|
Daulat Tuanku |
'Kesetiaan kepada Raja dan Negara' telah kita akur dan ikrarkan. Kita menjunjung kedaulatan undang-undang dan sistem Raja Berperlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara. Sistem yang mentadbir keharmonian negara selama ini. Sewaktu menuntut kemerdekaan, Tunku dan rombongannya terpaksa berulang-kali meyakinkan penjajah British bahawa negara ini harus berdiri dengan sistem yang berbeza, berbeza dari Inggeris dan komuniti demokrasi yang lain kerana ianya berasaskan kepada kewujudan negeri-negeri di Tanah Melayu yang sistemnya Beraja. Berzaman Raja/Sultan memerintah negeri Melayu dibantu oleh pembesar-pembesarnya. Konsep daulah dan lambang bangsa itu, diangkat oleh rakyat. Itulah yang dipegang dan dihayati oleh segenap orang Melayu.
|
Semasa era Dr.M, beliau telah
merombak hak keistimewaan
Raja-raja Melayu.
|
Bila British menggunakan kuasa diplomasinya melalui dasar Perdana Menteri Britain Benjamin Disraeli yang mengusulkan bahawa, Inggeris harus menjadi penjajah yang bijaksana. Menguasai bangsa yang dijajah bukan dengan cara kekerasan tetapi dengan menusuk secara halus melalui peradaban. Ternyata ianya menempah kejayaan dan kemenangan jangka panjang. Disraeli yang berbangsa Yahudi melihat bahawa melalui asuhan budaya akan menjadikan British dilihat tinggi dan besar di mata tanah jajahan. Susulan itu British mewujudkan sekolah khusus untuk anak-anak bangsawan seperti Malay College Kuala Kangsar (MCKK) untuk mengajar mereka sastera, budaya dan adat British. Melalui sistem pendidikan Inggeris ini, anak-anak bangsawan menghayati dan merasa dekat dan membudayakan diri mereka dengan budaya Inggeris. Selepas MCKK, anak-anak bangsawan dihantar ke England untuk menguasai bidang sekular yang lain seperti undang-undang dan ekonomi.
Dari generasi ke generasi anak-anak bangsawan (pembesar dan raja-raja Melayu) mengamal dan melihat 'British way is the best way'. Dan tidak hairanlah apabila usaha menuntut kemerdekaan, Tunku sangat bertolenrasi dengan kemahuan British. Malaya menjadikan British sebagai acuannya. Sistem pendidikan, sistem perundangan, sistem ekonomi dan sistem dalam pentadbiran kerajaan menjadi fotokopi British.
|
Provokasi begini sangat
kurang bijak |
Sewaktu Indonesia berkeras dengan sistem Pancasila dan mengangkat satu bangsa Indonesia dengan satu bahasa dan satu identiti, Malaya bertolenrasi dengan kehendak dan keperluan bangsa minoriti. Lalu wujudlah corak pendidikan yang pelbagai; sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah mubaligh dan sekolah Melayu. Ini adalah asas kepada kewujudan Malaysia hari ini. Generasi yang dididik melalui pecahan aliran ini menjadikan anak-anak berorientasi mengikut aliran mereka. Ini juga kesan daripada tolenrasi pemimpin dahulu dengan kehendak British yang mana, British sangat menjaga kepentingan kaum-kaum yang memajukan ekonomi mereka di lombong dan estet. British jadi sangat 'selfish' dan 'opportunist' di dalam menjaga periuk nasi mereka. Kerana mereka sudah bersengkokol dengan dasar kapitalis dan kita pula berada di bawah 'dependency'.
