Jom Kita Jadi Geng

Thursday, January 26, 2012

SBPA DAN KANAN

Abu Hurarirah meriwayatkan, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud " Jika kamu memakai kasut (alas kaki), pakailah yang kanan terlebih dahulu. Tetapi jika membukanya, yang kiri dulu dibuka. Maka yang kanan adalah yang mula-mula dipakai dan yang terakhir dibuka." (Hadis Riwayat al-Bukhari).

ini telapak tangan kanan CheKem...ekslusif ya!
Banyak pengertian tentang kanan. Banyak juga dalam perbendaharaan Melayu menggunakan kanan sebagai simpulan atau pepatahnya. Kita biasa menyebut 'langkah kanan' apabila sesampai di rumah orang tiba-tiba dijamu dengan hidangan atau dapat imbuhan. 'Orang kanan' juga diertikan sebagai orang penting begitu juga dengan sebutan 'haluan kiri' yang bermaksud tidak seiring dengan pimpinan yang memerintah...maka yang mengikut tu agaknya disebut 'haluan kanan' hehehe. Salmat bin al-Akwaa' bercerita tentang seorang lelaki makan di sini Rasulullah SAW dengan tangan kirinya lalu Baginda menegurnya dengan bersabda "Makanlah dengan tangan kananmu. Lelaki itu menjawab: Aku tidak berupaya berbuat demikian. Baginda bersabda lagi: kamu tidak berupaya? sebenarnya tidak ada sesuatu yang menghalang kamu daripada berbuat demikian melainkan kerana didorong oleh perasaan sombong." Salmat berkata: Orang itu akhirnya tidak dapat mengangkat tangan kanan ke mulutnya (cacat selamanya)." (hadis Riwayat Muslim)

Dan sebab itulah tangan kanan diguna untuk makan manakala tangan kiri untuk menyuci. Jika kita membasuh tangan hendaklah dimulakan membasuh sebelah kanan dahulu  begitu jugalah apabila kita mahu berwuduk atau bersedekah, kita hendaklah menggunakan tangan kanan bukan kiri. Kita selalu menegur anak atau orang yang memberikan sesuatu dengan tangan kiri. Kalau saya, saya sebut sahaja eh...bagi tangan kiri? Kalau orang memberi duit raya tangan kiri, tentu dirasa janggal....apatah lagi kalau mahu berjabat tangan. 

Bagaimana pula dalam organisasi? Adakah yang kanan selalu diutamakan? Di sesetengah perkhidmatan ya! Orang kanan disebut juga adalah orang-orang penting yang membuat keputusan atau yang merancang dan mengurus. Biasanya kelompok ini memikul tanggungjawab besar, jika gagal mereka dahulu dipertanggungjawabkan. Kalau berperang mereka adalah pemimpin kepada kumpulan. Tetapi dalam sesetengah organisasi kekananan tidak dipakai 100% contonhya dalam pekerjaan kreatif. pangkat atau gelaran bersengkongkol engan kreativiti. Dalam hal kreatif, manusia menjual idea dan manipulate idea itu untuk diterjemahkan. Siapa menjual idea paling bagus maka dia lah di atas. Apabila kreativiti itu pindah kepada mengurus barulah wujud siapa kanan siapa bawah.

Apabila kerajaan cuba hendak memperkenalkan SBPA (skim baru perkhidmatan awam) kepada 1.3juta kakitangan awam dengan paksaan menerimanya dalam tempoh 2 minggu timbul sedikit kekacauan. Semua staf kerajaan atas bawah, kiri kanan bercerita. Ada menyokong dan ramai juga yang merungut. Apabla orang kanan dalam perkhidmatan memaksa semua atas dan bawah menjawab setuju atau tidak dengan skim itu, lalu CUEPACS pun muncul sebagai hero untuk mewakili suara tidak puashati. Sebenarnya yang saya perhatikan banyak hal yang dirungutkan. tempoh berkhidmat 60tahun sebenarnya menyekat dan melambatkan pergerakan jawatan staf. ya lah nak menunggu pencen sampai 60 entah-entah innalillah...dahulu...mati celik. Yang paling ramai merungut mengenai kenaikan gaji. Memang semua orang menerima kenaikan gaji antara 7-13%. Biasanya begitulah tawaran yang diberi. Setiapkali berubah skim maka dapatlah angpau sikit. Tapi kali ini agaknya kakitangan dah ramai cerdik dan mula nampak bahawa yang untung bukan semua tapi sebilangan jawatan sahaja...nunnnn yang di atas. Di sini lah menampakkan perbezaan ketara antara orang kanan dengan yang di bawah. 

Apabila PM umumkan kenaikan 7-13 %, masing-masing dah menghitung berapa kenaikan mereka. Yang kelompok bawah tentu sekali mengira kenaikan mereka 13% kerana itu janjinya demi menaikkan taraf hidup rakyat. Kesian. Rupanya mereka bermimpi. Rupanya kenaikan ditawar pada gaji paling hampir. Maksudnya mungkin ada naik RM200 dan ada juga yang naik RM1 sahaja. Itu pun kenaikan juga apa. namun yang mengejutkan kenaikan bagi jawatan kanan ada yang cecah RM8000. betul ke? Entahlah ini cuma saya dengar dan baca cakap-cakap orang aja. Tak sangka kan kalau itu yang berlaku.

Nampak gayanya hasrat kerajaan mahu  mencapai status negara maju berpendapatan tinggi takkan kesampaian jika ini berlaku. Yang bawah tetap rendah sekali, yang atas makin memuncak tingginya. Jurang makin jarak. Ini kesannya apabila Orang Kanan yang memikirkan pelan keseluruhan perkhidmatan yang merangkumi kebajikan mereka sendiri. Kalau yang ikhlas nak menolong oklah tapi kalau jenis merasa gaji 8000 itu kecil daripada 1000 maka lupakan saja. Dalam hal ini saya rasa semua kelompok perkhidmatan perlu ada dalam perbincangan. Hari ini dah berbeza...kecil jangan disangka anak besar jangan disangka besaRRR...mungkin dia obesiti!!!
1993. Setiap kali saya pandang foto ini...hati saya sayu dan jauh pergi.  Saya dibodoh dilembukan. Tapi saya tahu itu semua harga yang perlu saya bayar untuk hidup hari ini.









Itulah cerita tentang Yang Kanan. bagi saya secara peribadi, kalau SBPA diperkenalkan semula, sign sahajalah kerana itupun pada awalnya masa kita hendak berkhidmat dengan kerajaan...akur dan setia dengan perjanjian. Kalau hari ni kita dapat seringgit ...alhamdulillah. Kita berusaha untuk bahagia...kalau gaji sejuta tapi tidur macam tak berbantalpun buat apa ya!!! Kita redha dan biarlah mereka menjawabnya di akhirat.

Buat anak-anak muda...kejarlah pengalaman dan pengetahuan. jangan fikir berapa gaji awak akan dapat bila habis belajar nanti. Memang duit itu hidup tetapi hidup itu lebih penting dari duit. Dunia moden hari ini kurang mengajar kita berinteraksi dengan alam dan manusia...jadi kalau itu resamnya..ubahlah...balik kepada fitrah kita orang timur. Mengais ilmu pagi ini untuk bekalan sepanjang hidup. 

No comments:

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...