Tengok pada insiden yang berlaku di stadium Darul Makmur, Pahang saya jadi takut dan ngeri dengan cara rakyat Malaysia berkelakuan. Jika dibandingkan dengan musim PRU13 lepas tidak ada jauh bezanya. Kedua-duanya jadi ektrem dan fanatik. Berlebihan kelakuan nya. Hangat PRU pun tak habis lagi, Abang Nuar masih sibuk dengan perhimpunan #Black505 dan ini kes berbeza arena tapi pe'elnya mewakili sebilangan orang Malaysia. Nak menyokong buatlah cara nak sokong, berpihak kepada mana-mana pasukan, jangan bergaduh. Ini tidak, pantang bertembung di stadium ada sahaja usaha untuk berlaga dan mendorong kepada pergaduhan. Kejadian di stadium Darul Makmur ni, siap ada yang jumpa anak batu. Ini dah kes baling batu sembunyi tangan, sehingga ada penyokong yang cedera dan terpaksa dipapah keluar.
Yang peliknya, bagaimana stadium yang hanya boleh muat 40 ribu penonton boleh melimpah ruah sehingga cecah ke ruang balapan. Bukankah ini sangat meebahaya kepada pemain. Apatah lagi, wujud pihak yang tidak bertanggung jawab yang telah memecahkan salah empat pintu (7,5,11 dan 15) stadium. Dahsyat sungguh penangan Johor lawan pahang ni, masing-masing bersemangat nak masuk final, sampai penyokong menjual budi bahasa dan perangai baik orang timur. Memanglah ramai kecewa kerana tiket grandstand dan tempat duduk biasa habis jual tapi tak payahlah begini. Pihak kedua-dua buah negeri harus bertanggung jawab dalam hal ini. Johor dan Pahang harus memupuk semangat kesukanan bukan kepada pemain sahaja tetapi penyokong mereka juga.
Penyokong Kelantan pun terkenal dengan semangat mereka tapi masa lawan terengganu mereka tunjukkan sikap yang baik. Syabas Kelantan dan Terengganu. Sama saudara buat apa gaduh kan!.
Saya selalu berkira-kira mahu membawa anak ke stadium kerana insiden begini lah. Kita tidak tahu dan boleh duga bagaimana suasana yang akan berlaku. Kita ingat yang baik-baik sahaja tapi kita tidak tahu hati dan kemarahan orang. Walaupun dikata patriotik untuk negeri sendiri, cukuplah tengok di TV daripada berjudi dengan risiko. Gelombang manusia yang berpuluh ribu di stadium seperti lautan. Kita tidak tahu apa yang ada di dasar lautan itu. Macam malam kelmarin lah, ada yang bawa batu. Apa tujuan tu? Kalau bukan untuk mencedera dan melawan musuh. Memang sukan ada permainan yang kejam. Ia sangat objektif iaitu salah satu mesti menang dan satu lagi kalah. Lebih parah lagi, yang kalah melawan dan bangkit untuk membalas dengan kekasaran. Api kalau disimbah minyak, dikipas angin memang akan marak besar.
Jadi untuk Johor dan Pahang, selamat lawan semula. Kali ini kat Stadium Bukit Jalil tengah panas terik. Padan muka semua. Katanya sebanyak 90,000 tiket akan dijual. Kalau ikut TMJ, buat aja perlawanan tanpa penonton (masalahnya semangat ke pemain-pemain nak lawan, wahai Tuanku). Jadi yang mana fanatik dan ekstrem sangat tu, buatlah onar lagi, biar dua-dua negeri disqualified. Pahang kena denda RM100,000 dan Johor kena RM20,000. Kalau ikut hati saya, sikit sangat tu berbanding kos internal manusia yang melibatkan psikologi, ketakutan, fobia, trauma apatah lagi luka, lebam, pengsan...
SELAMAT BERSUKAN RAKYAT MALAYSIA! INGAT BERJALAN 8000 LANGKAH KITA AKAN SIHAT. PERGI STADIUM JERIT JERIT BERPERANG...ITU PENYAKIT KRONIK.
No comments:
Post a Comment