Jom Kita Jadi Geng

Tuesday, June 11, 2013

HAIRIE OTHMAN SUDAH TERLAJAKKAH?


Kesian saya baca akhbar bila Hairie kata dia dah tak ada pendapatan. Pendapatannya yang memuncak sewaktu PRU13 lepas kini merudum setelah aktiviti kempen berkurangan. Hairie menagih janji dan simpati Pakatan Rakyat dengan menilai pengorbanan dan sumbangan dia kepada kejayaan PR mengekalkan tiga negeri dan menjadi pilihan popular. Kesian sangat dengan Hairie, yang terkenal melalui watak Leftenan Adnan ini, potensi besar yang disandarkan padanya suatu masa dahulu, kini sudah tiada lagi apabila dia memilih untuk menumpukan kepada dakwah politik. Memang bukan salah dan silap pun memilih untuk berundur dari bidang seni, ia cukup baik.


Hairie saya ikuti sejak awal kemunculannya di awal tahun 1990an. Iklan Code10 yang dilakonkannya menjadikan beliau antara lelaki Melayu yang diikuti. Bila dia masuk bidang lakonan, tidaklah kaku lakonannya, boleh diterima. Dari hari ke sehari lakonannya meningkat. Rezeki Hairie boleh dikatakan murah. banyak sekali publisiti yang dia peroleh sewaktu zaman naik. Walaupun adakala publisiti itu bukanlah mengenai bakatnya. Semasa tengah popular, Hairie terbabit dengan beberapa insiden yang kurang enak termasuklah kisah tangkap khalwat dan putus kasih dengan Umie Aida. Dan, ada sekali tu, dia diberi tugas mengarah sebuah filem (Dimensi Cinta) dan kemudiannya lenyap ekoran gagal merealisasikan tugas pengarah. Semenjak itu, namanya lenyap sekali sekala dia muncul, mengadu tak ada job.


Tiba-tiba sahaja Hairie aktif berpolitik. Dia memilih bernaung di bawah PAS bersama Pakatan Rakyat. Tidak salah kerana dia memilih secaran terang-terangan untuk berpihak. Sangat aktif sekali dia menyampaikan ceramah, tapi mungkin tidak capai tahap untuk jadi calon macam Aishah dan Dayangku Intan. Dalam dia sibuk berdakwah itu, banyak sekali dia mengeluarkan kenyataan yang menentang pemerintah. Tidak salahpun. Tapi kenyataannya menggunakan bahasa yang agak kasar dan kurang manis dibaca. Ia seolah sudah benar-benar dalam perang. Tapi itulah, kita ni Melayu atau manusia mana pun, jika kita ada pandangan, lahirkan dalam bahasa yang tidak menghiris. Biar ia nampak rasional.

Jadi, bila Hairie keluarkan statement kat akhbar kata dia dilupakan Pakatan dan menagih simpati, rasanya macam dia meludah ke langit. Tiada bezanya zaman dia jadi artis dahulu. Dia pernah mengadu sebab tiada job. Saya rasa, elok Hairie diam dan berunding dengan pihak dia bernaung sekarang supaya kenyataannya tidak membuat orang tawar hati untuk membantu. Kita kalau berjuang di bawah panji Islam, harus redho dengan ujian. Ini kira ujianlah.

3 comments:

suzzsuzie said...

buat apa2 tu biarla ikhlas...

suzzsuzie said...

buat ap2 biarlah ikhlas..

Lady Windsor said...

laa gitu ke kesahnya...dulu saya suka juga tengok dia berlakon..lepas kes tak enak tu jadi tak minat..

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...