Jom Kita Jadi Geng

Sunday, May 25, 2008

3 TEATER DARI PELAJAR TAHUN 1

Bulan mei ini, adalah bulan di mana para pelajar akan dinilai pembelajaran mereka sama ada praktikal ataupun teori. Jadi para pelajar Tahun 1 telahpun mempersembahkan produksi mereka di mana seramai 40 orang pelajar telah dinilai di bawah 2 orang pensyarah iaitu En Ahmad Yatim dan Puan Marlia Musa



Para pelajar di bawah Ahmad Yatim mementaskan dua buah teater iaitu Di Kampung Di Kota karya Dato' Syed Alwi dan pegawai Khalwat karya Kala Dewata. Manakala Pelajar di bawah Marlia Musa mementaskan Malam Gelap Di Bukit Damansara.



Rata-rata mereka menunjukkan potensi di dalam lakonan dan beberapa pelajar sudah mengenalpasti bidang mereka walaupun mereka belum betul-betul diuji. Saya begitu mengharapkan kumpulan Tahun Pertama ini kekal dengan spirit bekerjasama tetapi janganlah pulak hanya suka berproduksi tapi malas ke kelas . 2 perkara itu harus diselarikan agar seimbang. Hal ini sering sahaja dibincangkan sejak sedekad yang lalu. Akhirnya yang kita temui daripada 40 orang di tahun pertama hanya 5% daripada mereka yang memiliki keupayaan kreatif dan keinginan untuk mendalami pengajian teater, yang besar hanyalah kelompok yang ikut-ikut dan tidak pasti apakah betul posisi mereka. Saya adakalanya menjadi kecewa apabila ada di kalangan pelajar yang dilihat punya potensi tetapi terbiar hanyut. Pada 18hb Mei, Pementasan Malam gelap Di Bukit damasara menerima kehadiran tetamu kehormat Bekas Perdana Menteri YBhg. Tun Dr Mahathir Mohamed dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. Malam itu, tiada sambutan palu-paluan, gendang genderang, kami menyambut Tun berdua dengan mesra dan kami bagai menerima kunjungan ibubapa.





Terima kasih Tun dan Isteri juga terima kasih Datuk Paduka Marina kerana sudi hadir menonton.

No comments:

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...