Birthday Girl ke 7 tahun memilih konsep Princess of Bollywood. Kononlah...sebenarnya baju ni dipakai semasa majlis Swatari tahun lepas. |
Tak banyakpun kami masak sekadar pasta, nasi tomato, sosej, puding sahaja. Yang lain tu gula-gula, buah-buahan dan kuih yang dibeli. |
Lihatlah riak wajah gembira Rhea. Walau sebiji kek yang bukan dari Secret Recipe huhuhu |
Petang tadi berlangsung majlis sambutan ulangtahun Rhea ke-7. Bunyi macam grand kan? Tapi sebenarnya ia sekadar majlis Rhea dan kawan-kawan sepermainannya di perumahan ini. Sebilangan sahaja yang hadir sebab kebanyakannya sudah pulang bercuti. Namun itu tidaklah mematahkan impian Rhea untuk menganjurkan majlis hari lahirnya. Dari pagi lagi Aish dan Rhea dikerah agar memastikan rumah kemas dan teratur.
Ya lah, jika tidak, bersepah barang mainannya. Terutama Rhea...toys-nya penuh depan TV. Tapi pagi tadi dek semangatnya untuk buat birthday party maka diusahakan perintah kami. Mereka berdua juga diarahkan untuk pergi 'bermadah' yakni menjemput kawan-kawan mereka...jadi pergilah mereka berdua dari rumah ke rumah menjemput rakan mereka ke majlis. Walaupun jemputan pada jam 4 petang tapi majlis kami tertunda hampir jam 5 petang. Al maklumlah chefnya kurang pro heheheh.. HAPPY BIRTHDAY RHEA!!!
No comments:
Post a Comment