Jom Kita Jadi Geng

Friday, October 14, 2011

MAKYUNG ASWARA DI BANGKOK

Sekali lagi saya berpeluang menjejakkan kaki ke kota Bangkok. Kota yang macam-macam tragedi. Bila tiba di sana rupanya dah berubah. MBK yang dahulunya saya singgah sekarah dah sangat happening...memang happening. Tujuan saya ke Bangkok adalah mengetuai kumpulan makyung ASWARA ke Mak Yong: The Spiritual Dance Heritage - Seminar and Performance yang berlangsung dari 19-21 Sept 2011 di University of Thammasat, Bangkok. Acara ini dianjurkan oleh SEAMEO SPAAFA.  Kami seramai 9 orang ahli yang merangkumi pemuzik dan pemain makyung. Saya tak dibenarkan bermain so jadilah saya sebagai pengurus kumpulan sahaja. Kalau ikutkan hati memang meronta-ronta nak main makyung. Ya lah last main makyung masa tahun 2009 di Terengganu. Semasa di Bangkok kami bawakan episod Gading Bertimang.
Yang jadi panas dalam dada ambo, bila sampai Bangkok, rupanya ASWARA lah kumpulan paling kecil berbanding UMK, Makyung Pulau Bintan dan Arjuna Sastera Bahu...hmmm memang sentap sekejap. Tapi apa nak buat memang itu jemputan penganjur. Kalau ikut asalnya kami hanya dijemput 5 orang sahaja. Itu lagi sedih. Apapun penyertaan ASWARA dalam seminar ini saya anggap satu platform untuk meletakkan ASWARA sebagai sebuah institusi yang serius menganjurkan seni tradisional ini.
Yang menariknya acara ini ia menghimpunkan 5 kumpulan makyung iaitu 2 kumpulan mewakili institusi pendidikan yakni ASWARA dan UMK. Arjuna mewakili kumpulan NGO dan dua lagi kumpualn makyung; satu dari Pattani, Thailand dan satu lagi kumpulan makyung Pulau Bintan, Riau Indonesia. Semasa melihat tentatif program, memang saya rasa sangat bertuah dapat menonton persembahan dari Riau dan Pattani.
foto ini adalah pakyung-pakyung yang mewakili kumpulan persembahan
ikut arah jam: UMK, Pattani, Arjuna, Pattani dan ASWARA)
  Jika dirujuk foto di atas, pastinya ada bertanya di mana pakyung kumpulan dari Riau. Hasil dari penontonan dan pembentangan dalam seminar, saya simpulkan dan kategorikan bahawa makyung Riau ini sebenarnya bukan makyung dari Kelantan tetapi siftanya menghampiri Mek Mulong di Kedah/Perlis. Jika dilihat kepada perannya yang bertopeng, watak utamanya dipanggil mek senik, muziknya ada seiras mek mulong apatah lagi ada lagu timang welu, lagilah menyuguhkan tanggapan saya. So kerana itu saya anggap sahaja mek mulong Riau dipanggil makyung. Senangnya beginilah, kalau namanya sama belum tentu sifatnya sama sebagai contoh 'jeruk' di malaysia bermaksud makanan yang diperap lama tetapi di sana bermaksud buah oren/limau. Kan lain maksudnya...samalah makyung kita dengan makyung Riau. Tak sama ya!
cuba lihat penggunaan topeng pada peran. Malah perannya dipanggil Awang
Walaupun begitu, tidaklah saya memperkecilkan kumpulan Riau ini. Nyatanya mereka bersungguh-sungguh mahu menjayakan persembahan. Apatah lagi semasa persembahan seboleh mungkin diterapkan elemen mengadap rebab walaupun pada pengamatan saya ia bukanlah routine asal dalam persembahan mereka. Ia semacam dibuat-buat kerana hitungan dan feel penarinya sangat kontemporari. Apapun seminar ini sangat berguna untuk kami, belajar mengenal dan membeza banding kelebihan dan kekurangan setiap kumpulan. Lebih menarik saya dapat bertemu dan melihat di depan mata orang-orang tradisional beraksi.
Foto ini adalah himpunan pemain Peran. Yang paling memikat adalah kemunculan
Peran wanita yang dimainkan oleh nenek berusia mencecah 70 tahun (foto kiri bawah).
Energynya sangat tinggi
Semasa kali pertama kumpulan Pattani buat persembahan dewa Muda, sewaktu pakyungnya mengalun lagu mengadap rebab dan terpegun melihat aksi pemain gendang mereka...saya tutup mata dan muka saya dengan kamera melindungi air mata yang berjurai-jurai turun. Saya sebak...teringat arwah Mek dan keduanya saya menilai diri saya 'sebenarnya apa yang saya buat selama ini sangat kecil berbanding mereka yang sudah sebati dan sejiwa dengan makyung.


