusan tertinggi, ASWARA dipilih sebagai ruang penganjur. Namun sehingga hari ini, ia menampakkan sedikit kekeurangan daripada pihak penganjur kerana pada mesyuarat hari ini, pihak syarikat tersebut tidaklah mengemukakan satu gerak kerja yang lengkap sedangkan tarikh pra tonton hanya tinggal 4 hari sahaja lagi dan yang amat membimbangkan adalah sekiranya projek ini gagal dan ASWARA dipersalahkan di atas ketidakcekapan mengurus program ini. Walaupun hakikatnya ia sebuah program dari pihak luar yang mencuba nasib dengan KEKKWA. Kesian Kushee...
Sejak penghujung Januari lalu saya ditugaskan oleh KP En Omar untuk mewakili ASWARA bagi menggantikan Pn Habsah yang bercuti pada tarikh itu untuk ke mesyuarat Rumah Terbuka tahun Baru Cina di Melaka, di mana mesyuarat itu dipengerusikan oleh YBhg Dato' KSU (Zakiah). saya menghadiri mesyuarat itu dengan rela hati walaupun memikirkan beberapa perkara khususnya betapa kompleksnya proses yang bakal saya lalui untuk menjayakan program ini apatah lagi sudah bertahun saya meninggalkan program-program mega seperti ini. Sejak tarikh itu, saya diarahkan untuk mewakili ASWARA ke mesyuarat RTTBCina.
31 Jan 2007 -satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Norliza Rofli diadakan bagi mebincangkan hal-hal berkaitan dengan persembahan. Berbeza daripada sambutan rumah terbuka yang lain, kali ini RTTBCina mengambil konsep persembahan perarakan pelbagai budaya masyarakat Cina khususnya di Melaka. Selaku wakil ASWARA, semestinya saya melihat penglibatan ASWARA iaitu Jawatankuasa Sambutan. Namun ianya bertukar hari apabila ASWARA perlu menyediakan sejumlah penari (saya cadangkan 40 orang) dan akan terlibat di dalam sambutan, segmen pembukaan, satu segmen 2 minit dan segmen penutup (Wah berubah betul pertukaran ini!). Dengan segera saya berSMS dengan Joseph kerana saya tahu Joseph adalah sumber tenaga penari yang ada.Dia bersetuju. Dan sedetik itu juga saya bersetuju dengan mesyauarat. satu kelegaan bagi saya. namun kelegaan itu tidak berpanjangan kerana saya kini bukan sekadar mewakili ASWARA tetapi turut dilibati sebagai indivividu kerana diberikan peranan dan tugas berdasarkan profil saya. Dalam mesyuarat itu saya ditugaskan sebagai - Penulis Skrip, Penolong Pengarah Artistik dan penyelaras persemabhan ASWARA. Sejurus itu jugalah maka esoknya saya diarahkan ke Melaka untuk menghadiri mesyuarat dengan Kumpulan NGO di Melaka.
1 Feb 2007 - Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah JKKN, En Razzi. Saya tiba lewat ketika mesyuarat baru bermula. Kelihatan urusetia, Pn Sermaini, wakil-wakil NGO, Datuk Wira Gan (Dikenali sebagai bekas Exco Melaka dan orang penting Jonker Street), wakil persatuan Beca dan ramai lagi. Sedikit kocakan dapat dirasa dalam mesyuarat ini apabila Datuk Wira Gan kurang berpuas hati dengan beberapa keputusan apatah lagi dia merasakan banyak pertukaran dan perubahan dan keputusan yang berubah-ubah sehingga dia merasakan tidak yakin untuk memulakan apa-apa sehingga satu keputusan daripada pihak tertinggi diperolehi.
2 Feb 2007 - Hari ini ada dua meeting! seawal pagi lagi saya keluar dari KL menuju ke Melaka kerana mesyuaratnya pada jam 9.30 pagi di Bilik Tun Mutahir, Seri Negeri Melaka. Mesyuarat pertama dipengerusikan oleh SUK Datuk Wira Ismail Salleh. Melihat caranya memang menakutkan, dia marah pegawai dari jabatan lain macam pegawai di bawahnya. Dia tegas namun nampak humornya. Banyak perkara yang dibincangkan dan penyampaian oleh YBhg Dato' Mohd Mohd Daud baik dan amat baik adalah penyampaian cadangan konsep dan gerak kerja oleh Dato' Norliza. Memang membanggakan saya sebaagi pegawai kebudayaan. Datuk Wira Gan cuba mencelah dan mengadu tentang ketidakpuasannya namun segera itu dipintas oleh Datuk SUK dengan penuh bijaksana.
3.00 petang - mesyuarat dijadualkan berlangsung di Seri Negeri tetapi dibawa ke MITC. Agak kelam kabut jugalah dengan pertukaran tempat itu. Jam 4.15 petang Ketua menteri datuk wira Ali Rustam memasuki bilik mesyuarat tingkat 11 bangunan MITC itu. Wow... dia nampak wibawa dab penuh ketrampilan. Apa yang saya lihat di gambar dan begitulah peribadinya. Ia meyakinkan. Awalnya mesyuarat agak perlahan dan serius. Ya, mungkin untuk memahami para exco dan wakil rakyat Melaka. Di sini sekali lagi Dato' Norliza menunjukkan kehebatannya. Saya gembira melihat penampilannya. Mesyuarat mula rancak apabila beberapa perkara yang menyangkut elemen-elemen budaya. Nyatanya saya melihat Datuk Ketua Menteri seperti berminat dengan seni persembahan dan sering melihat aspek dramatik dan kekaguman. Very Impresive.
3 comments:
Kenapa tidak ada update? Sudah penat ke? Lama2 blog jadi obsolete - bahaya! Common Cekem, kami pembaca dan peminat setia, tak sabar nak dengar the latest news dari you.
I dengar you sibuk nak berlakon!! Wow! Penulis lirik, pelakon...what next??
terima aksih atas perhatian anda. memang ada sedikit kesibukan di dalam jadual hidup saya dan saya cuba melayan dan membiasakannya...saya tahu ada hutang yang perlu saya tunaikan dala laman saya ini dan akan saya updatekan....
Ce'kem
Post a Comment