Apa yang kecoh sangat pasal Aaron Aziz dan Zed Zaidi ni? Isu mereka ni tak pentinglah. Yang akhbar duk highlight sangat kenapa. melayan cerita yang tak menguntungkan langsung. Apa nak disensasikan soal Zed Zaidi tak puas hati. Habis kalau dah dia tak puas hati nak buat macamana. Dia pun ada hujahnya. Yang saya nampak akhbar bukan main lagi 'bias' dalam mengutarakan isu ni. Begitu juga blog, fb dan twitter semuanya macam lihat betapa buruknya perangai Zed Zaidi.
Isu mereka berdua ni lebih menarik dari kisah sejarah Pertabalan DYMM SPB Agong. Bukankah itu menyedihkan. Bila saya tinjau stesen-stesen TV, tidak ada menyiarkan apa-apa rancangan istimewa sempena pertabalan Agong. Kalau sekadar iklan pendek berkenaan pertabalan tu tiada istimewanya. Inilah yang terhakis dalam budaya kita. Yang patut kita utamakan dilupakan. Bayangkan hari istimewa kuasa tertinggi negara, mengangkat darjah ketua agama dan lambang daulat bangsa Melayu tetapi stesen TV hanya pandang sepi. Tiada apa yang istimewa. Tiada diwar-warkan rancangan istimewa sempena pertabalan sebagaimana kita tengok masa nak sambut krismas, tahun baru ataupun hari merdeka. Sedihkan. Nak salahkan ASTRO pun tak boleh sebab stesen nasional dan TV3 pun macam serupa sahaja. Di surat khabar memanglah terhad jadi cukuplah dengan keluaran khas.
Dek kerana isu dua jantan melayu ni, maka kisah tsunami tak jadi pun tak berapa nak hangat. Hari ni satu muka khusus interviu Zed Zaidi, lepas tu ada pula di laman blog kisah kerakyatan Aaron yang nak diMalaysiakan masih belum ada jawapan. Ini lambang-lambang hedonisme yang cukup kuat melanda kita orang Malaysia, Melayu khususnya. Dalam hal ini, saya fikir Zed Zaidi betul bila bercakap atas kapasiti pucuk pimpinan Seniman. Dia perlu bersuara dengan mengambil kira periuk nasi pelakon tempatan yang diwakilinya. Kalau dah orang mendatang yang menguasai pasaran, digilai rakyat, pastinya peluang di stesen tv dan di layar perak diisi mereka. Betullah kerisauan Zed Zaidi itu.Tapi dalam hal Aaron sebagai pelakon Melayu yang mewarnai dunia seni tempatan tidak ada salahnya apabila dia menang. Kalau dah dia bagus dan disukai orang memang patutlah dia menang. Pelakon tempatan kenalah bersaing secara sihat.
Namun yang selalu berlaku, produser mahupun stesen tv, tidak peduli siapa kah aktor itu, dari manakah mereka, orang kitakah atau orang luar. Kalau ianya menguntungkan...digajikan sahaja. Mana mereka kisah ramai lagi anak tempatan yang mencari makan. Lihat sahaja apa yang dah pernah berlaku, Jericho Rosales tiba-tiba muncul dalam Bilut dan Stephen Rahman jadi Hang Tuah, mereka ni bukan seringgit dua bayarannya. Tapi dek kerana komersil value maka sanggup produser berhabis duit walaupun ianya tak memajukan industri pun.
Saya tiada dendam langsung dengan Aaron Aziz (dia tak curi periuk nasi saya pun...malah saya takda hak nak cemburu). Dia ada hak untuk menang dan bukan dia yang tentukan kemenangannya pun. Tapi saya terkesan bila media memandang negatif tindakan Zed Zaidi. Tindakannya dilihat sebagai cemburu, dengki, irihati dan macam-macam lagi. Memang hari ini pasaran sangat terbuka untuk bersaing. Tapi sila beritahu saya berapa ramai aktor/aktres Malaysia yang sukses di luar tanahair? Jangan disebut dato siti, ashraff sinclair, yuna, shiela so on... mereka tu sangat isolated jika nak dibanding berapa ramai media dan orang kita mengangkat seniman luar sehingga jadi sangat gah di sini.
Kita selalu percayakan kekayaan tanahair ini. Kita gali kita cungkil dan kita kongsi kekayaan ini sama-sama. Ingat, orang boleh datang dan pergi. Tapi kita yang akan tinggal dan akan berkubur di bumi Malaysia ini. I believe that all Malaysians love this country, want to contribute to this country to make it a better home!!
3 comments:
Ulasan yang baik...adil.. Jujur. Terbaikkkkk..
insyallah...thanks
dua-dua tak salah..AA cari makan kat sini ZZ bersuara bagi pihak artis tempatan..tp batu api yang banyak..
bab Stephen Rahman jadi Hang Tuah mmg sy tak setuju sesangat..bukan apa, cakap Melayu pun slang, Hang Tuah mcam tu ke dulu...nak buat cerita sejarah kenala buat research dulu
Post a Comment