Jom Kita Jadi Geng

Monday, September 2, 2013

KEMPEN PAKAI SONGKOK DI GSC MIDVALLEY


Saya ambil gambar dan video ini dari rakan facebook dan page Saya Sayang Tun Mahathir di mana mereka adalah antara orang yang hadir pada hari kempen tersebut. Tidak sangka kempen ini berjaya menarik ramai orang dan lebih menarik ramai juga orang-orang muda menyertai kempen ini.



Baguslah usaha ini, bukan sahaja membantu mempromosi Tanda Putera malah ia satu aktiviti menyemarakkan semangat patriotisme. Di Malaysia hari ini, sesuatu perkara itu, kalau tidak diwar-warkan dan tidak disemarakkan, orang tak ambil kisah malah buat tak peduli sahaja. Apatah lagi kalau aktiviti yang tidak popular seperti ini. Jadi usaha beberapa blog yang menganjurkan kempen Pakai Songkok ini sangatlah dipuji. Biarlah orang nak kata apa pun, ia jauh lebih baik dari kempen menukarkan bendera Malaysia kepada baru Sang Saka .. (entah tak tahu apa,dah macam rupa bendera sosialis komunis amcaja lah).





No comments:

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...