Jom Kita Jadi Geng

Friday, July 19, 2013

SAJAK DAYANA BUAT ASHRAF MUSLIM

Mereka disatukan di Tanah Suci, terdetik juga hati saya ketika itu;
Apakah Dayana benar-benar pilihan Ashraf
Kisah kontroversi Ashraf Muslim yang berkahwin dua, sudahpun bertiup sebelum Ramadhan lagi. Ramai desas-desus kata Ashraf kembali bertaut dengan Sherry Ibrahim (heroin Teduhan Kasih) yang pernah menjadi kekasihnya dulu. Namun khabar angin itu tidak benar apabila, Ashraf mengesahkan telah pun menikahi Wan Sakinah, bekas kru produksi TV di negara Thailand. Katanya Ashraf dan Wan Sakinah sudah pun berhubungan sekian lama selepas Ashraf mendirikan rumahtangga dengan Dayana. Hari ini, kita lihat Dayana sebagai mangsa keadaan, wanita yang dimadukan dan dinafikan kehadirannya sewaktu Ashraf mahu menikah sekali lagi. Kesian kan.
Namun, dalam hidup berumah tangga saya percaya, perkara hubungan suami-isteri ini ia berlaku seperti bertepuk tangan. Kita tidak mengetahui apa masalah dalaman antara mereka. Kenapa Ashraf mencari jalan sebegini? Sehingga digelar melupakan jasa bapa mertuanya yang merupakan tokoh perubatan alternatif yang terkenal, Ustaz Lokman. Peristiwa ini bukan sekadar kisah kecurangan si suami terhadap isterinya, bukan sekadar suami mahu memenuhi nafsunya atau kegagalam pasangan mendapat zuriat. Tapi pasti ada bibit-bibit lain yang membawa kepada tindakan Ashraf ini. Adakah Wan Sakinah muncul di saat Ashraf mencari jalan keluar? Atau memang Dayana memang betul-betul berniat mengacau hubungan suami isteri ini. 
itulah Sakinah, isteri kedua Ashraf

Lalu di media sosial pada masa ini kecoh memperkatakan tentang kisah tiga orang ini. Biasalah tu, orang Melayu suka yang sensasi. Ada yang tuduh jalang pada sakinah, bodoh pada Dayana, curang dan kejam pada Ashraf dan bermacam-macam lagi tohmahan dan 'statement' yang diberi secara membuta tuli. Bagi saya, kita sepatutnya tidak harus mudah menjatuh hukuman. Biarlah mereka melalui ujian ini dengan penuh ketabahan. Semoga Allah memberi kekuatan kepada mereka bertiga. 
Ini adalah sajak yang dikatakan ditulis oleh Dayana, mengisahkan kedukaannya:
Tak usah bicara tentang payung emas

Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah
Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…
Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan
Tak usah bicara tentang tanggungjawab
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan

Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah
Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia
Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..
Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah..
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan

Saya petik sajak ini dan bacalah kisah selanjutnya di http://www.currentlife2u.com

4 comments:

Lady Windsor said...

Chekem, i tak caya itu sajak Dayana yang buat..anyway i dah black list Ashraf punya drama, filem whatsoever..haram ditonton! u pun tau nape kan..senang2 je buat alasan pi thailand kata nak meniaga, walhal pi menikah lagi satu...jantan lagu tu satu sen tak leh caya...kikiki

weiii balik sesenyap jer...cemaner orang UK sumer sihat ka???

Cekem Mirza said...

LW,
kejamnya awak menjatuh hukum. Kesian Ashraf. Walau bagaimana pun, kita ini hanya memerhati dari luar sahaja. Berbaik sangkalah kihkihkih... nampak tak gaya pembela kaum lelaki

Cekem Mirza said...

oppps lupa LW,
orang UK semua kirim salam...termasuklah orang madrid dan lisbon

Sirap Limau said...

Kesiannya.... hari ni pun berita bgtau Ashraf dah hamilkan isteri baru... apa2 pun, tahniah untuk diorang...

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...