Saya berpeluang menontonnya malam tadi. Masa menuju Istana Budaya jam sudah melewati 8.00 malam. Saya risau, takut nanti takda parking. al maklumlah selain berlangsung muzikal chow kit road, setiap hari sabtu malam berlangsung Laman Santai. Sudah pasti kenderaan banyak. Sesampai IB, kaget saya dibuatnya, lengang! Aikkk takkan sunyi IB ni. Bukankah Chow Kit Musical tengah on. Bukan calang-calang orang yang main...tony yusoff, adibah noor, anding, nadia aqilah dan ramai lagi...
Tapi itulah hakikatnya, ia sukar diramal. Apa kemahuan dan kehendak khalayak hari ni. Dah muak ke dengan muzikal? Al maklumlah IB selalu sahaja mainkan muzikal jarang sekali pentaskan straight theatre. Tambah-tambah lagi IB kerap anjur macam-macam konsert. Baru je habis Roskestra dan bulan depan Jamal Abdillah tribute to P.Ramlee. Nampak banya bebenor muzikalnya.
Walau bagaimanapun itu saya punya caturan fikiran. Sesampai di lobi, Abang Jo (Dato') sudah tunggu dan sempatlah kami sembang sebelum dia suakan saya pada FOH yang bertugas. Terima kasih bang, kawan lama yang saya kasih. Memang dalam Panggung Sari lengang tapi audiennya bukanlah audien yang selalu saya nampak. Mungkin mereka pengikut Masakini Theatre atau pengarahnya Saw Tiong Hin. Tapi baguslah kalau kelompok khalayak yang baru IB.
Apresiasi saya terhadap Chow Kit Road Musical? A big applause to the ensemble. Mereka menari dan menyanyi dengan tenaga yang sesuai. Bila lihat korus mengisi setiap babak, dengan vokal,gerak, ekspresi dan reaksi yang baik, saya puas hati dan saya anggap sesi latihan dimanfaatkan dengan baik. Pelakon-pelakon utama memang bagus bukan sahaja lakonannya malahan vokalnya. Adibah Noor jangan ceritalah - dia dah Diva (lakonan dan nyanyiannya atas sekali)! Nih , kekaguman saya pada vokal Anding, dia sangat bagus, kena lenggok dan emosinya malah tariannya juga baik. Anding memang patut tumpu pada muzikal. Tony, Nadia dan Junji, saya pernah tengok lakonan pentasnya. They are ok. But another thumbs up, I should give to Shantini Venugopal. Dia mainkan watak pelacur pondan bernama Dimple. What a character but she makes it believeable! Good lah! Inilah namanya pelakon, yang selalu memberi nyawa dan tenaga pada wataknya...usia tidak membataskan permainannya. Kelemahan tu tetap ada, setnya sangat sederhana tapi yang penting lakonan dan dramanya.
Cerita Chow Kit ni tidaklah memaparkan kisah anak jalanan semata-mata tapi banyak sub-plot yang menarik sambil disulam dengan lagu-lagu indah Allahyarham Sudirman (kiranya saya menyanyi semua lagu tadi). Ia semacam cerita My Fair Lady (bak kata Abang Joe). Kisah cinta ibu dan anak, kisah cinta dua darjat, kisah orang lupa daratan, kisah strata sosial dan macam-macam selitan berupa kritik sosial. Yang menarik adalah dialog yang menyebut "Kalau nak jadi orang, di mana-mana pun kita boleh jadi, tak perlu keluar". Sangat bermakna dan ia secara terang menegur konsep menjadi orang dalam masyarakat kita.
'Menjadi Orang' adalah satu konsep dalam masyarakat Melayu. Ia bukan istilah biasa tetapi ia umpama satu simpulan. Masyarakat Melayu akan anggap seseorang itu 'menjadi orang' apabila ia berjaya membentuk kehidupannya pada tahap yang sepatutnya yang diterima dalam masyarakat. Ia tidak boleh terkandas dalam jenayah, dadah dan gelandangan. Menjadi Orang menuntut manusia memainkan peranan dengan baik sebagai anggota masyarakat. Tidak perlu menjadi doktor atau lawyer pun tapi cukup kalau berpangkat rendah atau petani asalkan ia mampu membawa kebahagiaan kepada kehidupan dan kepada masyarakat. Yang penting manusia itu berbudi tinggi, hormat, berilmu beragama dan bermasyarakat. Tidak guna berdarjat tinggi jika moral dan integritinya tiada.
1 comment:
True. The ensemble is AWESOME! The vocals are superb. Kekurangan dari segi props akibat kekangan bajet tak sedikit pun mencacatkan persembahan kerana setiap tenaga kerja CKR telah berjaya memberikan yang terbaik dari aspek kualiti vokal, muzik, koreografi dan pencahayaan pentas. Kudos to mr director, Saw Teong Hin for creating this masterpiece with Anding at the back of his mind. He certainly made the right choice. With highlight on Anding - i think he deserves to be nominated in the next BOH Cameronian Awards...best newcomer in a musical theatre , perhaps ^_^ hoping the best for him. CKR deserves to be staged again, but next time around with good sponsors who wouldn't think of backing out at the last minute. In a nutshell, CKR is a really, really good show but there's always room for improvement ^_^
Post a Comment