Jom Kita Jadi Geng

Monday, January 22, 2007

KEMAS BENGKEL

Malam 17 Januari lalu setelah saya menulis tentang aktiviti ASWARA (sana sini ASWARA) saya beberapa kali memerhati sekumpulan pelajar berbuat bising, menyanyi-nyanyi sambil tangan dan badan memunggah dan mengalih peralatan. Nyatanya apabila mendekati mereka, rupanya mereka sepakat membuat kerja-kerja pembersihan dan pengasingan peralatan dan sisa-sisa set dan props yang terdapat di bengkel pertukangan itu. Yem dan Nurul Hazirin mengetuai kerja pembersihan itu dan dibantu oleh beberapa orang pelajar teater (memang orang yang sama sahaja yang sudi memberi kerjasama ini).

Kata mereka, kerja-kerja ini dibuat bagi memudahkan para pelajar yang membuat projek akhir Sinografi mencari dan menganl pasti peralatan dan abhan yang sesuai untuk projek mereka. Dalam hati saya bagu juga, at least mereka dah memikirkan perkara yang positif untuk projek mereka.
Nyatanya memang banyak dan besar bahan-bahan yang dialihkan. Saya terfikir apakah ASWARA perlu dan harus bergerak sebegini dengan mengerah tenaga pelajar sedangkan kerja-kerja begini sepatutnya diuruskan oleh seorang storeman ataupun petugas khusus bagi mengandalikan keluar masuk set dan props. Adakalnya saya berfikiran bahawa kita berlaku tidak adil kepada pelajar tetapi adakalanya saya berpendapat bahawa aktiviti begini lebih mendekatkan pelajar kepada semangat bekerjasama, berdikari dan ada sense of belonging.

Bagi saya ASWARA adalah sebuah rumah panjang, memiliki semangat dan adat yang unik sekali, banyak keluarga menghuninya dan mereka dengan aktivitinya. Adakala mereka merasakan terpisah namun di sesuatu masa mereka bagai sebuah keluarga besar yang merasakan mempunyai hak dan keinginan untuk berbakti kepada rumah itu. 

No comments:

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...