Kini di usia 8 tahun, Aish Mirza sudah berbeza. Masih teringat keletah nakalnya, outspokennya dan kreativitinya. Hari ini Aish Mirza masih kekal dengan tingkah laku begitu tapi bertambah dengan sikap sambil lewa, comot dan kuat makan. Saya pun jadi bingung dan sukar nak merubah sikapnya ini tetapi saya percaya kepada disiplin dan perubahan sikap akan berlaku. Namun di waktu anak-anak sebayanya mula menumpukan perhatian pada pelajar, dia kelihatan begitu confident dengan kebolehan dan kemahuannya. Yang merisaukan saya adalah, dia ada capabilities membuat, menyebut, menghurai pelajarannya tapi dia cukup malas menulis dan memberi perhatian kepada pembelajaran sama ada muzik ataupun matapelajaran lain.
Hubungan antara saya dengannya pun sudah dirasa sedikit batasan, Aish sudah mengenal pasti privasinya dan kita sebagai orang tuanya masih merasakan dia seperti anak kecil semasa kita mula menimangnya! Saya mungkin silap tetapi saya seperti tidak mahu melepaskan dia menjadi dewasa. Saya cukup takut tetapi satu hari dia perlu dilepaskan juga.
Kata Khalil Gibran;
Dan janganlah engkau berfikir
engkau boleh menentukan arus cinta
kerana seandainya cinta memberkatimu
ia akan menentukan arah perjalananmu
kerana seandainya cinta memberkatimu
ia akan menentukan arah perjalananmu
DIKESEMPATAN INI JUGA SAYA UCAPKAN SELAMAT PANJANG UMUR BUAT KETUA FAKULTI TEATER - ROSMINAH TAHIR.
No comments:
Post a Comment