Jom Kita Jadi Geng

Thursday, May 29, 2008

IDRIS SARDI: LAGENDA MUZIK INDONESIA



Kata Pak Idris Sardi," Biola itu kekasih saya. dalam kehidupan jangan ada sumbang biar bersih tetapi bila sudah ada kehidupan biar ada sumbang" Bunyi seperti lucu tetapi dia merungkai maksud bahawa ketika mencari dan membina kehidupan jangan ada sumbang atau kesilapan yang boleh mejejaskan peluang tetapi apabila sudah bertemu dengan kehidupan, jangan terlalu pula mengimpikan kesempurnaan kerana kehidupan akan lebih sempurna jika ada kekurangan.

Kata Pak Idris Lagi, " dalam pendidikan tidak kira sama ada kita yang dididik atau mendidik, perlu ada kesabaran. Jangan ada sikap sombong kerana sombong itu adalah musuh no. 1". Katanya lagi " Allah sayang sama saya , tidak perlu memuji saya kerana pujian ahanya untuk Allah". "Pada tahun 1960an saya sudah keliling Malaya dan punyai peminat yang ramai, waktu itu saya pernah tinggalkan Allah" ketika itu dia merasa kejayaan sudah berpihak tetapi jiwanya kosong. Disiplin perlu ada untuk bergelar seniman dan jangan ketika belajar semuanya mahu cepat dan shortcut. Hidup harus dilalui jalannya dan tiada istilah jalan pintas, kerana itu perlu sabar dan tekun. "Saya pernah meminta dibelikan biola diusia 5 tahun tetapi pada usia 8 baru saya memilikinya, itupun setelah bertahun saya menunggu dan kata bapa, belum masanya".

"Disiplin sebagai pemuzik saya tanam, jam 5 pagi saya bangun dan menggesek biola, saya lakukan gesekan yang panjang untuk satu jam tanpa jemu kerana itu disiplin". "saya dididik dengan ilmu muzik klasik sehingga ke Eropah tetapi bila pulang bermain di tanahair, saya cuba mainkan lagu-lagu seperti Begawan solo tetapi saya dikritik kerana mainan saya tidak kedengaran seperti lenggok Indonesia, saya mencari dan bermain ke seluruh pelusuk Indonesia, dan saya temui rasanya. Saya satukan rasa ketimuran dan teknik klasikal di dalam permainan saya". "Apa sahaja yang kita buat mesti dengan rasa" sambil menggesek lagu Widuri.



Itulah pertemuan kami dengan Pak Idris sardi seorang maestro muzik dari Indonesia. sesi bersamanya dihadiri oleh rama pelajar, pensyarah dan penggiat seni tanahair. Dan mengenalinya kita berasa dekat dan belajar menjadi seperti manusia biasa.

No comments:

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...