Jom Kita Jadi Geng

Tuesday, June 18, 2013

IKLAN LUCAH


memang ada amaran tapi betulkah boleh dikawal?
Apa nak jadi? Ramai orang nak cepat untung dan menjadi kaya. Ramai orang berniaga dengan macam-macam cara. Betullah rezeki itu 99% datangnya dari berniaga tapi dalam Islam perlulah difikir dan diteliti rezeki yang macamana. Kadang-kadang niat tu dah betul tapi caranya pulak yang menyeleweng. Macam pelakon muda-muda, mereka kata mahu cari rezeki yang halal. Betul dah tapi halal mungkin pada usaha dan tenaga yang dikeluarkan tapi dalam mengisi ruang kerjanya sebagai pelakon, macam-macam hal dan strategi dibuat, bergambar tepi kolam air, buat video 'keek', tolong peraga pakaian di malam anugerah dan macam-macam lagi. Hal itu sebenarnya mempengaruhi binaan karier mereka,. bagi saya jika mereka popular dan hot dengan strategi menjual selain bakat, mereka harus fikirkan bila mahu kata 'cari rezeki halal untuk bantu ibubapa'.
Saya tabik dengan pasangan ini
berapa mereka dapat untuk
paparan sepanjang hayat?
Bercakap pasal orang bisnes, hari ini macam-macam produk tempatan yang berasaskan herba tradisional dijual. Macam-macam tujuan; ada untuk kulit dan ada untuk kuruskan badan. Ada juga iklan untuk meningkatkan keintiman hubungan suami isteri. Jika dulu, dalam masyarakat Islam , sangat jarang dan tertutup sekali soal barangan begini. Masa saya muda dulu, kalau nak tengok iklan begini di Pasir Mas maka kami pergi dengar orang-orang jual ubat berniaga. Kami asyik masyuk tengok cara mereka mempromosi ubat dengan macam-macam gimik. Minyak dhab atau minyak belacak dipromosikan secara terbuka tetapi sasarannya kecil. Biasanya orang lelaki yang suka lingkung peniaga. Malah saya ingat lagi, jika dulu, kalau kakak atau mak datang bulan, disuruhnya kita beli tuala wanita (kami panggil roti kering), bila beli tuan kedai tidak akan memberinya sekotak bogel begitu sahaja tapi dibungkus kotak Lady atau Moddess dengan surat khabar. Tujuannya untuk menyorok dari diketahui oleh jiran-jiran. begitu sekali orang dulu menjaga hal peribadi mereka.
Cuba bermain simbolik tapi nyata miskin idea.
Tapi hari ini berbeza, perkara peribadi sudah jadi bahan pelaris. bahan untuk menjual produk bagi peniaga atau artis untuk menjual nama mereka. Larislah jadinya kerana di mana-mana pun, hal obsessi dan sensasi ini memang ada penggemarnya. kalau tidak, takkanlah di sebelah dunia barat filem lucah jadi industri besar. Jika dulu iklan baju dalam wanita tidak ditunjuk secara jelas bentuk dan pemakaiannya, media Malaysia sangat menjaga kesopanan timur itu. Iklan losyen hanya menampilkan kehalusan kulit tangan model bukannya kehalusan kaki hingga ke peha. 
Saya rasa dua model ini tidak tahu pun
apa yang ditulis iklan itu
Kita boleh tengok hari ini, iklan yang menjual produk batin dijual secara terbuka malah tersiar di dada akhbar perdana. Model-model pun bukanlah wajah barat atau bukan Melayu tapi yang lebih memalukan digunakan imej wanita bertudung dan lelaki berkopiah. Tak tercapai akal saya untuk fikir sebegitu terbuka cara orang kita sekarang. Apa difikiran model-model itu bila wajah mereka dirakam? Adakah mereka sedar mereka sedang mempromosi produk itu? Adakah mereka rela atau ditipu helah oleh peniaga dengan tawaran  gaji yang bagus? Adakah mereka tutup mata, menggadai maruah demi bayaran yang besar? Tapi pada hari ini, era digital sangat jahat. Sekali wajah anda masuk ke internet selama-lamanya ia akan kekal di situ. Ke anak cucu bersiih generasi foto tidak senonoh anda dilihat.
Kakak yang tunjuk perut ini memang jadi mangsa.
Saman lah kakak!
Globalisasi dan dunia tanpa sempadan merentas budaya dan pemikiran manusia. Manusia di benua atas sana dengan benua sebelah sini tidak lagi berbeza. Media menggunakan sebaik dan seluas mungkin keupayaan inertnet. Secara perlahan dan adakalanya mendadak, kita di timur menerima dengan cukup baik budaya barat. Mereka mengubah dari persepsi salah kepada ok tentang sesuatu yang bertentangan dengan agama dan adat kita. Media ini menyama ratakan persepsi kita hingga agama sudah tidak lami menjadi utama tetapi hak asasi itu didahulukan. Kesan itu dapat kita lihat di negara kita bila wujudnya perjuangan seperti LGBT, dan seksualiti merdeka atau kesan kepada peningkatan anak luar nikah dan pasangan bersekedudukan yang tinggi. Mereka tidak merasa salah dan janggal memperkatakannya secara terbuka. Dan pada masa yang sama media arus perdana kita seolah menyokong dan menjaja kebaikan artis barat yang tidak berkahwin, berkeluarga tanpa ikatan perkahwinan. Tidakkah hal ini sangat salah pada kita di negara Islam. Tidakkah cara Brad Pitt dan Angelina Jolie itu berdosa? Tapi kenapa cerita kebaikan mereka, keseronokan menimang anak luar nikah menjadi hebat? Tidakkah media kita berasa itu subahat?

aduhai.... 
Tidak terjangkau untuk saya fikirkan masa hadapan, masa dewasa anak-anak dan cucu saya. Jika hari ini tidak terkawal lagi pengaruh dan persepsi kita pada hal tidak senonoh. Hari ini iklan yang menyebut 'adik ketat' dan 'abang keras' boleh menjadi sangat senang dan diterima baik, apakah lagi bentuk iklan masa hadapan? Agaknya gambar lelaki berkopiah tunjuk anunya pun akan jadi biasa kot....

Yang ini saya rasa dia tahu kenapa dia pose
Untuk hari ini, sama-samalah kita menolak seupaya kita kerana media bukan lagi rakan baik seisi keluarga.

No comments:

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...