Selepas balik Cameroon saya masuk ofis keesokan harinya walaupun badan rasa tak sedap ditambah lagi masa kat sana angin dalam badan rasa macam tersekat-sekat sehingga rakan-rakan seperbincangan pun terganggu dan berjangkit-jangkit. Actually saya rindui sesi seperti di Cameroon kerana ia bukan sahaja memberi ruang untuk perbincangan malah membuka satu ruang untuk memahami apa kerja dan perkara yang sedang kita usahakan lebih-labih lagi ianya adalah core business jabatan.

Apabila mendengar wayang beber, saya jadi pelik kerana ini pertama kali saya mendengar dan tidak pernah melihatnya. Saya lebih dekat dengan persembahan wayang kulit atau beberapa jenis wayang seperti golek, gedek, wong, purwo dan beberapa lagi. namun bila disebut Wayang beber ianya menjadi tandatanya. Minat untuk melihat demonstrasinya begitu kuat sekali
Menunggu Seniman dari Solo ini menjadi tidak sabar. Kak Ros, Balkis, para pelajar dan beberapa pensyarah sudahpun berada di Blackbox. Semuanya nak menonton demonstrasi Wayang beber. Ini kerana, ia penting kepada saya dan kami yang ingin membuat perbandingan serta melihat perbezaan, keistimewaan dan keunikan seni wayang yang baru didengar ini. Apatah lagi kepada para pelajar yang seharusnya belajar bukan sekadar melalui buku tetapi perlu ada observasi.Seniman Solo itu muncul bersama Dr Siti Zainon dan teman dari UKM. Balkis membuka sesi dan menjemput Dr Siti untuk memperkenalkan seniman dan menerangkan sebab musabab dia membawa senima itu jelajah Kuala Lumpur. Jadi pengenalannya kami dimengertikan bahawa 'beber' itu bermaksud 'hampar' atau 'buka'. Apabila seniman itu membuka selembaran kain panjang yang bermuka lukisan patung wayang kulit jawa, nyatanya ia sebuah lukisan klasik dan tua. Katanya wayang beber ini sebenarnya telah wujud sejak abad ke 14 lagi dan diwarisi oleh orang Solo dan telah hampir pupus. Jadi kehadiran beliau ke Malaysia adalah bertujuan untuk memperkenalkan wayang ini. bagus sekali Pak.
Kemudian dibuka lembaran yang lain, sebuah lukisan kontemporari tetapi masih berwajah Jawa dengan paparan cerita yang moden. saya cuba fahami cara permainannya dan cara ceritanya disampaikan. Kata Seniman muda ini, lembaran lukisan ini adalah paparan ceritanya. Kebiasaannya selembar lukisan itu mempunyai 3 episod yang merangkai satu isu dan ianya boleh dipersembahkan selama 1 jam atau 1 setengah jam. Beliau memaklumkan bahawa lukisan itu adalah karyanya dan dia telah bekerja menghasilkan lukisan-lukisan bagi Wayang beber sejak tahun 2005 (masih muda usia senilukisnya). Setiap episod dipecahkan dengan satu penanda yang menjadi sebahagian daripada lukisan itu di mana ia mungkin boleh sebagai petisurat, bakul, meja atau sebagainya asalkan sifatnya jelas menjadi sempadan kepada cerita.Di dalam setiap episod itu pula terdapat beberapa lingkungan. Katanya masyarakat Jawa percaya kepada lingkungan kerana di situ adalah pemusatan aktiviti dan sosial. Jadi apabila masyarakat itu bertani maka ada sekelompok yang disebut sebagai lingungan yang sedang menyemai padi, menumbuk antan, menampi dan sebagainya. Setiap daripada lingkungan itu mempunyai isu dan menyelesaikan isu mereka di dalam lingkungannya berasaskan latar sosial dan persekitaran hidup mereka. Penuh berfalsafah dan menarik sekali dan sejujurnya saya menyukai konsep lukisan dan pemaparan cerita sebegini.
No comments:
Post a Comment