Semasa mesyuarat Jk Persembahan bagi Rumah Terbuka tahun baru Cina, asalnya ASWARA hanya terlibat bagi kumpulan untuk persembahan pembukaan dan sambutan sahaja, namun saya merasakan bahawa ASWARA harus menyertai lebih daripada itu lalu saya mencadangkan kepada mesyuarat agar diberi peluang kepada ASWARA untuk mempersembahkan sesuatu di dalam satu segmen. Saya menggunakan hujah bahawa ASWARA pernah memenangi Johan peringkat kebangsaan bagi tarian Cina, jadi ianya menjadi hujah yang kuat untuk memberi peluang kepada ASWARA mendapatkan segmen. Sudah semestinya saya mencadangkan tarian Xinjiang dan serentak itu disokong oleh Puan Sermaini. Apabila dipersetujui di peringkat JK Persembahan terus saya mendapatkan persetujuan Joseph dan pastinya Joseph menyokong dengans ebulat hati apatah lagi tarikh acara tidak bertindih dengan kesibukan aktiviti pelajar.
Bermula detik itulah, apabila ASWARA melangkah masuk ke Stadium Kubu Melaka pada 20hb Feb untuk latihan pertama bersama lain-lain kumpulan (Dengan pesanan saya bahawa daripada 50 orang hanya 20 yang betul-betul boleh menari) iaitu Istana Budaya, Taman Budaya Melaka, 2 space dan lain-lain, saya tahu ASWARA akan membuktikan sesuatu. Nyatanya saat latihan pertama ASWARA diberi pujian dan tepukan apabila selesai persembahan segmennya.
Kebanggaan ini ditambah lagi apabilah latihan-latihan seterusnya berlangsung. ASWARA tidak dicari kesilapan malah ditambah baik dan ada sedikit kekesalan daripada pihak penganjur kerana meletakkan ASWARA di antara mereka yang lemah dan tidak menggunakan ASWARA sepenuhnya. Akhirnya mereka meletakkan ASWARA di dalam 3 kumpulan terbaik bagi finale. Thats so great!
Lebih membanggakan pada malam acara, pentas Di raja seperti terpukau dengan persembahan ASWARA, dari hadapan saya perhatikan SPB Agong dan permaisuri serta TYT menghayati persembahan ASWARA dengan sepenuhnya. Menteri dan isterinya, apalagi turut menumpang bangga dan memberikan kegembiraan mereka pada rakan yang duduk di sebelah. Itulah ASWARA kalau betul dan kena tempatnya ia akan menonjol dan meletakkan yang terunggul.

No comments:
Post a Comment