Jom Kita Jadi Geng

Thursday, March 1, 2007

TUNATARI 2

Ahmad Tarmimi was my immediate boss in year 96
Semasa saya jejak Panggung Negara dan memegang portfolio Penolong Pengarah Kumpulan Budaya Negara (KBN). Itu bukanlah impian saya kerana KBN lebih menjurus kepada produksi tari khususnya persembahan tari untuk promosi kebudayaan. Macamana saya yang buta pasal tari dan tidak tahu menari (sekarang pun) mahu mentadbir dan mengurus sebuah kumpulan tari negara. Namun kata orang 'alah bisa tegal biasa' dan 'arahan dari masa ke semasa', saya tegapkan kaki dan berdiri dengan yakin kerana ini adalah pilihan saya untuk berada di Panggung Negara (IB), walaupun bukan mentadbir kumpulan teater. Rupa-rupanya baru saya sedari ketika itu bahawa di Panggung negara ada sebuah kumpulan tari nasional yang dianggotai oleh artis budaya dan koreografer yang dianggap terlatih dan terbaik di dalam menarikan tarian tradisional Malaysia. Saat itu, apabila saya pasangkan keyakinan dan tebarkan fikiran, saya jadi bangga kerana berada di sekitar mereka yang saya cumburui. Di pejabat, aktivis dan tokoh teater/kesenian silih berganti datang bertemu dan berbincang...bukan dengan saya tetapi rakan-rakan pentadbir yang lain. Ini tambah menambat hati saya untuk berada di Panggung Negara. Saya suka, saya teruja. Syed Alwi, Rahim Razali, Abdullah Zainol, Faridah, Rohani dan ramai lagi...itu belum disebut aktor dan penyanyi pujaan.

Show Matic adalah show harian yang dipandang ringan namun ia platform melatih artis budaya menguasai  lebih banyak tarian.
Tetapi di manakah saya ketika itu, adakah mereka melihat saya sebagai seorang pentadbir seni atau insan yang punya wawasan dalan pengurusan kesenian? Saya anggap bahawa saya tidak di dalam kelompok itu apatah lagi dengan saiz badan saya dan fizikal serta keperibadian saya, ramai yang beranggapan bahawa saya seorang artis budaya malah memanggil saya sebagai koreografer dan mereka merujuk saya mengenai kebudayaan khususnya senitari. Ini amat mencabar saya. Cuba bayangkan, apabila kita berada di dalam lingkungan mereka yang mengharapkan respon atau pandangan kita ... dan tiba-tiba kita tidak mampu melontar satu hujah yang betul atau bernas mengenai bidang kita, jadi pada masa itu di manakah moral dan kedudukan kita yang memilih Pegawai kebudayaan sebagai kerjaya? Itu bermain dalam fikiran saya ! Dari saat itu saya memilih untuk mendalami seni tari dan kebudayaan melalui pembacaan, pemerhatian dan penghayatan dengan mengaitkannya dengan pengajian saya di universiti. saya bertuah kerana saya memiliki ilmu Pengajian Melayu dan ianya amat membantu saya di dalam memahami seni budaya dalam konteks Melayu atau nusantara, apatah lagi jika mengaitkannya dengan sosiologi.
berdiri atas kanan tu ialah Juhara Ayob.
Dia dancer batch 1989-1994

Yang lebih membantu saya dan mendorong adalah kerana persekitaran pekerjaan saya, saya bekerja dengan mereka yang mahir praktisnya...hebat sekali namun apabila mahu diterjemahkan ke kertas mereka lemah! Untuk mentafsirnya maka sayalah orangnya. Cuba bayangkan jika setiap tahun saya perlu menguruskan sekurang-kurangnya 70 buah persembahan tari bertaraf nasional (tidak termasuk persembahan mingguan di MATIC) dan setiap kali itulah saya ke mesyuarat dan memberi pandangan mengenai keperluan tarian untuk sesuatu majlis. Saya tidak boleh 'assume' sahaja tetapi perlu melihat kepada sudut khalayak dan etika majlis , tapi itu dulu masa 1997-2001.Selain pembacaan, saya turut mendapat kerjasama dan bimbingan yang baik daripada Pengarah Panggung Negara ketika itu, Tuan Haji Supiat Mukri. Yang saya anggap dia merupakan guru sebenar kepada pembangunan seni tari Malaysia yang mampu melahirkan Sharifah Mahani, Mahmud Ibrahim dan Maziah Omar malah nama-nama seperti Pak Ngah, Juhara Ayob, Lokman Ghani, juga.
Inilah veteran KBN, Datin Sharifah mahani, Pak Esbat, Pakngah (Datuk)
dan  Abang yassin

Tetapi itukan terserah kepada individu bagaimana menggunakan ilmu dan mengembangkan ilmunya. Melalui mereka saya banyak berbincang dan mengenal congakkan dalam seni tari. Di mana istilahnya amat asing sekali dengan saya. Namun hari ke hari ia menjadi mesra dan mendekatkan saya kepada tarian. Saya jadi seorang pecinta seni tari yang baik. Saya bisa mengenal kehebatan seseorang penari itu, kebagusan sebuah tarian dan kecantikan sebuah karya tari. Panggung Negaralah yang mengajar dan mengasuh agar saya mencintai seni budaya ini. Sehinggakan saya menjadi seorang yang begiTu nasionalis kepada Istana Budaya. pantang dikutuk dan dihina karyanya... namun pada tahun 2001 ada rasa lain yang hinggap ke fikiran saya... NANTI SAYA CERITAKAN

2 comments:

Unknown said...

Kata2 dari seorang yang teramat senior inilah yang masih membuat saya menggagahkan diri berada di persada ini. Meski belajar dari cabang seni yang berbeza dari apa yang saya 'kerjakan' kini pada mulanya amat 'menjengkelkan' lantaran berada dalam kelompok 'org seni' yg berbeza dari kelompok saya tetapi saya memandang ini jauh ke hadapan kerana inilah yg saya pilih..Sepertimana kata Cek'Kem kita sndirilah yg mencanaikannya mengikut aliran pembelajaran kita cuma bezanya saya pandang dari sudut seni visual dan terjemahkannnya dlm bentuk pentadbiran disamping tidak lupa byk belajar dari guru2, sertai byk aktiviti dan acara serta pemerhatian dan belajar dari buku2 masih blum cukup utk jadi sekuat Cek'Kem! Semoga Cek'Kem akan trus berjaya memartabatkan seni negara dan janganlah lupa pada kami adik2 junior pegawai kebudayaan ini. Sekian- Ezlina-

chekem mirza said...

thanks ezlina. Saya masih belajar dan tidaklah hebat cuma saya fikir, dalam sesuatu kerja kita harus balik kepada niat asal kita memohon untuk bekerja dan kenapa kita mahu jadikan kerja itu sebagai karier kita.
Jika sudah siap nawaitunya, maka lengkapkan lah diri agar kerjaya itu reflect pada peribadi dan ketrampilan kita. Insyallah.

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...