7 comments:

Lokanbertepuk said...

Sebagai pengetahuan.

saya pernah diberitahu oleh orang tua2 dahulu bahawa peran makyung kelantan, makyung pattani ada memakai topeng pada zaman dahulu kala. Ada kemungkinan juga setelah makyung berada dibawah naungan tengku temenggung, topeng muka sudah tidak dipakai lagi, sama seperti dengan perubahan pada pakaian yg lain juga.

Pengalaman saya hanya sempat melihat topeng dipakai oleh peran dlm makyung kedah pada tahun 1977 semasa saya bersama dgn penggiat2 makyung kedah yg sudah tua pada masa itu.

chekem mirza said...

menarik juga pengalaman che Mat ni...kalau lah ada disimpan foto permainan peran makyung memakai topeng boleh jadi bahan.

Saya tak pernah menonton makyung kedah che Mat, adakah bentuknya sama seperti makyung kelantan atau sama seperti mek mulong

lokanbertepuk said...

Foto2 warisan begini mmg ada dlm koleksi peribadi saya.

Selama sebulan saya bersama mereka, saya lihat makyung kedah seiras dgn makyung pattani, termasuk muzik dan lagunya. Dan mereka pun mengakui bahawa makyung kedah berasal dari pattani.

Yang seronoknya, apabila mereka bersembang dgn kita, mereka guna loghat kedah. Tetapi apabila main makyung, loghat kedahnya hilang. Yang timbulnya loghat pattani. hehehe

chekem mirza said...

che Mat,
boleh ke upload kat blog che mat gambar tu. Very interesting tentunya. Al maklumlah masa kecik dulu saya tengok makyung yang dah macam lebih kurang hari ni.

Lokanbertepuk said...

Tunggulah dulu, apabila sampai masanya nanti saya uploadkan.

Terlanjur bercerita mengenai pemakaian topeng ini, utk pengetahuan ce'kem di kelantan kita pada zaman dahulu terdapat satu permainan yg dipanggil 'Main topeng' atau 'Wayang topeng'. Permainan ini akan dimainkan pada sebelah pagi dihadapan panggung wayang melayu apabila selesai upacara ritual dlm wayang tersebut. Penari2 akan memakai topeng dan menari mengikut aksi watak cerita panji dlm wayang melayu.

Datuk kepada isteri saya adalah salah seorang yg selalu terlibat dlm permainan itu yg sudah pun pupus diakhir tahun '50an.

Lokanbertepuk said...

Kerana merujuk kpd permainan inilah kalau kita perhatikan disalah satu ucap dalam makyung apabila raja hendak berkerja besar, baginda akan suruh peran pergi padah sekelian "Asyek Joget Wayang Topeng".

chekem mirza said...

menarik juga maklumat che mat ni... memang ada dlm ucap raja besar gitu...tapi tak terpikir utk saya cari maksud balik ucap tu...rupanya ada sungguh wayang topeng. kalau ada rujukan boleh kita hidupkan smula

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...