Jom Kita Jadi Geng

Tuesday, May 28, 2013

USTAZ AZHAR IDRUS KAHWIN TIGA


foto ni diambil dari abushahid.wordpress. menurut jejaktrend,
Isteri baru UAI ni berasal dari Pagoh, Johor dan baru berusia
27 tahun. Nama panggilannya Izyan.
Salahkah kalau Ustaz Azhar idrus (UAI) kahwin tiga. Saya ikuti beberapa tulisan dan memang ada yang sokong dan ada yang tentang. Kisah kahwin UAI jadi berita utama dan topik perbincangan padahal itu adalah perkara biasa, ramai kat luar sana yang tak popular kahwin tiga empat orang malah ada duduk serumah pun. Bagi saya kahwin lebih dari satu bukanlah isu yang perlu diluaskan. Pada usia saya yang lewati 40an ni, beberapa kawan sekolah saya dah ada yang pasang lebih satu, saya gembira buat mereka dan saya anggap hati mereka baik kerana mahu menghindari dosa. Apa salahnya ya. Apatah lagi UAI yang tinggi ilmu agamanya, kewangannya kukuh dan personalitinya memang charming.

Betul kata Arwah Pak Kuswadinata
Macam kita tengok Salleh Yaacob, dah cukup pun kuota nya empat. Mungkin ada kelebihan pada orang macam Salleh dan UAI ni, sehingga isteri-isteri mereka sanggup bermadu. Jika hidup mereka bahagia, tak salah kan?. Malah kawan lama sepejabat saya dulu (kini bertukar) pun kahwin tiga, anaknya boleh buat dua team bola. Daripada segi kewangan saya tidak pasti tapi melihatkan cara hidupnya, he and his family ok saja.

bahagia tengok saleh dan isterinya. Saya rasa saya tak mampu
berbuat begini. Memang respect dengan dia. Isteri keempat
Saleh yang paling kanan tu, masih menuntut semasa kahwin.
Macam-macam tanggapan orang berkata dalam hal kahwin lebih satu ni, ada kata kalau dah mampu dari segi material, zahir dan batin serta berlaku adil maka kahwin sahajalah. Itu sudah layak. Apatah lagi orang selalu kaitkan dengan alasan ikut sunnah nabi. Tapi ada juga yang kata, ianya bermula dari nafsu. Nafsu yang membawa mereka mencuba-cuba untuk memenuhi selera dan kehendak. Memang itu pun nafsu lelaki, nafsu yang satu ni memang sukar dikawal kecuali dengan iman yang kuat. Jadi apabila ada kemampuan so, itu mengizikan kemahuan dan keinginan si suami membuka ladang baru. 
Dapat tiga isteri macam ni baru haruk, tiga karakter,
tiga saiz...memang perang!!! Never bored dengan
Madu 3

Seorang kawan saya, lelaki! Dia berpendapat, poligami ini bermula dengan dosa! Dosa? kenapa begitu, kerana mengikutnya, beberapa rakan yang dikenali, mereka berkahwin dua atau lebih itu bermula dengan menipu. Menipu isteri pertama, macam-macam cara untuk membolehkan si suami itu bertemu, berdating dan berkasihan dengan pasangan barunya. Penipuan itu berlarutan sehinggalah mendapat izin dan persetujuan isteri pertama, kedua atau ketiga atau kesemuanya. Saya terfikir...hmmm ada logiknya di situ. Jadi menurut kawan saya tu, orang kahwin dua atau lebih ni, jangan terus percaya katanya...sebab dia selalu berhelah. Hahaaha... No comment!!

Ayah Pin pun pasang 4. tengok reaksi isteri-isterinya...
nampak bahagia. Jangan tengok kes Ayah Pin tapi fikir
bagaimana cara Ayah Pin membahagiakan mereka
P.Ramlee dalam filem Madu 3 memang berterus-terang dan jujur dengan sikap orang Islam/Melayu yang mengambil mudah akan sunnah dan kebenaran dalam Islam. Memang jadi sikap dan budaya Melayu, mereka ambil yang mereka nak dengar dan suka sahaja, yang agak leceh dan menyusahkan tu, depa buat terlepas pandang. Dalam cerita Madu 3, Jamil berhelah kiri kanan dan yang seronoknya dapat sokongan pak mertua yang status Tuan Haji (baik ilmu agamanya). Pak Mertua pun sokong menantunya menipu dan berhelah, kerana faham kehendak dan mainan orang lelaki walhal Jamil tidak berlaku adil. Ini dalam filem, tetapi tidak hairan pun ianya berlaku dalam realiti. Orang kita ni, tak kira lelaki dan perempuan, ikut hukum yang depa suka aja, yang lain buat tak nampak (macam orang perempuan bertudung - ambil syarat, tutup atas tapi yang lain terselak). Kerana apa? Kerana yang ditunjuk kebaikan mereka pada orang bukan pada Tuhan.
foto ni diambil dari terblog.com. Saiful Bukhari pun baru saja
bina mahligai dengan wartawan TV3, banyak pula hantarannya
RM41k. Apakah dia akan kekal dengan seorang isteri? hahaha
jahat dok soalan tu...
Bagi saya mudah saja hidup ini, kalau kita senang dan selesa dengan perkahwinan sedia ada, kenapa harus mengganti atau menambah yang baru. Beban dalam satu rumah sudah cukup untuk dipikul, melayan nafsu itu hal yang perlu diurus secara hemah, bukannya dengan cara membuka ruang untuk pihak ketiga. Lagipun dalam perkahwinan, seks bukanlah hal utama, itu pelengkap fitrah tetapi tuntutan lain yang menjadikan perkahwinan itu lebih indah. Anak-anak dan keluarga sekeliling itu lebih memberi kehidupan. Insyaa Allah. 

Untuk UAI, saya ucapkan Selamat Pengantin Baru buat kali ketiga. Semoga bahagia ke akhir hayat. Buat Saiful Bukhari dan Nik Suryani semoga tabah dan kuat ikatan cinta anda berdua, saya dapat rasa banyak sekali dugaan yang perlu ditempuh apatah lagi dengan isu-isu politik dan tentangan Saiful terhadap abang nuar.

5 comments:

Lady Windsor said...

Ada sorang tok guru madrasah di kg saya, dia kahwin dua dan sudah berpesan kepada anak isterinya, sekiranya dia sakit tenat atau hampir meninggal sekalipun, tepat jam 4 ptg setiap hari mereka mesti mengusung atau menghantar dia ke rumah isteri yang tiba giliran kerana katanya dia tidak mahu disoal di akhirat kelak. memang dia adik dan saksama dan pada hari dia meninggal, saya dengar citer ada duit berkepuk-kepuk di bawah sejadah di madrasah tempat dia mengajar kitab...

Che Kem said...

tu baru betul, ikut sunnah dan amanah dgn tanggungjawabnya. tapi payah nak jumpa. yg slalu saya dgr isteris saling mangacum

Anonymous said...

ikhlas untuk menerima si madu itu yang susah.hurmmmm...bagi saya, kemampuan dan adil itu yang perlu dipegang. ni tak, ada yg tak mampu tapi ada hati nak pasang dua tiga.hihihi

chekem mirza said...
This comment has been removed by the author.
chekem mirza said...

itu ramai ja.. alaa bagi ajalah peluang... tak cuba tak tahu kan...hehehe

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...