23 Disember 2007, bengkel Guru@work bermula dengan sesi pelajar dan pengajar bersama kumpulan Hadrah Seri Kota, Perlis. Kumpulan Hadrah ini dianggotai oleh orang-orang muda dan diketuai oleh En. Ridzuan Ramadzan. Kebanyakan ahli kumpulan ini berada dalam lingkungan 20-an malah ada di antara mereka masih belajar di sekolah rendah. Kami jadi kagum dan tertarik melihat semangat yang wujud dan lahir dalam diri mereka. Apabila diberitahu kepada En Ridzuan selaku ketua dan pembimbing sesi bersama Hadrah bahawa kami adalah tenaga pengajar di ASWARA dan para pelajar seni persembahan, mereka jadi gentar dan segan untuk mengendalikan bengkel apatah lagi mempersembahkannya kepada kami. Kami yakinkan bahawa kami semua jahil mengenai kesenian Hadrah, nyatanya pengakuan kami itu meninggikan keyakinan diri mereka dan memudahkan sesi interaksi kami. Bengkel dimulai dengan persembahan sebuah lagu yang diserikan dengan tarian dan gerak tari dua orang peran. Ia memikat hati kami. Persembahan ini lebih bersifat pengenalan dan memperkenalkan bentuk Hadrah, kerana kami percaya bahawa sebahagian besar pelajar yang hadir sesi tersebut belum pernah menonton persembahan Hadrah.
Penerangan dan demonstrasi diberi dan ianya diselang-seli dengan pertanyaan oleh pelajar dan pengajar. Secara asasnya kami dikenalkan dengan instrumen yang melengkapi persembahan muzik hadrah iaitu berupa dua jenis rebana atau kompang iaitu kompang kerincing dan kompang peningkah. Ensembel muzik ini menghimpunkan di antara 8-12 rebana yang mengiringi nyanyian. Prof. Dr. Ghouse Nasuruddin (1992) mengatakan bahawa nyanyian Hadrah mungkin asalnya dilagukan dalam Urdu, Arab ataupun Melayu dan ianya berupa satu kesenian Islam yang melagu dan mengalunkan puji-pujian. Sewaktu mereka mempersembahkannya, kami tidak mengerti maksud lagu dan mesejnya, lalu di antara kami bertanya kepada si penyanyi adakah di memahami lirik yang dilagukan. Peliknya dia turut tidak memahaminya. Tambah merumitkan lagi, lagu itu dihafal secara lisan dari mulut ke mulut.
Encik Ridzuan menerangkan kepada kami sejarah dan latar belakang kesenian Hadrah, kami akui bahawa Kumpulan Hadrah Seri Kota hanyalah sebuah kumpulan kecil yang mempopularkan kesenian ini dan bukanlah kesilapannya apabila beliau tidak mampu menerangkan secara terperinci tantang Hadrah. Masalah ini bukan hanya berlaku pada Hadrah tetapi kepada keseniah yang lain. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada kesenian makyung yang mempunyai perbezaan di antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain, mungkin makyung berbeza kerana struktur dan ciri-cirinya masih dipegang sehingga sekarang. Mungkin dapat kita lihat keaslian yang terdapat di dalam seni Hamdolok, rodat ataupun boria. Di mana struktur dan ciri-cirinya kian hakis dan banyak menyerap unsur-unsur baru. Dalam persembahan pertama mereka, ianya menyatukan antara lagu, tarian dan peran. Kami tambah keliru akan kewujudan dua orang Peran dan apabila ditanyakan peranan kedua-dua Peran itu. Mereka meletakkan bahawa tiada lakonan atau sketsa sebelum persembahan Hadrah, Peran muncul untuk menari dan mengusik penari wanita. Para pensyarah yakin dan percaya mesti wujud peranan yang lebih besar kedua Peran itu di dalam persembahan Hadrah, mungkin kumpulan ini mewarisi bentuk persembahan sebegitu atau tidak mampu mempersembahkan dalam struktur persembahan yang lebih kompleks. Maka apa yang kami saksi adalah satu ringkasan persembahan Hadrah.
Tariannya banyak menumpukan kepada gerakan tangan dan jari-jemari di mana ia menghampiri gerak tari pembukaan persembahan Mek Mulong dan dipengaruhi ayunan tangan dan lentikan jemari dalam tarian Terinai atau Layang Mas. Nyatanya kami melihat pengaruh Siam turut menyerap di dalam persembahan tarian Hadrah ini. Gerakan mereka amat ringkas dan dipecahkan kepada posisi duduk, melutut dan berdiri tanpa ada pola lantai yang khusus. Apabila saya mengaitkan hadrah dengan kesenian Islam lalu saya tidak dapat meletakkan tarian Hadrah ini sebagai keislaman kerana tiada pengaruh sarah, zapin atau samrah. Tetapi kami merumuskan bahawa asalnya Hadrah adalah satu kesenian Islam berdasarkan alunan lagu dan instrumen yang digunakan, oleh kerana peredaran masa, faktor geografi, penghijrahan manusia dan masyaraktnya yang turut mebawa budaya asal mereka namun ekoran daripada kekangan persekitaran maka ianya bergerak dan diwarisi mengikut rencah kehidupan di sekitar mereka. Kami menerima kesenian hadrah yang dibengkelkan itu dalam acuan begitu dengan mengambil kira faktor-faktor yang mempengaruhinya namun kami menyekini bahawa Hadrah memiliki satu bentuk, struktur dan keistimewaan tersendiri yang bukan hanya dihidupkan oleh masyarakat Melayu Malaysia sahaja malah masih hidup di bumi Islam yang lain. Kami kagumi semangat yang ditunjukkan oleh ahli-ahli kumpulan Hadrah Seri Kota.

2 comments:
Kalaulah ada di sana, wajib pergi tonton,bagi semangat dan sokongan untuk karyawan seni tanahair...
X-Koperal PBSM SID
Koperal
sokongan dari jauh pun mencukupi, asalkan semangat tu ada.Kopral pun boleh menari buluh dan sumazau kan?
Post a Comment