Ada dua lagu Galau sedang hits di radio ketika ini. Bila didengar dan hayati melodinya, kedua-dua lagu beri kesan yang sedap pada pendengaran. Kadang-kadang saya keliru bila DJ sebut lagu Galau akan diputar, fikiran ingat pada lagu Siti tetapi yang diputar lagu lelaki. Rupanya band Five Minutes pun ada lagu Galau dan selalu diputarkan di Suria FM. Apa maksud Galau tu? Galau secara mudahnya membawa maksud fikiran yang celaru, kusut, sukar buat pertimbangan atau hal-hal yang negatif berlaku dalam fikiran.
Memang kedua-dua lagu punya melodi berbeza, dendangan Siti mendayu-dayu manakala Five Minutes lebih rock sifatnya. Jadi lagu siapa lagi bagus, daripada segi melodi dan liriknya? Siapa? Saya pasti kedua-dua GALAU ni punya peminatnya. Apatah lagi Siti yang sudah lama bertakhta dan punya peminat berjuta. Selepas Muara Hati, saya kira inilah hits terbaru dari Siti yang melekat sekali melodinya. Rangkap pertama lagu Galau, sangat gemersik dan suara Siti seolah merayu dan agak melankolik. Saya kira komposer menemukan melodi yang sangat bagus kena pada lirik yang sangat puitis. Orang seperti saya sangat suka lirik seperti ini, ia menguji penafsiran. Berat juga liriknya, perlu dibaca berulang-ulang untuk difahami. Nyatanya lirik ini saya anggap kisah peribadi Siti. Impian dan janjinya buat yang tercinta. Namun begitu kata Galau tidak mewakili keseluruhan cerita dalam lirik itu. Apa yang saya faham, lirik itu berkisah tentang kesediaan dan rasa cinta tulus seseorang kepada kekasihnya. Galau dalam lagu ini bertentangan dengan bait yang diulang-ulang. Jadi Galau yang disebut bukanlah pada perasaan tetapi peristiwa yang pernah berlaku.
Bagaimana pula GALAU nyanyian Five Minutes? Saya kira ini formula lagu-lagu dari Indonesia, membuat pengulangan yang berulang-ulang pada bait yang sama sehinggakan melodinya hadir dalam 'form' yang ringkas. Keseluruhan lagu ini menampilkan lirik bersahaja, tidak perlu dua kali membacanya. Sekali dengar sudah tahu maksud ceritanya. Vokal penyanyi Five Minutes biasa sahaja tetapi cukup ekspresif pada bait ini, sehinggakan saya pun boleh ikut serta menyanyikannya. Lagu ini ada dua form sahaja, sangat ringkas dan itulah kesukaan rata-rata pendengar hari ini, mereka tidak mahu kusut mengingat melodi. Dalam lagu Galau Indonesia ini, liriknya menjelaskan kata Galau itu pada perasaan yang melanda si penyanyi kerana ditinggalkan, dikecewakan sehingga membuat hidupnya jadi Galau. Dan kerana itulah, lagu ini mengulangi bait yang sama yang menyebut kata Galau itu.
Dalam penulisan kreatif , pengulangan dibuat dengan sengaja kerana mahu menekankan maksud dan intipati. Penulis sengaja meletakkan kata atau bait secara berulang-ulang kerana itulah perkara yang mahu dimasukkan dalam fikiran pendengar atau pembaca. Saya
harap Galau Siti Nurhaliza lebih mendapat tempat kerana lagunya ada ciri klasik dengan susunan yang saya kira sedap telinga mendengar. I Love Malaysia, why must love others.
Opps lagu Galau Siti pun rupanya ciptaan Indonesia. tajuk asal Pusara Hati oleh Hang Wangi Band.
Apapun saya sokong Siti Nurhaliza.
1 comment:
salam,
sebenarnya kata GALAU sedang popular di Indonesia 2 tahun belakangan ini sehingga cukup banyak band/penyanyi yang mengeluarkan lagu dengan judul GALAU meski genre musiknya berbeda-beda.Salah satunya band Yovie Nuno,Five minutes dan masih banyak lagi.
Post a Comment