Jom Kita Jadi Geng

Saturday, June 1, 2013

FAUZIAH GHOUS BERTUNANG

Ini dari facebook Irwan Abd Ghani. Thanks Irwan.
Melepaslah jejaka-jejaka yang simpan hati pada jelitawan Fauziah Ghous ini. Malam ini dia telah melangsungkan pertunangannya. Dua foto ini saya ambil dari facebook yang dirakam oleh teman terdekat Fauziah. Si jelita ini mula bertapak dalam industri beberapa tahun lalu dan mula menempa nama apabila dipilih sebagai Bintang Harapan Pentene melalui Anugerah Skrin TV3. Bertuahlah tunangannya kerana sepanjang Fauziah bergelar pelakon, dia cukup menjaga perilakunya. Macam kisah cintanya ini. Tahu-tahu dia nak bertunang dengan kekasih hatinya, Zhaffran.
Ini dari facebook Marfizul. Thanks Peejoy.
Pada awal kemunculan Fauziah sebagai pelakon, saya fikir 'budak ini harapkan cantik sahaja' tapi semua itu salah. Hari ke hari lakonan Fauziah makin baik dan lakonannya dalam drama Tahajjud Cinta memang melekat. Saya anggap Fauziah bukan sekadar pelakon cantik di mata tapi hadir dengan keyakinan dan keikhlasan dalam melayari kerjaya seninya.

Tahniah Fauziah. Semoga ikatan ini membawa ke pelamin dan kekal ke hujung usia.

No comments:

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...