Jom Kita Jadi Geng

Tuesday, January 17, 2012

HADIAH HARIJADI RHEA KE 7

Ahad 15 Januari, Rhea berulang kali gesa saya untuk memulakan aktiviti melukis. Katanya 'cepatlah Babah, kata nak buat painting''. Saya agak malas nak bingkas untuk melukis. ''kan babah kata nak ajar adik melukis. Takpa Babah ajar adik lepas tu Babah tak payah lagi bagi hadiah harijadi untuk adik''. Wahh ini sudah bagus. Tapi kenapa dia betul bersungguh-sungguh nak melukis? Saya risau takut kerjanya separuh jalan sahaja. Tapi dek kerana Rhea bersungguh-sungguh nak buat painting....saya layan sahaja. Kat rumah memang dah ada dua tiga keping kanvas untuk saya melukis tapi terbiar sahaja selepas bengkel itu hari. Elok lah juga Rhea nak melukis. Mungkin enjin saya pun boleh panas sikit untuk berkarya.
Masa saya bagi kanvas yang bersaiz besar. al maklumlah biasanya kanvas ni untuk pelajar senilukis atau orang profesional melukis. Saya macam gamble saja. Maminya pun bertanya ''eh babah bagi kanvas besar tu?'' ..""adik you better do it and finish your drawing kalau tidak membazir saja''. Rhea tak berkata apapun dia macam yakin saja.
 Bila saya lihat dia pegang berus dan memulakan garisan dalam hati saya kata ''eh eh confident aja Rhea ni''. But believe me, her stroke and the way she handle the brush tu memang meyakinkan. Saya tanya adik nak lukis apa. Dia cakap nak lukis rumah dan pokok. Saya kata ''you better draw the sketch first'' tapi dia jawab ''tak pa adik tahu nak lukis apa''.
 Sewaktu Rhea melukis pokok, batangnya agak kembang lalu saya menegur ''kenapa batang pokok adik macam skirt''. Terus Rhea diam dan menangis. Dia menangis teresak-esak seperti orang yang sangat kecewa. Jenuh saya memujuk. Dia tetap menangis dan tidak boleh terima yang pokoknya sudah tidak menjadi. Saya kata padanya ''takpa ok tu. takda salah nya. bukannya semua pokok lurus'' lalu saya minta nak perbaiki pokoknya itu. Bila saya pecahkan batang pokok yang kembang itu kepada pokok bersilang, Rhea lagi menangis sebab lakaran saya tidak seperti apa yang dia mahu dan katanya ''mana ada pokok macam tu''. Issshhhh saya lah pulak yang salah. Terpaksalah saya cari rujukan supaya dia yakin, lalu saya tunjukkan beberapa gambar dalam surat khabar dan tunjukkan pokok-pokok di luar tingkap. Lepas dia perhati dan amati bentuk-bentuk pokok dia yakin dan mula menyambung lukisannya. Huuuuhhhh legaaa.
Apa yang saya perhatikan, Rhea memang bersungguh-sungguh bekerja untuk karyanya ini. Dia berulang kali sebut ''Babah tak payah bagi dia hadiah sebab dia dah dapat hadiahnya''. I'm speechless. Di sini saya lihat iltizamnya sangat tinggi. Dia mahu buat semuanya. Saya turut uji kebolehannya tentang warna. Saya tanya macamana nak dapatkan warna hijau, warna oren, warna ungu, warna pink dan macam-macam lagi. Dia jawab selamba dan yakin sekali. Bagusnya aktiviti ini, kita boleh lihat bagaimana anak berkreasi. Bagaimana dia memahami dan meletakkan logik pada sesuatu perkara. Saya bertanya sebab dan tujuan agar dia selalu berfikir. Kata sorang artis agung ''semua kanak-kanak dilahirkan sebagai pelukis tapi tidak semua mampu menjadi pelukis''. Saya rasa minat itu perlu dipupuk. Jangan mengata salah dan buruk pada sesuatu kerana ia mematikan kreativiti anak itu. go go Rhea! 
Akhirnya lukisan Rhea siap selepas beberapa jam. Proses ini membantu Rhea memberi tumpuan pada sesuatu kerja. Maminya impressed dengan kerja Rhea. Di bawah ni karya pertama Rhea menggunakan acrylic. Lukisan landscape ini ada saya tambah sikit-sikit. Namun daripada segi pemilihan warna dan lakaran tu semuanya hasil sentuhan Rhea.
Tahniah Rhea Mirza Mohd Kamarulzaman. Babah doakan yang terbaik untuk anak babah. Semoga usia yang baru ini membuka lembaran baru buat Rhea Mirza. Tentu sekali kasih sayang dari babah, Mami dan Abang untuk the only princess in the family. HAPPY BIRTHDAY.

6 comments:

intan said...

cantik lukisan Rhea....

chekem mirza said...

Intan, saya percaya Rhea akan gembira menerima pujian dari awak

balkis said...

waahhh...cantiknya lukisan
rhea. Pandainya... Teruskan usaha ya! Saya pun teringin nk belikan anak2 tempat melukis tu. Tp depa asyik lukiskan gambar2 princess je, so tak jadi beli. Happy Belated Birthday!

Qeez.

melor oh melor...melor oh melor... said...

wahhh ce'kem.... :) cantik lukisan rhea... lukisan naif yang memang terlahir daripada seorang kanak-kanak ;) suka dengan pemilihan warnanya, rumah tu sungguh vibrant- segar!

chekem mirza said...

balkis...belikan aja...suruh mereka lukis. you will proud

chekem mirza said...

Cik Melor oh Melor,

Rhea tak habis2 nak warna pink...tu yang dia dapat. Tapi saya suka bila dia decide nak tone hijau yang macamana...awan tu dia bentukkan...

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...