|
pepatah dulu selalunya betul
'ada undang sebalik batu' |
Jadi, bila hari ini beberapa orang ditahan kerana menunjukkan sikap biadap terhadap Raja Melayu, saya kira inilah kesan dan jawapan kepada sistem kita selama ini. Yang mengangkat daulah dan kebesaran raja itu hanya orang Melayu, kerana orang Melayu saja yang fikir ada raja. Orang Cina, India, Portugis dan lain-lain mungkin tidak rasa sepertimana orang Melayu takut dan kecut apabila nama Raja/Sultan disebut. Bila mereka mempermainkan titah SBP Agong dengan reaksi hendak muntah dan mual di media sosial secara terbuka, jelaslah bahawa baginda bukanlah siapa-siapa di mata mereka. Baginda dilihat sebagai patung. Mereka tidak perlukan Raja kerana hidup mereka makmur dan maju bukan kerana Raja tetapi kerana ahli politik. Cara mereka ini tidak ubah seperti cara penjajah dahulu, yang hanya mahukan keistimewaan tapi tidak mahu memenuhi syarat. Mereka ini hanya mahu terima tapi sukar untuk memeberi. Mungkin ini berbau perkauman tetapi sedarkah kita, sudah berapa lama kita merdeka dan alangkah sedih apabila masih ada generasi Malaysia yang lahir dan membesar dengan sistem pendidikan Malaysia sukar berbahasa Melayu. Malah orang Bangladesh dan Myanmar lebih bagus bahasa Melayunya dari sebilangan mereka. Sombong sekali mereka ini untuk menunjukkan sikap hormat. Mungkin di mata mereka 'besar sangatkah tamadun Melayu berbanding tamadun mereka' kerana itu mereka mengambil sikap dingin dan sepi.
|
Sangat biadap dan
tidak mengejutkan. |
Kita yang Melayu ini, memang selalu menyambut tetamu dengan tangan terbuka. Kita sangat suka kalau orang asing bertutur bahasa kita dan mengamal budaya kita. Dengan sedikit gimik oleh orang luar seperti sekadar 'Apa Khabar', kita sudah bersorak dan merasa kemenangan kerana sudah memelayukan orang. Padahal itu taktik mereka membeli yang akhirnya kita perlahan-lahan menggadaikan tanah pusaka. Dan, bila kes Hina Raja ini berlaku, konflik timbul dari kalangan Melayu sendiri. Mahu tentang atau mahu biarkan? Ahli politik Melayu sudah menjual pemikiran Melayu hari ini bahawa Raja itu tidak besar. Sehingga Melayu tidak merasa tergugat dengan hinaan ke atas Simbol Melayu ini. Kita kena ingat, Perlembagaan itu buatan manusia, bila-bila masa sahaja 'Raja Berperlembagaan' itu boleh diubah oleh politik yang berkuasa. Jika masa hadapan mereka tidak mahu sistem itu dan enggan terima Rukunegara, mereka rombak sahaja di Parlimen. Jadi kita yang Melayu ini jangan dengan mudah membeli apa yang politik jual. Jika mereka menjual tentang 'hak sama rata' atau tentang 'Malaysian-Malaysian' atau kita terpana kerana mereka bisa membaca jawi dan sangat prihatin dengan orang Melayu, FIKIR DULU! kita kena selalu ingat bahawa 'jerat tidak lupa pelanduk' dan jangan kita yang jadi 'orang yang digigit tangannya'.
|
Era digital ini mampu menelanjangi sesiapa pun |
Cuma satu sahaja harapan saya, mohon Tuanku menjaga kepercayaan dan junjungan yang orang Melayu berikan selama ini. Pada Tuanku, kami letakkan lambang keturunan dan agama Islam, harapannya, peliharalah kepercayaan itu. Jangan buat kami rasa Tuanku dan anak-anak terlalu jauh caranya dan tidak seperti kami yang orang Melayu sekelian. Berparti, bersosial, bersukan atau apa sahaja ; janganlah sampai menimbulkan perasaan kurang senang kami rakyat jelata ini. Anak-anak Tuanku itu, janganlah terlalu menunjuk-nunjuk sikap yang kurang manis, itu mengguris hati kami. Saya sangat terguris.
No comments:
Post a Comment