Foto-foto dalam entri kali menceritakan kisah sambutan Hari Wilayah 2012 yang disambut pada 28 Jan 2012 yang lalu. Masa Swatari jemput Rhea untuk turut serta dalam persembahan ini, saya tidak begitu yakin dengan komitmen Rhea. Maklumlah jadual hariannya jadi sangat padat sehingga tiada ruang untuk rehat dan buat 'homework'. Bayangkan...7.30 pagi ke sekolah agama...balik 10.30; 11.00 pagi naik van ke sekolah Lai Meng dan balik jam 7.00 malam; 8.30 malam latihan untuk persembahan Hari Wilayah. Kesian Rhea...dia cuma ada masa untuk tidur sahaja. Itupun adakala latihannya saya tuang...bagi dia rehat dan siapkan homeworknya.
lepas sarapan, mak andam ambil alih touch-up muka artis ni. Isshh kalau anda berada di sana anda boleh dengar betapa cerewetnya artis sorang ni. Nasib baik maminya ada sikit skill... |
Cuba tengok matanya... huuuh penghayatan sesangat tapi hakikatnya dia follow orang sebab tak sure 'step' hehehe |
Apapun saya ucapkan tahniah buat penari swatari sorang ni. walau tertidor masa dalam perjalanan ke latihan tapi tetap gagah dan bersemangat untuk 'perform'. Spirit is there! |
No comments:
Post a Comment