Jom Kita Jadi Geng

Friday, May 10, 2013

TUAN GURU NIK AZIZ

Saya kira apa yang dikatakan oleh TGNA ini banyak betulnya di dalamsenario politik di Malaysia. Saya tidak berpihak atau menyebelahi pihak mana, sebagai orang biasa yang sudah pun melaksanakan tanggungjawab beberapa kali, saya anggap politik Melayu harus perubahan dalam mendepani cabaran hari ini. UMNO dan PAS dua parti dominan orang melayu sudah tempuh konflik yang panjang sejak zaman Tunku. Bila TGNA ulas soal perpaduan, pakatan Melayu dan  kedegilan antara dua parti ini, saya anggap betullah kata beliau.


PRU13 dianalisa daripada beberapa sudut. Kenyataannya BN masih memerintah walaupun tewas dari segi populariti. Tapi itulah hakikatnya, ia mengikut jumlah kerusi bukan jumlah pengundi. Analisa yang terus menjatuhkan hukum pada pengundi Cina tetapi tidak menyelak kelemahan sendiri, saya kira satu tuduhan dan alasan yang sangat memperlihatkan kelemahan UMNO dan BN. Hari ini bila PM kata begitu, beliau seakan meludah ke langit dengan apa yang beliau katakan sepanjang 4 tahun mentadbir negara.
Saya pasti dan yakin, semua orang ingin mempertahankan hak dan menjaga kepentingan mereka, sukar untuk minta mereka melepaskan itu. Jika peluang untuk memperjuang hak dibuka, siapa tak ambil kecualilah orang yang berpaling, buta hati dan mabuk kerana dibeli.

No comments:

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...