photo : extra turn " Aku cari lelaki gagah"
Dia rakan sekerja saya di Jabatan Teater. Beliau di Jabatan Teater sejak tahun 2001 dan belum beralih lagi. Memang kerusinya cukup kukuh di jabatan ini walau para pelajar silih berganti. Yang bagusnya, para pelajar selesa bekerja dengannya kerana sikapnya yang mesra dan tidak terlalu mementingkan formaliti. Apatah lagi rakan saya ini sentiasa memberikan komitmen yang tinggi kepada kerjanya. Sebelum ini saya pernah bersamanya di Jabatan Teater sebelum saya ke HEA pada akhir tahun 2003.
photo: Randai "Puti Nilam Sari"
Nyatanya, Balkis lebih senang membuat kerja-kerja pengurusan dan produksi dan kerana itulah juga beliau turut memiliki minat yang tinggi dalam produksi sama ada sebagai pengurus atau pelakon ataupun penyanyi. Itulah yang ditunjukkan di pentas bangsawan tempoh hari, berpasangan dengan si Sherry. Sebelum ini Balkis pernah ke pentas bersama saya dalam produksi randai Puti Nilam Sari sebagai pelakon dan penyanyi. Saya sering memerhati orang yang ke pentas bukan sekadar mencari silap atau mencari hiburan namun mencari potensi dalam seseorang itu. Nyatanya potensinya adalah tinggi cuma saiz tu kontrol sikit kerana ia akan memberi kesan kepada stamina.... GO BALKIS GO!
1 comment:
Terima kasih cekem kerana mengabadikan nama dan gambar saya di dalam blog ini. Ternyata usaha itu tak sia2. Maaflah extraturn hanya sebagai extra kerana turn nya tak sampai2 lagi.
Post a Comment