26 April 2012 akan diadakan satu seminar berkenaan Mengenal dan menjaga Peti Suara. Bunyi macam sangat saintifik kan. Kita sebenarnya sangat bergantung pada peti suara di dalam hidup seharian. Organ itu berfungsi sebagai alat komunikasi yang paling penting. Menyampai maksud dan hasrat serta menterjemah pemikiran kita. Jangan kita pandang remeh dengan hal peti suara ini. Memang peti suara sangat berkait rapat dengan seorang penyanyi kerana suara itu punca cari makan mereka, namun aktor malah seorang guru pun perlu menjaga peti suaranya supaya maklumat yang nak disampaikan jelas dan tercapai. Moh lah orang-orang ASWARA...mari kita dengar MY VOICE MY INSTRUMENT
Tercetusnya idea untuk saya anjurkan seminar pendek ni, selepas saya menerima rawatan dan anak tekak saya dijolok kamera untuk melihat bagaimana kesihatan peti suara saya. Kerana pengalamannya apabila di pentas suara saya sering sahaja bertukar serak dan low energy. Selepas dirakam, kelihatan ada polip kecil di antara otot peti suara saya. Rupanya bukaan peti suara saya kecil dan tidak normal. Jadi saya perlu adakan terapi suara dan lakukan senaman serta urutan supaya ianya terbuka. Malang bagi seorang rakan saya, kesan daripada tabiat merokoknya dahulu walaupun dia sudahpun berhenti, peti suaranya ada banyak bintik-bintik merah dan otot tidak berfungsi dengan baik. Barulah saya faham mengapa bila menyanyi beliau tidak boleh capai nada yang tinggi. Malah semasa mula-mula berbual dengan Dr.Kartini, beliau sudah didiagnose sebagai pesakit peti suara. Rupanya macam-macam lagi yang kita tidak tahu apa yang berfungsi dalam badan kita ini. Subhanallah. Untuk menjaganya beberapa petua diberi. Nak tahu petua tu...datanglah seminar nanti.
Bila melalui proses pemeriksaan, saya sungguh kagum dengan ciptaan Allah. Organ sebegini kecil berfungsi dan punya objektif nya sendiri. Allah mencipta sesuatu itu dengan maksud dan tujuan. Kita sahaja yang tentukan sama ada nak pelihara atau rosakkan saja.
Bila melalui proses pemeriksaan, saya sungguh kagum dengan ciptaan Allah. Organ sebegini kecil berfungsi dan punya objektif nya sendiri. Allah mencipta sesuatu itu dengan maksud dan tujuan. Kita sahaja yang tentukan sama ada nak pelihara atau rosakkan saja.
2 comments:
nak jgak tgok peti suara sy..dulu teringin nk jadi penyanyi tapi suara dok terketar2..nk tengok apa yg ada kt dalam peti suara tu.hehe
subhanallah Suzie...peti suara hanya sebesar kuku ibu jari tapi caranya berfungsi sangat menakjubkan. Asap adalah punca utama peti suara rosak.
Post a Comment