Semangat! Semangat! Awas Kuala Lumpur dan Selangor, rakyat Kelantan akan membanjiri Lembah Kelang pada hujung inggu ini. Walau apa pun terjadi, orang Kelantan dari bumi Cik Siti Wan Kembang akan berarak dari darat, udara atau air sekali pun untuk penuhkan Bukit Jalil. tauke nasi kerabu bolehlah labur modal lebih sikit, laku musim nih. Sokongan rakyat Kelantan tetap padu demi memastikan TRW sekali lagi menjulang Piala FA. Semalam pun dah kecoh di Stadium Sultan Muhammad ke IX, apabila 30,000 tiket habis dalam masa 15 minit. Fuhh ini memang pisang goreng panas. Mengamuk dan berantakan orang-orang Kelantan, macam mana tak mengamuk, 2000 orang beratur seawal 6 pagi, tiba-tiba sahaja tiket habis dalam tempoh tak sampai setengah jam. Ini memang ajaib. Itulah penangan bola pada rakyat Kelantan.
Dengar khabar penyokong pasukan Johor dari tanah hujung tu akan berarak masuk ke Lembah Kelang sebanyak lebih kurang 350 buah bas. Fuhh banyak tu. itu lebih kurang 14,000 orang yang naik bas. Memang hujung minggu ini, Lembah Kelang bukan setakat ramai dengan pendatang asing tapi dibanjiri orang Kelantan dan Johor. Stadium Bukit Jalil betul-betul akan kecoh dan gamat dengan sorakan dan laungan penyokong. Gelombang bola sepak betul betul melanda kedua-dua buah negeri. Saya kira bukan sahaja kedua buah negeri ini, Pahang dan terengganu pun memang hebat juga peminat mereka. Kehangatan bola sepak ini, mengimbau kembali kemeriahan pasukan Selangor zaman Azman Adnan dulu. Memang masa itu, Selangor punya penyokong sangat hebat, warna merah kuning memenuhi stadium tiap kali Selangor bermain bahkan t-shirt merah kuning turut popular di mana-mana.
Dua gandingan yang memperkukuhkan TRW. Bojan harus buktikan di Piala FA |
Kali ini, kita lihat TRW benar-benar monopoli daripada segi populariti. T-shirt dan merchandising TRW mencanak jualannya. Kehebatan jenama TRW ini seolah-olah seperti MU dan lain-lain pasukan EPL. Hal ini memang orang Kelantan patut puji kepimpinan Annuar Musa yang telah berjaya menghimpun dan menyatu padukan rakyat dan keturunan Kelantan melalui bola sepak. Apatah lagi, TRW disokong penuh oleh Tuk Guru dan kepimpinan Kelantan. TRW memang benar-benar merubah sukan bola sepak menjadi fenomena.
Johor Darul Takzim atau JDT baru sahaja bermula. Dari Johor FA bertaraf pasukan negeri kini ia bertaraf kelab. Kepimpinan Tengku Mahkota telah mengubah suasana bola sepak negeri Johor. TM benar-benar mahu mengangkat imej negeri Johor melalui bola sepak. Dengan peruntukan yang tinggi, membawa masuk pemain-pemain handalan termasuklah melabur pada dua pemain antarabangsa dan tambah menguatkan lagi pasukan JDT, TM bersedia menawarkan kontrak lumayan kepada pemain handalan Mat Yo, Nurul, Aidil dan Safee Sali. Saya kira dengan komitmen yang tinggi ini, JDT sepatutnya membawa pulang Piala FA kali ini.
Tengku Mahkota benar-benar menyemarakkan semangat dalam kalangan penyokong Johor. Tahniah. Cuma kadang-kala jadi tak best bila orang istana bergaduh dengan rakyat jelata. Rasa tak best lah |
Tapi Kelantan bukan calang-calang pasukan, walaupun Mat Yo dan Nurul sudah dibeli JDT, semangat dan perasaan patah sayap itu tidak pernah ada. Kekuatan baru dicari dan dibina. Mat Yo yang selama ini menjadi sandaran TRW kini menjadi tunggak JDT. Begitu juga Nurul. Dua bekas pemain ini bertukar angin kerana tawaran yang menarik. Ia bukan lagi soal patriotik dan kenegerian. Ia sudah jadi soal profesionalisme. Betullah tindakan Mat Yo dan Nurul, kerana hayat pemain bola bukan lama pun, masa inilah kalau mahu kumpul kekayaan pun. Kelebihan dan kekurangan tetap ada apabila Kelantan berhadapan dengan bekas rakan pasukan ini. tetapi saya kira Bojan Hodak pun ada perkiraannya. Strateginya tentulah bertukar bila bertemu pasukan berbeza. Rentak JDT tentu sekali dibaca. Lagipun, JDT sudah kurang satu kaki apabila Aidil digantung perlawanan kerana kad merah. Nasiblah, siapa suruh terjah Irwan Shah.
Apa motif. Nak suruh orang tengok bola atau tengok dia? Tahulah mek-mek kelantan lawa, tapi lagak macam ini sengaja nak cari perhatian. |
Cuma harapannya, semangat berkobar-kobar penyokong ini tidak membakar hingga bawa bencana. Selalulah belajar dari musibah yang lalu. Apa yang terjadi di Pahang tempoh hari harus ditauladani. Jangan dek kebodohan kecil merosak dan membinasakan semangat positif yang ada. Kejadian di Stadium Sultan Muhammad semalam pun boleh menjadi percikan kecil yang bisa membakar dan merosakan semangat kesukanan. Memang semua orang mahu menang dalam apa juga perlawanan. Tapi kita tidak mahu jadi seperti pepatah 'menang jadi arang, kalah jadi abu'. Kita mahu kemenangan atau kekalahan yang berhemah. Biar pemain yang menentukan perlawanan bukan penonton. Bersorak, bergendang, bergelombang itu satu aktiviti yang baik. Ia simbol paduan dan patriotik tapi kalau ada balingan batu ke, botol mineral ke, pancaran laser, baling mercun ke atau boo pemain sekali pun, itu tidak bagus. Ingat balik pada semangat kita, kenapa kita berada di stadium? Berapa jauh perjalanan dari Kelantan atau Johor menuju Stadium Bukit Jalil? Takkanlah mahu sudahkan dengan kejadian yang mendukacitakan? Kita sokong pasukan kita kerana bangga dan suka kita pada negeri kita.Kebanggaan tidak boleh ditunjukkan dengan kebodohan!
Saya ramal Kelantan menang 2-1!
Anda bagaimana?
No comments:
Post a Comment